Sunday, June 14, 2009

IRANUN: PEMIMPIN DAN KEPIMPINAN

MASYARAKAT IRANUN amnya merasakan bahawa insan (setelah anda membaca tulisan saya ini, saya yakin anda pasti faham siapa insan yang saya maksudkan ini) ini merupakan seorang pemimpin ulung suku kaum Iranun. Secara peribadinya saya kurang bersetuju kerana banyak faktor yang saya boleh "kejar"mengenai keperibadian beliau. Saya juga amat kesal dengan apa yang berlaku dalam masyarakat kita kini. Mudah nak kata, wujud "Team A" dan "Team B" dalam masyarakat kaum Iranun dalam memperjuangkan kepentingan kaum minoriti ini. Masing-masing punyai kuda untuk dipacu kehadapan. Masih terngiang-ngiang lagi di telinga saya ungkapan yang dikeluarkan oleh beliau dalam satu majlis selepas pilihanraya "Nah...! sekarang saya sudah mempunyai kuasa, bersedialah kamu untuk saya banjirkan sawah padi kamu dengan air(masalah masyarakat Iranun sehingga sekarang adalah masalah pengairan sawah padi) yang nelayan pula saya akan buat perahu besar untuk kamu semua turun ke laut". Pada ketika itu kata-kata beliau disambut dengan tepukan gemuruh dan hilai tawa masyarakat Iranun. Mungkin pada hemah mereka segala masalah akan dapat diselesaikan, sesekali terdengar bisikan "betul tu, Beliau itu tidak akan bercakap BOHONG...!".
Namun seperti biasa, janji-janji itu tinggal janji sahaja. Masyarakat Kaum Iranun menanti terus menanti sehingga sekarang. Bukan itu sahaja yang kita boleh nampak tetapi masyarakat kita lebih suka "Membuta dan Menuli" mata dan telinga mereka hanya berdiri kepada satu alasan ingin memberi peluang. Bagi saya, cukup lah kita semua di PANDIRKAN oleh beliau dan suku sakatnya. Apa guna ada pemimpin tetapi segala keperitan kita tidak terbela. Mari tanya pada diri kita sekarang... Di mana arah tuju masyarakat kita? Berapa ramai anak Iranun yang beliau bantu? Apabila kita datang mengadu masalah pasti kita akan di marahi ( ramai rakan-rakan dan pakcik-pakcik kita yang kena). Jadi masih perlukah lagi kita terhadap pemimpin seperti ini. Secara ikhlasnya kebaikan beliau yang ada selama ini tertindih dengan "kejahatan" yang beliau dan suku sakatnya lakukan. Bagi "kerbau-kerbau" beliau pasti akan marah apabila terbaca ataupun terdengar isi tulisan saya ini, tetapi demi bangsa ANDA kena menerimanya. ( Itu pun andai ada yang terasa).
Terlalu banyak kisah-kisah beliau untuk saya tulis, tetapi cukuplah setakat ini sahaja untuk kita fikirkan bersama demi bangsa tercinta kita. Pada hemah saya juga, JAWATAN beliau pegang sekarang ini terpaksa diberikan demi menjaga hati banyak pihak dan tidak perlulah ia dibangga-banggkan. Saya tidak mahu mengulas lebih lanjut kerana saya yakin bahawa ANDA sendiri lebih mengetahuinya..... Tiada apa yang perlu dibanggakan dengan PEMIMPIN kita yang ada sekarang, setakat ini belum ada seorang pun anak Kaum Iranun yang benar-benar memperjuangkan bangsa dan agama tercinta kita. Cukuplah, berilah peluang kepada anak-anak Iranun yang lain. Kita lihat pula bagaimana kepimpinan mereka, mana tahu lahir seorang PEMIMPIN yang ikhlas dalam memperjuang nasib kita..
Akhir sekali, Blog ini bukan untuk mengutuk atau memfitnah sesiapa tetapi menyatakan kebenaran yang Hakiki agar masyarakat kita tidak terus di pandirkan. Saya tidak katakan bahawa kepimpinan insan ini langsung tidak membawa kebaikan kepada masyarakat kita tetapi kadangkala apabila terlalu lama banyak benda yang kita akan terlupa.....

No comments:

Post a Comment

Penafian:
Penulis blog mapaittantu tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana melayari atau menggunakan maklumat dalam blog ini.