Tuesday, June 30, 2009

SALAKAN MANUSIA YB....



Alhamdulillah, nampaknya sekali lagi si rengit akan beraksi setelah agak lama menyepi. Maaf kepada rakan bloger kerana saya tidak dapat meng”up date” laman blog ini agak lama kerana saya baru sahaja pulang daripada P. Mantanani. Sebenarnya saya di pelawa oleh seorang kawan untuk melawat seterusnya bercuti disalah satu pulau yang terdapat di daerah kota belud itu.



saya amat terpesona melihat kecantikan pulau tersebut apatah lagi dengan keramah tamaan masyarakatnya, biasalahkan baru pertama kali menjejakkan kaki ke sana. Namun disini saya bukanya bercerita tentang kecantikan pulau tersebut tetapi ingin berkongsi sedikit “cerita” tentang paparan rakan bloger kita baru-baru ini(depu-depu, batugadung dan paiknkb) mengenai pemimpin pelapis untuk daerah kota belud. Apa yang ingin saya katakan, sebenarnya apabila kita bercakap soal bakal pemimpin terlalu ramai yang akan tersinggung terutama kepada mereka yang “bernafsu” ingin menjadi pemimpin. Tetapi tidak saya nafikan ada juga yang menyalak demi kepentingan kesukuan mereka. Tapi yang paling banyak melatah adalah mereka yang berniat ingin menjawat jawatan Yang Berhormat (YB). Mereka ini yang kita wajar panggil “Yang Bodoh”. tau pangkat dan kaut harta saja.


Kepada rakan-rakan bloger teruskan mencari bakal-bakal pemimpin masyarakat Kota Belud yang benar-benar berjuang demi bangsa, agama dan negara, mcm para pejuang kemerdekaan dahulu. Mungkin agak susah tapi kita kena berusaha, Apapun kepada semua masyarakat Iranun, bertindaklah sekarang demi survival kita. Tiada bantuan maka tiada harapan untuk kita. lihat sahaja penulisan saudari dayangwulan di (dayangwulandari.blogspot.com-Akhirnya datuk salleh turun padang, dan – jelapang padi Kota Belud) betapa payahnya projek itu dilaksanakan….mamaikir tanu….Kalau kita tidak ada “Orang Kuat” maka kita akan lebih menjadi lalang….. segala sisa kita punya.


Soal ingin mengetengahkan kepimpinan saudara Roslan Mansur teruskan… saya yakin beliau boleh menjadi pemimpin semua kaum… tetapi pesan saya kepada mereka-mereka yang rapat dengan beliau, pandulah dia dan sentiasalah merenung kembali perjuangan pemimpin kita yang lama. mana yang baik ambil dan mana yang buruk lempar kemuka pemimpin itu sendiri (caranya buat lagi terbaik daripada mereka). Mana-mana benda yang tidak dan memang tidak mahu diselesaikan oleh mereka-mereka ini selesaikan… ingat rakyat adalah “nyawa” politiknya…

Monday, June 22, 2009

IRANUN DAN SISTEM PENGURUSANNYA




SEBENTAR tadi saya telah bertemu dengan seorang kawan yang berasal daripada negeri Johor, beliau bekerja sebagai kakitangan di salah sebuah jabatan Kerajaan di Sabah. Pekerjaan beliau ini banyak melibatkan pertemuan dengan masyarakat negeri tercinta kita ini. Seingat saya persahabatan kami ini telah menjangkau hampir 25 tahun iaitu sejak saya bergelar "siswazah" di salah sebuah pusat Pengajian Tinggi di Utara Malaysia.






Sebenarnya kunjungan saya kali ini hanya sebagai warga awam yang memerlukan khidmat Jabatan beliau. Sesampainya saya di pejabat beliau, kelihatan terlalu ramai "pelanggan" yang menunggu untuk berurusan dengan Jabatan beliau ini. Terdetik didalam hati jugalah untuk tidak mengganggu beliau, jadi setibanya di sana saya terus mendapatkan nombor giliran dan terus duduk di tempat menunggu. Hampir 30 minit saya menunggu untuk sampai "Turn" tapi nampaknya tak sampai-sampai lah juga.




