Alhamdulillah, nampaknya sekali lagi si rengit akan beraksi setelah agak lama menyepi. Maaf kepada rakan bloger kerana saya tidak dapat meng”up date” laman blog ini agak lama kerana saya baru sahaja pulang daripada P. Mantanani. Sebenarnya saya di pelawa oleh seorang kawan untuk melawat seterusnya bercuti disalah satu pulau yang terdapat di daerah kota belud itu.
saya amat terpesona melihat kecantikan pulau tersebut apatah lagi dengan keramah tamaan masyarakatnya, biasalahkan baru pertama kali menjejakkan kaki ke sana. Namun disini saya bukanya bercerita tentang kecantikan pulau tersebut tetapi ingin berkongsi sedikit “cerita” tentang paparan rakan bloger kita baru-baru ini(depu-depu, batugadung dan paiknkb) mengenai pemimpin pelapis untuk daerah kota belud. Apa yang ingin saya katakan, sebenarnya apabila kita bercakap soal bakal pemimpin terlalu ramai yang akan tersinggung terutama kepada mereka yang “bernafsu” ingin menjadi pemimpin. Tetapi tidak saya nafikan ada juga yang menyalak demi kepentingan kesukuan mereka. Tapi yang paling banyak melatah adalah mereka yang berniat ingin menjawat jawatan Yang Berhormat (YB). Mereka ini yang kita wajar panggil “Yang Bodoh”. tau pangkat dan kaut harta saja.
Kepada rakan-rakan bloger teruskan mencari bakal-bakal pemimpin masyarakat Kota Belud yang benar-benarberjuang demi bangsa, agama dan negara, mcm para pejuang kemerdekaan dahulu. Mungkin agak susah tapi kita kena berusaha, Apapun kepada semua masyarakat Iranun, bertindaklah sekarang demi survival kita. Tiada bantuan maka tiada harapan untuk kita. lihat sahaja penulisan saudaridayangwulan di (dayangwulandari.blogspot.com-Akhirnya datuk salleh turun padang, dan – jelapang padi Kota Belud) betapa payahnya projek itu dilaksanakan….mamaikir tanu….Kalau kita tidak ada “Orang Kuat” maka kita akan lebih menjadi lalang….. segala sisa kita punya.
Soal ingin mengetengahkan kepimpinan saudara Roslan Mansur teruskan… saya yakin beliau boleh menjadi pemimpin semua kaum… tetapi pesan saya kepada mereka-mereka yang rapat dengan beliau, pandulah dia dan sentiasalah merenung kembali perjuangan pemimpin kita yang lama. mana yang baik ambil dan mana yang buruk lempar kemuka pemimpin itu sendiri (caranya buat lagi terbaik daripada mereka). Mana-mana benda yang tidak dan memang tidak mahu diselesaikan oleh mereka-mereka ini selesaikan… ingat rakyat adalah “nyawa” politiknya…
mendefinasikan YB sebagai "Yang Bodoh" tidak akan menggambarkan penulis atau pengeluar ayat itu lebih cerdik. Jika YB itu kurang arif maka wajar kita tegur secara berhemah bukan dengan perkataan yang boleh merenggangkan silaturrahim. salam
salam saudara musli, nampaknya saudara musli tidak memahami makna ayat dalam penulisan saya itu, minta dirujuk kembali dan hayati...
YB"Yang Bodoh" ditujukan kepada mereka yang berniat ingin jadi Yang Berhormat (YB) tetapi bukan kerana rasa tanggungjawab membela nasib bangsa, agama dan negara. tetapi hanya kerana mahukan pangkat dan harta . Apapun terima kasih kepada saudara musli..
Salam sdra. Sehinggga sekarang saya masih tidak faham maksud saudara saya ini manusia "cakap tidak serupa bikin". Mohon dijelaskan. Saya masih tidak faham maksud ayat itu.
bila kita makan kita kena minum air...minum kopi terlupa gulanya maka rasanya "Mapaitantut"(pahit)terlebih gula juga dapat kencing manis....
Insyallah jika ada kelapangan kita akan bersua juga...tak molek rasanya dibincangkan disini...
Apapun adikku musli syabas dan tahniah kerana ada sikap ingin berubah...saya fikir adik pun sebenarnya apa kurangnya dari segi kepimpinan. Anggap sahaja saya sebagai seorang pelaut yang ingin menguji kedalaman air laut tersebut.. apapun itulah hakikatnya...salam dari org lama...
Penafian: Penulis blog mapaittantu tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana melayari atau menggunakan maklumat dalam blog ini.
BELIAU MERUPAKAN BLOGER YANG SENTIASA BERANI MEMBERIKAN KRITIKAN, PENDAPAT, CADANGAN ATAU PUN LEBIH RINGKAS SEORANG KOMENTER YANG BENCI PADA KEPURA-PURAN.... WALAUPUN PAHIT YANG PENTING BENAR, TULUS DAN IKHLAS....
mendefinasikan YB sebagai "Yang Bodoh" tidak akan menggambarkan penulis atau pengeluar ayat itu lebih cerdik. Jika YB itu kurang arif maka wajar kita tegur secara berhemah bukan dengan perkataan yang boleh merenggangkan silaturrahim. salam
ReplyDeletesalam saudara musli,
ReplyDeletenampaknya saudara musli tidak memahami makna ayat dalam penulisan saya itu, minta dirujuk kembali dan hayati...
YB"Yang Bodoh" ditujukan kepada mereka yang berniat ingin jadi Yang Berhormat (YB) tetapi bukan kerana rasa tanggungjawab membela nasib bangsa, agama dan negara. tetapi hanya kerana mahukan pangkat dan harta . Apapun terima kasih kepada saudara musli..
Salam sdra. Sehinggga sekarang saya masih tidak faham maksud saudara saya ini manusia "cakap tidak serupa bikin". Mohon dijelaskan. Saya masih tidak faham maksud ayat itu.
ReplyDeletesalam adiku musli,
ReplyDeletebila kita makan kita kena minum air...minum kopi terlupa gulanya maka rasanya "Mapaitantut"(pahit)terlebih gula juga dapat kencing manis....