SERING KALI kita dihidangkan dengan pelbagai masalah dalaman UBN sama ada dalam media masa mahupun media elektronik kebelakangan ini. Baru-baru ini kita sekali lagi digemparkan dengan beberapa kes rasuah golongan "Elit" UBN yang memperlihatkan beberapa tindakan terpaksa di ambil oleh SPRM.
Persoalanya sekarang adakah semua masalah UBN ini dapat menutup segala kelemahan yang ada pada mereka....? keadaan ini mesti kita fikirkan demi kelangsungan survival masyarakat Iranun amnya. UBN ini begitu sinonim dengan masyarakat kita kerana ramai melahirkan "Cendikiawan" seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Terlalu ramai jika kita perhatikan untuk seketika insan yang ingin diri mereka digelar sebagai PEMIMPIN. Masing-masing bergiat dalam politik kerana KONONNYA dengan cara ini mereka-mereka ini boleh membantu masyarakat kaum Iranun. Masyarakat Kaum Iranun pula menjadi seakan-akan "DUNGU" membiarkan hakikat sebenar berlalu tanpa sebarang tindakan yang sewajarnya apatahlagi untuk kita perdebatkan. Dalam masa yang sama turut kedengaran pula bisikan-bisikan manusia dayus yang kononya sebagi pejuang bangsa"Syukurlah sudah ramai anak Iranun yang menjadi pemimpin, tidak lama lagi kita akan maju lah". Menyusuri hakikat sebenar, pemimpin kita itu sebenarnya hanyalah "anak anjing yang menyalak di waktu tengahari" kerana hanya akan berbunyi ketika diketuk (Semasa pemilihan bahagian ataupun pilihanraya) tetapi selepas itu senyap entah ke mana, ibarat mati tidak berkubur.
Yang amat memalukan kita apabila ada dikalangan masyarakat kita sanggup memuja seseorang Pemimpin dalam UBN ini. Silap sikit nak kata, maki hamun yang datang. Bila hendak menegur sikap seseorang Pemimpin, masyarakat kita pasti akan memulau individu tersebut. Yang lagi pelik apabila kita dihantar belajar setinggi yang ada agar dapat melahirkan insan yang berilmu dan berani memperjuangkan kebenaran, tetapi apabila kita menyatakan kebenaran ibubapa ataupun masyarakat kita langsung tidak akan mengendahkannya malah kita pula dikatakan sebagai manusia yang bodoh. Dalam Konteks ini saya memohon agar para pembaca sendiri menilai siapa sebenarnya yang bodoh.....? Saya akui bahawa saya amat bersyukur kerana ramai dikalangan masyarakat kita mempunyai pendidikan dan kedudukan yang tinggi dalam negeri tercinta kita. Tetapi saya ingin bertanya kepada mereka yang dianggap'Hero" ini, apa sumbangan anda yang diketegorikan sebagai manusia yang berjaya terhadap pembangunan masyarakat tercinta kita ini.
Pada hemah saya, tidak kiralah dimana kita berada sama ada UBN, PAS, PKR dan parti lain yang penting kita jangan terlupa asal usul kita. Sekiranya kita manusia dan mempunyai akal fikiran, maka ikutlah pada nakhoda yang berteraskan ajaran islam yang sebenar dan benar-benar memperjuangkan bangsa kita. Saya amat seronok berbincang ataupun bertukar-tukar pendapat dengan bekas pejuang USNO kerana mereka ini benar-benar berjuang demi bangsa dan bukan kepentingan nafsu dan diri mereka sendiri seperti kebanyakan pemimpin yang ada sekarang.....BELAJAR MENERIMA HAKIKAT SEKALI PUN "MAPAIT TANTU".
sebagai suku kaum minoriti, masyarakat Irranun di Sabah pertama-tama sekali mesti ada perpaduan. perpecahan dalam politik perkara biasa tetapi perpaduan mesti ada dalam menentukan hala tuju masyarakat. Seperti kaum Bugis yang minoriti tetapi kontrol bidang perladangan, pengangkutan dan rangkaian restoran di Sabah. Politik mereka tidak kelihatan perpecahan. Dan mereka tidak nampak bercelaru berbanding dengan kaum Bajau dan Irranun. harus diingat sejarah kaum Irranun begitu disegani dan dihormati suku-suku lain terutama kaum Suluk mengkagumi keberanian suku Irranun suatu ketika dulu. Namun segala-galanya bergantung kepada pemimpin Irranun yang tidak semestinya ada jawatan politik baru boleh menjadi KETUA tapi tunjukkan komitmen dan keberanian membawa perubahan kepada nasib bangsa.
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteSaya mengambil pendirian berbeza dengan saudara... dalam membuat penilaian biarlah secara rasional bukannya emotional... dewasa ini ramai dikalangan masyarakat Iranun menjadi kontraktor berjaya, menjawat jawatan tinggi dalam kerajaan dan bangsa Iranun dikenali serta dihormati oleh orang lain, atas usaha siapa?... beliau merupakan simbol perjuangan Iranun.... manusia mana yang tidak membuat kesilapan? Bumi mana yang tak ditimpah hujan?, kita insan biasa bukannya malaikat.... ingatlah jangan sampai kita digelar “Iranun mudah lupa”... saya bukan memuji beliau tetapi menghargai perjuangan beliau, siapa yang menghormati pemimpin kita kalau kita sendiri tidak hormat... fikir2 kanlah...
Saya merasa ada benarnya pdpt.Sdr.setakat ini tidak ada lagi yang benar2 mepjuangkan masykt Iranun.Nak tanya sambalbelacan bagaimanakah hidup masyrkt Iranun skg?
ReplyDeletekinu anan?
ReplyDelete