Sedang saya melayani perasaan (Macam-macam ada, geram, sedih, bengang, mengantuk semuanya bercampur baur) tiba-tiba saya di sapa dari belakang " Salam, Bos ku. Nak p mana?? apasal tak telefon saya kata nak datang". "Eh Tuan, sambil saya berdiri dan berjabat tangan denganya. Ingat nak telefon lah tadi tapi takut kau sibuk pula, biasalah Pengarah katakan". "Ya lah tu, kau pun apa kurangnya, Big Bos lagi tu, Apa kau buat sini (Dalam Lohgat sabah)". "Saya nak urus benda sikit aje tak lah penting sangat pun". " OK lah kalu macam tu apa kata kita minum dulu, pelawa beliau". Tanpa banyak soal saya pun mengangguk dan berjalan mengikut beliau.




Setelah bertanya khabar dan macam-macam lagi lah, daripada bidang pekerjaan kepada perkembangan kawan-kawan lama sehinggalah kepada membincangan kemajuan masyarakat kita khususnya kaum Iranun tercinta. Untuk makluman saudara-saudara anak Iranun, beliau ini merupakan salah seorang Pemimpin di Universiti dahulu yang banyak memberikan sumbangan idea kepada persatuaan Bumiputera Sabah. Sekarang ini pun beliau ramai kawan-kawan daripada anak-anak Iranun terutama pemimpin-pemimpin (Manusia yang mengaku pemimpin) Masyarakat Kita ini.






Saya amat bersetuju dengan pandangan beliau yang menyatakan bahawa untuk berjaya seseorang ataupun kaum itu mestilah mempunyai sistem Pengurusan yang baik. Beliau memberikan pendapat bahawa masyarakat kita (Kaum Iranun) boleh berjaya asalkan kita berani berubah. setelah tinggal puluhan tahun di Sabah sehingga bertemu jodoh di sini, dengan pengalaman berkawan dengan anak-anak Iranun, beliau yakin kita mampu bersaing dengan bangsa-bangsa lain. Kita bukanya berbincang kerana perkauman tetapi kita memperkatakan sesuatu yang pasti dan hal ini sekiranya di baiki tidak mungkin kita akan dapat melahirkan pemimpin-pemimpin ataupun usahawan-usahawan yang lebih ulung daripada sekarang. Melihat keadaan sekarang ini pun kajian secara tidak formal yang telah saya jalankan, ramai anak-anak Iranun kita yang memohon Biasiswa atau Pinjaman untuk melanjutkan pengajian keperingkat Ijazah Sarjana Muda, master dan PHD. Jadi adalah janggal saya katakan di sini bahawa bangsa kaum kita tidak menuju kearah "Pembangunan" dari segi zahiriah mahupun batiniah.




Apa yang kita lihat sekarang ini pun, masyarakat kita tidak mempunyai sistem pengurusan yang baik, samaada menjurus kepada pemakanan, kesihatan, kerjaya, agama mahupun POLITIKnya. Masuk sahaja di kampung-kampung yang dihuni masyarakat kita, pelbagai masalah akan kita temui. Bukan sahaja ketua kampungnya raja "songlap" JKKK nya pun turut sama jadi "songlap". Membaca ulasan saudara batugadung baru-baru ini saya tergelak sendirian kerana apa yang saudara batugadung ceritakan adalah realiti sebenar yang benar-benar terjadi. Ada projek pembangunan yang di buat didalam hutan rimba (tak tahu lah kenapa, kita fikirkan sahaja lah). Kenapa banyak projek yang di pohon tetapi bukan untuk kemaslahatan masyarakat kita tetapi lebih kepada kepentingan individu tertentu.....?




