Saturday, June 13, 2009

IRANUN: TUNGGU APA LAGI....

SYABAS buat saudara depu-depu, saya amat tertarik dengan penulisan beliau yang tampak lembut tapi sangat berisi. kepada para bloger Kaum Iranun sila layari www.depu-depu.blogspot.com untuk mengetahui dan seterusnya dapat menghayati apa sebenarnya yang beliau ingin sampaikan. Saya amat tertarik dengan penulisan beliau yang membawa kita berfikir kembali kemana dan di mana sumber kekuatan masyarakat kita(Ekonomi). Tidak dapat dinafikan bahawa hampir 97% penjual ikan di pasar besar kota belud adalah keturunan dan suku sakat kaum Iranun. Tetapi seperti yang saudara depu-depu katakan sampai bila kita harus jadi begini. Saat berganti minit, minit berganti jam, jam berganti hari, hari berganti bulan, bulan berganti tahun dan akhirnya anak-anak kita mewarisi pekerjaan ini. Di sini ingin saya tekankan bahawa pekerjaan ini bukanya tidak menjanjikan hasil yang lumayan tetapi biarlah kita meniti arus kemodenan bersama-sama.
Biarlah kita berniaga sebagai peniaga yang berjiwa moden dan jangan kerana mementingkan soal kepentingan peribadi akhirnya kita menemui kegagalan. Saya amat rapat dengan kehidupan para penjual ikan di pasar kb ini dan apa yang saya nampak dan dapat perhatikan kebanyakkan mereka ini menghadapi "kemelut Dalaman". Maksud saya disini adalah tidak wujud kemuafakatan dalam menyelesaikan sesuatu. Masing-masing dengan kehebatanya, malah ada yang dengan bungkak dan kurang ajarnya mengaku sebagai "Orang Kaya" tetapi hanya berada ditampuk yang lama. Penstrukturan kewangan amat perlu bagi meneruskan kesinambungan perniagaan in. Masyarakat kita juga kurang mengamalkan sikap bekerjasama malah sangup menipu rakan peniaga yang lain demi kepentingan sendiri.
Apapun kepada penjawat awam anak Iranun dalam jabatan perikanan ataupun pertanian tolonglah beri petunjuk kepada mereka yang memerlukan ini terutama nasihat didalam memajukan perniagaan yang berkaitan perikanan dan pertanian. Banyak bantuan dari pihak kerajaan kenapa kita sanggup membantu orang lain sedangkan anak bangsa kita terus "Kais pagi makan pagi". Anda diamanahkan tugas itu, berlaku adil dan amanahlah agar hidup tidak menyesal dikemudian hari.

No comments:

Post a Comment

Penafian:
Penulis blog mapaittantu tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana melayari atau menggunakan maklumat dalam blog ini.