Tuesday, June 16, 2009

IRANUN DAN PAS/PR

"Bukankah perlembagaan Pas itu meletakkan A-Quran dan Sunnah Nabi sebagai rujukkan paling atas, berbeza dengan perlembagaan Umno atau mana-mana parti politik yang ada di negara ini". Luah seorang penganut kuat Parti PAS ketika kami bertemu dan minum petang di salah sebuah restoran di Tuaran. Luahan ini berlaku disebabkan saya bertanya kepada beliau akan cerita sebenar pergolakkan Partinya yang semakin mendapat liputan media cetak dan eletronik masa kini. Saya secara peribadinya bersetuju dengan pendapat beliau dan apa yang kita nampak sekarang ini pun, hanya Parti PAS sahaja yang konsisten dalam memperjuang Islam sebenar. Saya juga secara jujurnya tidak dapat menerima laporan-laporan didada-dada akhbar pro kerajaan kerana banyak sebenarnya fakta yang di putar belitkan demi kepentingan kerajaan ataupun individu-individu tertentu. Sebagai rakyat kita haruslah tahu menilai akan kebenaran sesuatu fakta demi kelangsungan kehidupan dan keamanan negera tercinta kita.





(Gambar YB Datuk Hj Musbah Hj Jamli bersama beberapa orang kuat Program Ikhtifal dan Khatam Al-Quran, Kg. Rampayan Ulu. Gambar Dari http://www.abdnaddin.blogspot.com/)

Seperti yang kita maklum dan umum ketahui, Masyarakat kaum Iranun merupakan suku bangsa yang mempunyai pegangan agama yang kuat malah mengikut kajian yang dilakukan oleh seorang pelajar UMS, pengikut paling ramai Parti PAS adalah daripada suku Kaum Iranun (Dalam kawasan Daerah Kota Belud). Aktiviti-aktiviti berunsur keagamaan juga banyak di pelopori oleh masyarakat Kaum Iranun. Contohnya beberapa bulan yang lepas satu aktiviti telah dianjurkan di Kg Rampayan Ulu iaitu Majlis Ikhtifal dan Khatam Al-Quran Peringkat Daerah Kota Belud 1 bagi kawasan Tempasuk dan Kadamaian (sekadar Contoh sahaja). Justeru tidak keterlaluan andai saya katakan bahawa anak muda Iranun lebih cenderung menyokong Parti PAS berbanding Parti lain kerana Parti PAS merupakan satu-satunya Parti yang ada di negara kita berpegang teguh dengan ajaran Islam. (Kesimpulan Penulis sahaja).


Namun apa yang ingin saya kongsikan di sini adalah "Sistem" pembawaan ahli-ahli yang menggelar diri mereka sebagai POLITIKUS PAS. Malah apa yang amat dikesali ramai para pejuang ini hanya berjuang di alam maya (tapuk-tapuk ban). Umum mengetahui bahawa kebanyakkan penganut PAS merupakan kakitangan awam yang secara tepatnya lagi bekerja dengan pihak kerajaan. Namun ketakutan lahir apabila wujud sikap berjuang hanya kerana nama. Saya berani mengatakan demikian kerana segelintir mereka ini berkempen secara sembunyi-sembunyi. Apabila ditanya, mereka dengan tidak ada rasa malu menyatakan bahawa mereka takut dibuang kerja ataupun dipindahkan ketempat yang jauh dari kampung halaman. Persoalannya sekarang Layakkah mereka-mereka ini digelar sebagai pejuang Islam???. Belum apa-apa sudah memerlihatkan kelemahan dan kebodohan peribadi mereka. Masalah ini lagi bertambah dengan sikap segelintir mereka yang terang-terangan mengutuk kepimpinan kerajaan tetapi pada masa yang sama mereka tidak mempraktikkan ajaran Islam itu sendiri.


Saya menerima pelbagai rungutan dikalangan Masyarakat Kaum Iranun mengenai cara berpolitik "Penganut PAS" ini didalam gerombolan masyarakat kita. Kita ingin memandu atau mengajak orang kearah kebaikkan tetapi kita langsung tidak bertegur sapa dengan mereka, malahan kita tidak pernah berbual sekalipun ketika minum bersama ( saya nampak sendiri). Atas alasan mereka ini tidak memahami perjuangan sebenar Parti PAS. Persoalannya kalau orang tidak faham apa gunanya anda mengaku sebagai Pejuang...? Andai berselisih sekalipun senyuman tidak akan kelihatan, seakan-akan politikusnya seperti berpolitik ketika zaman batu (itupun andai ada poltitik pada ketika itu). Masalah ini saya ada kemukaan kepada beberapa orang yang mengaku sebagai politikus atau mungkin juga tetikus (Meminjam kata-kata saudara paikankb) Parti PAS, tetapi apa yang terjadi makhluk Allah itu banyak membawa saya ke arah "Pau wallah" tanpa memikirkan hakikat sebenar.
Apapun untuk menjadi seorang pemimpin kita kena tahu bahawa segala gerak geri kita sentiasa diperhatikan. Kalau hanya berjuang mahukan pangkat atau nama baik tubuhkan parti sendiri. Usah dicalar kesucian Islam itu, dan peringatan kepada Orang yang memahami dan mengetahui akan kebenaran anda mesti berani menyatakan sesuatu kebenaran sekalipun mapaitantu. Sekalipun ayah kita merupakan orang kuat Parti lain DAN PARTI ITU TIDAK MENJURUS KE ARAH AJARAN ISLAM, kita kena memandu mereka agar tidak terus hanyut ke arah kemurkaan Allah. Selagi uyag-uyag selagi pah gatu....!

1 comment:

  1. Salam Rengit...
    Satu pendedahan 'berani' .SDR terlepas pandang bahawa ada juga pejuang UMNO yang kena tukar kerja di kwsn pedalaman....Politik itu dikotori oleh manusia2 yang selalu mementingkan diri.

    ReplyDelete

Penafian:
Penulis blog mapaittantu tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana melayari atau menggunakan maklumat dalam blog ini.