Pengurusan keluarga juga semakin lemah dalam masyarakat kita. Atas bersandarkan pada alasan ibubapa tidak mempunyai masa untuk memerhatikan anak-anak mereka, pendek kata sibuk mencari rezeki akhirnya bukan sahaja membantutkan kemajuan masyarakat kita tetapi juga melahirkan pelapis pemimpin yang kaki perokok, Perogol, pemabuk, sabu, gam, pencuri dan banyak lagi "Pekerjaan" haram yang dibuat oleh mereka tanpa segan silu. Bukan semua anak-anak kita seperti itu tetapi tidak keterlaluan saya katakan sekalipun dia baik tetapi kemungkinan dia merupakan seorang perokok. Merokok dalam usia muda seawal sekolah rendah amatlah membimbangkan dan mengerikan.




Pengurusan itu kita mesti lihat dalam pelbagai aspek bukan sahaja merujuk kepada ulasan saya ini, tetapi lebih daripada itu. APAPUN KITA HENDAKLAH MENGGEMBELENG TENAGA BERSAMA-SAMA DEMI MEMAJUKAN MASYARAKAT KITA....FIKIRKAN...

Wednesday, June 17, 2009

IRANUN DAN "ORANG BIJAK PANDAINYA"

UMUMNYA kita mengetahui bahawa masyarakat kita terlalu bergantung hidup dalam bidang pertanian dan perikanan sebagai sumber ekonominya. Namun saya tidak menafikan juga bahawa masyarakat Iranun kini mulai bergerak maju sejajar pergerakkan dunia global sekarang(walaupun agak lembab sedikit yang penting bergerak) agar terus bersaing dengan masyarakat lain. Kalau kita perhatikan sekarang, anak muda Iranun mulai menduduki dan memegang pelbagai jawatan tinggi dalam sesebuah organisasi tidak kiralah samada organisasi itu kerajaan mahupun swasta.


Tetapi ungkapan "sayang seribu kali sayang" terus kita dengari dan rungutan ini turut disulami dengan ungkapan "Tidak apa hari ini hari kamu, nanti hari saya akan datang juga tu" sering kedengaran kepada mereka-mereka yang kecewa dan terkilan denga sikap anak bangsa Iranun yang mula menampakkan keangkuhan dan kebodohan mereka didalam membantu anak-anak kita didalam mendapatkan sesuatu pekerjaan sekalipun anak-anak kita itu mempunyai kelayakkan yang amat baik dan anak-anak Iranun yang berjaya pula menjadi pelopor di dalam sesuatu organisasi yang berjaya. Selalunya ungkapan yang akan kedengaran sebagai alasan kepada anaka-anak Iranun yang berjaya ini adalah " Anak Iranun ini susah diurus Lah, takkan saya nak cari sakit kepala pula". Amat kasihan kepada anak Iranun sekarang, bukan sahaja kurangnya ikatan ukhuwah tetapi juga turut melahirkan sikap "Uyag ginawa". Entah sampai bila kita harus begini.....
Pun ta ambu mangilai satayungan masam binsnes da ambu ah tabang. Pun ta muka sa kadai runcit sontoh yan, makauma pen sekiran reka pahgutang ban. Pun sa manga tina atau bangsa ah lain sekiran aya mbah yad kis. Paka iran iran tanu ah bangsa ta anu aya tau.....Doa tanu ban aki, mudah-mudahan mbah ruba ah sikap ah deh mapia sa eh kah pia-pia. Kalu-kalu antuna eh makabatia sa blog ku aya aden ah ka sedaran tanu. Sama-sama tanu muyag sa bangsa tanu...

Tuesday, June 16, 2009

IRANUN DAN PAS/PR

"Bukankah perlembagaan Pas itu meletakkan A-Quran dan Sunnah Nabi sebagai rujukkan paling atas, berbeza dengan perlembagaan Umno atau mana-mana parti politik yang ada di negara ini". Luah seorang penganut kuat Parti PAS ketika kami bertemu dan minum petang di salah sebuah restoran di Tuaran. Luahan ini berlaku disebabkan saya bertanya kepada beliau akan cerita sebenar pergolakkan Partinya yang semakin mendapat liputan media cetak dan eletronik masa kini. Saya secara peribadinya bersetuju dengan pendapat beliau dan apa yang kita nampak sekarang ini pun, hanya Parti PAS sahaja yang konsisten dalam memperjuang Islam sebenar. Saya juga secara jujurnya tidak dapat menerima laporan-laporan didada-dada akhbar pro kerajaan kerana banyak sebenarnya fakta yang di putar belitkan demi kepentingan kerajaan ataupun individu-individu tertentu. Sebagai rakyat kita haruslah tahu menilai akan kebenaran sesuatu fakta demi kelangsungan kehidupan dan keamanan negera tercinta kita.





(Gambar YB Datuk Hj Musbah Hj Jamli bersama beberapa orang kuat Program Ikhtifal dan Khatam Al-Quran, Kg. Rampayan Ulu. Gambar Dari http://www.abdnaddin.blogspot.com/)

Seperti yang kita maklum dan umum ketahui, Masyarakat kaum Iranun merupakan suku bangsa yang mempunyai pegangan agama yang kuat malah mengikut kajian yang dilakukan oleh seorang pelajar UMS, pengikut paling ramai Parti PAS adalah daripada suku Kaum Iranun (Dalam kawasan Daerah Kota Belud). Aktiviti-aktiviti berunsur keagamaan juga banyak di pelopori oleh masyarakat Kaum Iranun. Contohnya beberapa bulan yang lepas satu aktiviti telah dianjurkan di Kg Rampayan Ulu iaitu Majlis Ikhtifal dan Khatam Al-Quran Peringkat Daerah Kota Belud 1 bagi kawasan Tempasuk dan Kadamaian (sekadar Contoh sahaja). Justeru tidak keterlaluan andai saya katakan bahawa anak muda Iranun lebih cenderung menyokong Parti PAS berbanding Parti lain kerana Parti PAS merupakan satu-satunya Parti yang ada di negara kita berpegang teguh dengan ajaran Islam. (Kesimpulan Penulis sahaja).


Namun apa yang ingin saya kongsikan di sini adalah "Sistem" pembawaan ahli-ahli yang menggelar diri mereka sebagai POLITIKUS PAS. Malah apa yang amat dikesali ramai para pejuang ini hanya berjuang di alam maya (tapuk-tapuk ban). Umum mengetahui bahawa kebanyakkan penganut PAS merupakan kakitangan awam yang secara tepatnya lagi bekerja dengan pihak kerajaan. Namun ketakutan lahir apabila wujud sikap berjuang hanya kerana nama. Saya berani mengatakan demikian kerana segelintir mereka ini berkempen secara sembunyi-sembunyi. Apabila ditanya, mereka dengan tidak ada rasa malu menyatakan bahawa mereka takut dibuang kerja ataupun dipindahkan ketempat yang jauh dari kampung halaman. Persoalannya sekarang Layakkah mereka-mereka ini digelar sebagai pejuang Islam???. Belum apa-apa sudah memerlihatkan kelemahan dan kebodohan peribadi mereka. Masalah ini lagi bertambah dengan sikap segelintir mereka yang terang-terangan mengutuk kepimpinan kerajaan tetapi pada masa yang sama mereka tidak mempraktikkan ajaran Islam itu sendiri.


Saya menerima pelbagai rungutan dikalangan Masyarakat Kaum Iranun mengenai cara berpolitik "Penganut PAS" ini didalam gerombolan masyarakat kita. Kita ingin memandu atau mengajak orang kearah kebaikkan tetapi kita langsung tidak bertegur sapa dengan mereka, malahan kita tidak pernah berbual sekalipun ketika minum bersama ( saya nampak sendiri). Atas alasan mereka ini tidak memahami perjuangan sebenar Parti PAS. Persoalannya kalau orang tidak faham apa gunanya anda mengaku sebagai Pejuang...? Andai berselisih sekalipun senyuman tidak akan kelihatan, seakan-akan politikusnya seperti berpolitik ketika zaman batu (itupun andai ada poltitik pada ketika itu). Masalah ini saya ada kemukaan kepada beberapa orang yang mengaku sebagai politikus atau mungkin juga tetikus (Meminjam kata-kata saudara paikankb) Parti PAS, tetapi apa yang terjadi makhluk Allah itu banyak membawa saya ke arah "Pau wallah" tanpa memikirkan hakikat sebenar.
Apapun untuk menjadi seorang pemimpin kita kena tahu bahawa segala gerak geri kita sentiasa diperhatikan. Kalau hanya berjuang mahukan pangkat atau nama baik tubuhkan parti sendiri. Usah dicalar kesucian Islam itu, dan peringatan kepada Orang yang memahami dan mengetahui akan kebenaran anda mesti berani menyatakan sesuatu kebenaran sekalipun mapaitantu. Sekalipun ayah kita merupakan orang kuat Parti lain DAN PARTI ITU TIDAK MENJURUS KE ARAH AJARAN ISLAM, kita kena memandu mereka agar tidak terus hanyut ke arah kemurkaan Allah. Selagi uyag-uyag selagi pah gatu....!

Sunday, June 14, 2009

IRANUN DAN UMNO/BN

SERING KALI kita dihidangkan dengan pelbagai masalah dalaman UBN sama ada dalam media masa mahupun media elektronik kebelakangan ini. Baru-baru ini kita sekali lagi digemparkan dengan beberapa kes rasuah golongan "Elit" UBN yang memperlihatkan beberapa tindakan terpaksa di ambil oleh SPRM.
Persoalanya sekarang adakah semua masalah UBN ini dapat menutup segala kelemahan yang ada pada mereka....? keadaan ini mesti kita fikirkan demi kelangsungan survival masyarakat Iranun amnya. UBN ini begitu sinonim dengan masyarakat kita kerana ramai melahirkan "Cendikiawan" seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Terlalu ramai jika kita perhatikan untuk seketika insan yang ingin diri mereka digelar sebagai PEMIMPIN. Masing-masing bergiat dalam politik kerana KONONNYA dengan cara ini mereka-mereka ini boleh membantu masyarakat kaum Iranun. Masyarakat Kaum Iranun pula menjadi seakan-akan "DUNGU" membiarkan hakikat sebenar berlalu tanpa sebarang tindakan yang sewajarnya apatahlagi untuk kita perdebatkan. Dalam masa yang sama turut kedengaran pula bisikan-bisikan manusia dayus yang kononya sebagi pejuang bangsa"Syukurlah sudah ramai anak Iranun yang menjadi pemimpin, tidak lama lagi kita akan maju lah". Menyusuri hakikat sebenar, pemimpin kita itu sebenarnya hanyalah "anak anjing yang menyalak di waktu tengahari" kerana hanya akan berbunyi ketika diketuk (Semasa pemilihan bahagian ataupun pilihanraya) tetapi selepas itu senyap entah ke mana, ibarat mati tidak berkubur.
Yang amat memalukan kita apabila ada dikalangan masyarakat kita sanggup memuja seseorang Pemimpin dalam UBN ini. Silap sikit nak kata, maki hamun yang datang. Bila hendak menegur sikap seseorang Pemimpin, masyarakat kita pasti akan memulau individu tersebut. Yang lagi pelik apabila kita dihantar belajar setinggi yang ada agar dapat melahirkan insan yang berilmu dan berani memperjuangkan kebenaran, tetapi apabila kita menyatakan kebenaran ibubapa ataupun masyarakat kita langsung tidak akan mengendahkannya malah kita pula dikatakan sebagai manusia yang bodoh. Dalam Konteks ini saya memohon agar para pembaca sendiri menilai siapa sebenarnya yang bodoh.....? Saya akui bahawa saya amat bersyukur kerana ramai dikalangan masyarakat kita mempunyai pendidikan dan kedudukan yang tinggi dalam negeri tercinta kita. Tetapi saya ingin bertanya kepada mereka yang dianggap'Hero" ini, apa sumbangan anda yang diketegorikan sebagai manusia yang berjaya terhadap pembangunan masyarakat tercinta kita ini.
Pada hemah saya, tidak kiralah dimana kita berada sama ada UBN, PAS, PKR dan parti lain yang penting kita jangan terlupa asal usul kita. Sekiranya kita manusia dan mempunyai akal fikiran, maka ikutlah pada nakhoda yang berteraskan ajaran islam yang sebenar dan benar-benar memperjuangkan bangsa kita. Saya amat seronok berbincang ataupun bertukar-tukar pendapat dengan bekas pejuang USNO kerana mereka ini benar-benar berjuang demi bangsa dan bukan kepentingan nafsu dan diri mereka sendiri seperti kebanyakan pemimpin yang ada sekarang.....BELAJAR MENERIMA HAKIKAT SEKALI PUN "MAPAIT TANTU".

IRANUN: PEMIMPIN DAN KEPIMPINAN

MASYARAKAT IRANUN amnya merasakan bahawa insan (setelah anda membaca tulisan saya ini, saya yakin anda pasti faham siapa insan yang saya maksudkan ini) ini merupakan seorang pemimpin ulung suku kaum Iranun. Secara peribadinya saya kurang bersetuju kerana banyak faktor yang saya boleh "kejar"mengenai keperibadian beliau. Saya juga amat kesal dengan apa yang berlaku dalam masyarakat kita kini. Mudah nak kata, wujud "Team A" dan "Team B" dalam masyarakat kaum Iranun dalam memperjuangkan kepentingan kaum minoriti ini. Masing-masing punyai kuda untuk dipacu kehadapan. Masih terngiang-ngiang lagi di telinga saya ungkapan yang dikeluarkan oleh beliau dalam satu majlis selepas pilihanraya "Nah...! sekarang saya sudah mempunyai kuasa, bersedialah kamu untuk saya banjirkan sawah padi kamu dengan air(masalah masyarakat Iranun sehingga sekarang adalah masalah pengairan sawah padi) yang nelayan pula saya akan buat perahu besar untuk kamu semua turun ke laut". Pada ketika itu kata-kata beliau disambut dengan tepukan gemuruh dan hilai tawa masyarakat Iranun. Mungkin pada hemah mereka segala masalah akan dapat diselesaikan, sesekali terdengar bisikan "betul tu, Beliau itu tidak akan bercakap BOHONG...!".
Namun seperti biasa, janji-janji itu tinggal janji sahaja. Masyarakat Kaum Iranun menanti terus menanti sehingga sekarang. Bukan itu sahaja yang kita boleh nampak tetapi masyarakat kita lebih suka "Membuta dan Menuli" mata dan telinga mereka hanya berdiri kepada satu alasan ingin memberi peluang. Bagi saya, cukup lah kita semua di PANDIRKAN oleh beliau dan suku sakatnya. Apa guna ada pemimpin tetapi segala keperitan kita tidak terbela. Mari tanya pada diri kita sekarang... Di mana arah tuju masyarakat kita? Berapa ramai anak Iranun yang beliau bantu? Apabila kita datang mengadu masalah pasti kita akan di marahi ( ramai rakan-rakan dan pakcik-pakcik kita yang kena). Jadi masih perlukah lagi kita terhadap pemimpin seperti ini. Secara ikhlasnya kebaikan beliau yang ada selama ini tertindih dengan "kejahatan" yang beliau dan suku sakatnya lakukan. Bagi "kerbau-kerbau" beliau pasti akan marah apabila terbaca ataupun terdengar isi tulisan saya ini, tetapi demi bangsa ANDA kena menerimanya. ( Itu pun andai ada yang terasa).
Terlalu banyak kisah-kisah beliau untuk saya tulis, tetapi cukuplah setakat ini sahaja untuk kita fikirkan bersama demi bangsa tercinta kita. Pada hemah saya juga, JAWATAN beliau pegang sekarang ini terpaksa diberikan demi menjaga hati banyak pihak dan tidak perlulah ia dibangga-banggkan. Saya tidak mahu mengulas lebih lanjut kerana saya yakin bahawa ANDA sendiri lebih mengetahuinya..... Tiada apa yang perlu dibanggakan dengan PEMIMPIN kita yang ada sekarang, setakat ini belum ada seorang pun anak Kaum Iranun yang benar-benar memperjuangkan bangsa dan agama tercinta kita. Cukuplah, berilah peluang kepada anak-anak Iranun yang lain. Kita lihat pula bagaimana kepimpinan mereka, mana tahu lahir seorang PEMIMPIN yang ikhlas dalam memperjuang nasib kita..
Akhir sekali, Blog ini bukan untuk mengutuk atau memfitnah sesiapa tetapi menyatakan kebenaran yang Hakiki agar masyarakat kita tidak terus di pandirkan. Saya tidak katakan bahawa kepimpinan insan ini langsung tidak membawa kebaikan kepada masyarakat kita tetapi kadangkala apabila terlalu lama banyak benda yang kita akan terlupa.....

Saturday, June 13, 2009

IRANUN: TUNGGU APA LAGI....

SYABAS buat saudara depu-depu, saya amat tertarik dengan penulisan beliau yang tampak lembut tapi sangat berisi. kepada para bloger Kaum Iranun sila layari www.depu-depu.blogspot.com untuk mengetahui dan seterusnya dapat menghayati apa sebenarnya yang beliau ingin sampaikan. Saya amat tertarik dengan penulisan beliau yang membawa kita berfikir kembali kemana dan di mana sumber kekuatan masyarakat kita(Ekonomi). Tidak dapat dinafikan bahawa hampir 97% penjual ikan di pasar besar kota belud adalah keturunan dan suku sakat kaum Iranun. Tetapi seperti yang saudara depu-depu katakan sampai bila kita harus jadi begini. Saat berganti minit, minit berganti jam, jam berganti hari, hari berganti bulan, bulan berganti tahun dan akhirnya anak-anak kita mewarisi pekerjaan ini. Di sini ingin saya tekankan bahawa pekerjaan ini bukanya tidak menjanjikan hasil yang lumayan tetapi biarlah kita meniti arus kemodenan bersama-sama.
Biarlah kita berniaga sebagai peniaga yang berjiwa moden dan jangan kerana mementingkan soal kepentingan peribadi akhirnya kita menemui kegagalan. Saya amat rapat dengan kehidupan para penjual ikan di pasar kb ini dan apa yang saya nampak dan dapat perhatikan kebanyakkan mereka ini menghadapi "kemelut Dalaman". Maksud saya disini adalah tidak wujud kemuafakatan dalam menyelesaikan sesuatu. Masing-masing dengan kehebatanya, malah ada yang dengan bungkak dan kurang ajarnya mengaku sebagai "Orang Kaya" tetapi hanya berada ditampuk yang lama. Penstrukturan kewangan amat perlu bagi meneruskan kesinambungan perniagaan in. Masyarakat kita juga kurang mengamalkan sikap bekerjasama malah sangup menipu rakan peniaga yang lain demi kepentingan sendiri.
Apapun kepada penjawat awam anak Iranun dalam jabatan perikanan ataupun pertanian tolonglah beri petunjuk kepada mereka yang memerlukan ini terutama nasihat didalam memajukan perniagaan yang berkaitan perikanan dan pertanian. Banyak bantuan dari pihak kerajaan kenapa kita sanggup membantu orang lain sedangkan anak bangsa kita terus "Kais pagi makan pagi". Anda diamanahkan tugas itu, berlaku adil dan amanahlah agar hidup tidak menyesal dikemudian hari.

CERITERA ATAU ERINGA

Pertama sekali saya mengucapkan tahniah kepada para bloger masyarakat kaum Iranun. tidak ketinggalan kepada rakan para bloger yang banyak memberikan input atau maklumat kepada penulis. Saya amat bersyukur kerana mata minda kita terutamanya masyarakat kaum Iranun sudah terbuka dan tahu akan permasalahan yang melanda kita sekeluarga. Saya amat tertarik membaca beberapa blog mengenai permasalahan kaum Iranun seperti blog depu-depu.blogspot.com,batugadung,paikankb,abdnaddin.blogspot.com dan banyak lagi. Cuma dikesempatan ini saya ingin mengulas sedikit tentang tulisan daripada saudara paikankb mengenai "Masyarakat Iranun: Kepercayaan Terhadap Makhluk Hantu". Saya bersetuju dengan pendapat ataupun hasil kajian saudara paikankb mengenai sikap ibubapa masyarakat Kaum Iranun. Masyarakat kita telah menyemai sikap takut pada diri anak-anak mereka sejak dari kecil lagi.

Kita dilarang buat itu dan ini, sehinggakan suatu ketika hendak buang air kecil pun mesti berteman. Hasil semaian ibubapa masyarakat kita wahai Kaum Iranun, hendak bercakap benar pun terlalu takut. Bagi yang sudah berkerjaya mereka takut untuk bercakap benar, kerana takut kehilangan kerjaya. Masyarakat kita sekarang lebih suka berjaya atas penderitaan orang lain. Hendak bercakap soal politik pula, masyarakat kita politiknya banyak pada mengampu, tidak peduli apa wakil rakyatnya buat janji dia dapat pangkat,harta dan kesenangan. Maka segala kebenaran akan diabaikan, Bagi yang berjawatan dalam bidang agama pun sanggup melihat kemungkaran kerana yang membuat penindasan adalah suku sakatnya. Selesaikan masalah orang lain no 1, tetapi masalah keluarga hancur tak tahu di mana.

Masyarakat kita terlalu banyak bercakap daripada membuat kerja. Tidak percaya...! pergi sahaja ke pekan Kota Belud dan lihat apa masyarakat kita tengah buat??? perhatikan perkara sebenar dan fikir....! Apabila merujuk kepada ekonomi, masyarakat kita terlalu mundur kerana takut untuk mencuba berniaga. Hasil ini lah yang saya katakan tadi, semaian daripada sikap ibupa yang hanya berfikir didepan mata sahaja. Apabila ingin berniaga, mesti tentangan awal yang diperolehi adalah daripada keluarga. Masyarakat kita sebenarnya hipokrit dan terlalu membangga diri pada hal hasil tidak ada. Saya kaitkan dengan berniaga kerana belia dan remaja masyarakat kita ramai yang menganggur sekalipun lulusan siswazah. Dalam keadaan ekonomi sekarang, saya cadangkan lebih baik berniaga. Nabi s.a.w pun ada menyatakan bahawa 9/10 sumber rezeki adalah pada perniagaan.

Saya amat berasa hairan kerana didalam keluarga pun turut ada sikap dengki mendengki malah sanggup membiarkan adik beradik hidup dalam kesusahan yang amat sangat. kepada abang-abang yang berkedudukan tinggi sedikit, bantulah adik-adik kita yang ingin memulakan sesuatu pekerjaan atau perniagaan yang menghadapi masalah modal. Ingatlah bahawa langit itu tidak selalunya cerah...! Janganlah teruskan sikap ibubapa kita yang menyemai benih yang tidak baik terhadap keturunan kita... (tunggu sambungan seterusnya)...fikir jangn tak fikir...!

Penafian:
Penulis blog mapaittantu tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana melayari atau menggunakan maklumat dalam blog ini.