Friday, August 28, 2009

IRANUN: GAGAU....KATALAU..


Merujuk makna perkataan iranun itu sendiri yang bermaksud berkasih-kasihan seakan-akan memberikan kesan yang teramat dalam disetiap sanubari masyarakatnya. Gagau merupakan satu ungkapan yang cukup sinonim dengan sukubangsa Iranun. Kalau kita melihat dari sudut kehidupan kita seharian, perkatan Gagau ini sering mendapat tempat dikalangan anak-anak dan kehidupan masyarakat kita.

Kalau kita perhatikan secara mendalam salah satu kekuatan pada sukubangsa kita adalah keberanianya...manakala salah satu kelemahannya pula adalah mudah simpati ataupun khagagawan...Atas kelemahan inilah para pemimpin kita mempraktikkan ilmu Gagau ini kedalam politik mereka...jangan salah tafsir...ilmu Gagau yang disalurkan sebenarnya ilmu Gagau kepada diri mereka sendiri ....yakni pemimpin sukubangsa kita (Untuk periuk nasi mereka da)...

Orang tua-tua kita cukup marah dan benci apabila mereka ditipu apatahlagi ia melibatkan perangai pemimpin dari suku sendiri. Namun cara untuk mereka lembut hati adalah berjumpa dengan mereka sambil menunjukkan penyesalan yang teramat sangat sambil menitiskan airmata...nescaya mereka akan cair...Ilmu inilah yang sering diguna pakai oleh pemimpin-pemimpin suku kita....Tak percaya....fikir dan perhatikan....Ilmu ini Pendekar cahaya yang malap pun pakai tau.....Cerita pasal perjuangan dahulu...pahit getirnya....kepala berdarah...lebam...macam-macam lagi...lepas itu barulah mula drama lakonan mereka...Menangis...!....Tiada wakil lah...kita tak faham politik lah....Macam-macam lagi lah....Akhir sekali....Undilah saya...yang sudah berlalu biarlah berlalu....kita bina janji baru....Pelik tapi benar....

Satu lagi sikap dan tabiat masyarakat kita ialah....Bila bercakap macam nak rak dunia ni...Itulah inilah...tapi bila bertemu buku dengan ruas....semua kecut...kalau dulu kerjanya memaki hamun sekarang ni bersopan santun...kalau dulu sepak terajang tong sampah sekarang berjalan terpijak semut pun...semut tak mati....gua cakap sama lu.....Dulu bercakap soal kebenaran bukan main hebat tetapi sekarang bila yang empunya tubuh badan datang membela segala kebenaran tolak tepi...kena hormat la....cakap biar berlapis la....Pening din nak pikiaq....Inilah orang kita.....Ya lah Orang kita...Mengampu lebih isi tak da....

Lihat sahaja rakan dan kawan kita.....apa dah jadi....oh ya bulan mulia...kena beralas dan berlapik banyak tau...takut jadi fitnah dan kurang pahala pula....Dalam Bulan Puasa kita kena tolak kebenaran...simpan segala kebenaran...selepas bulan Puasa baru kita lepaskan semuanya....ya lepaskan kat Tong Sampah.....Inilah rencah dunia....Ku harapkan cerah di pagi hari rupanya mendung datang mengambil alih.....

Kita bukannya membudayakan sukubangsa kita pada kejumudan dan kerakusan pemikiran tetapi kita perlu menyemai keberanian dan kebijakan didalam menilai sesuatu isu....Usahlah mengajar anak-anak kita takut pada bayang-bayangnya sendiri....ITULAH GAGAU DAN TALAU.....???....fikirkan lah kawan dan rakan sekelian....

6 comments:

  1. salam sdr Renggit..

    Dah lama agaknya sdr tak kunjung tiba ke blog saya..Jangan pula sdr merajuk..kan kita berjuang bersama..

    post sdr kali ini seakan sama dgn apa yg saya postkan juga..PANDIKAR-HJ MUSABH TEMAN SEPERMAINAN. masih juga certia gagau dan katalau..tak percaya ? sdr menggigit lah kembali di blog saya..wassalam.

    ReplyDelete
  2. "If you give peanut, you will get monkies". (kiranya kamu beri kacang kamu dapat monyet)Peribahasa inggeris ini mengatakan bahawa kiranya komitmen seseorang hanyalah ada kadar maka apa yang dia perolehi sebagai pulangan ialah ala kadar atau kurang dari itu. Dalam perjuangan untuk membangunankan bangsa dan agama; jika perjuangan kita hanyalah sekadar lantang bercakap, apa yang kita dapat ialah suara bising.

    Idea yang dicetuskan hendaklah disertai dengan tindakan menjelmakan idea itu. Percayalah timbunan idea yang tidak disusuli oleh tindakan hanyalah memenatkan minda. Akhirnya kita hanya berhasil sebagai kata-kata yang langsung tidak berfaedah dan bermakna malah ia jadi seperti "monkies".

    Strategi dan perencanaan harus disertai dengan plan tindak supaya waktu dan idea tidak menjadi bak "kebocoran idea".

    jangan sampai lontaran kata-kata hanya dianggap sebagai "peanut" dan sebagai pengisi masa yang memangpun untuk dibuang dari berfaedah.
    Salam Ramadan.

    ReplyDelete
  3. Salam...sdra marah mungkin kerana tidak dapat projek...mintalah sama HJ Musbah bah!!!!

    ReplyDelete
  4. salam...

    Buat saudari KM...teruskan segala perjuangan saudari dalam dunia cyber...Saya pun pening mana satu Post Pendekar Cahaya yang semakin malap ini hendak saya postkan kat blog saya ini....???

    Mana tahu saudari KM le tolong saya cari...tq

    ReplyDelete
  5. salam....

    Puteri Senja...terima kasih atas cadangan dan idea satudari...Sungguh baik untuk renungkan bersama....Cuma....pada saya...Senyap seketika bukan bermakna kita mengaku kalah...Atur strategi lah Puteri ku...Kalau saya tak sentuh soal PISBA adakah saudari akan membuat posting tentang isu itu....? Sekarang kita semua tahu kedudukan sebenar PISBA....kita fikir bersama...Cari Jalan...Setakat in pihak kami ada membuat beberapa pertemuan tidak formal untuk membincangkan tindakan seterusnya...Insyallah saudari akan dengar juga itu...lawan tetap lawan....bukannya baling batu sembunyi tangan...Takut pada kebenaran...berfikir lebih baik daripada takut untuk berfikir....JANGAN TAKUT MENGEMUKAKAN IDEA SAUDARI KERANA YANG PALING DAN PERLU KITA TAKUT APABILA HANYA TAHU MENGKRITIK TETAPI SEBENARNYA KECUT DAN TAKUT UNTUK MELAKARNYA...Saudari pernah dengar warkah buat Saudara Salisih masa G7 yang di buat oleh KM...pernah membacanya????

    Apapun Yang paling sudap ceta pasal peanut...posa.. la...

    terima kasih atas kunjungan dan komen saudari yang cukup baik..tq

    ReplyDelete
  6. salam...

    Saudara sambal belacan...aik kenapa lah semua sekarang buat isu dan nama pasal makanan...Posa la...

    terima kasih atas ulasan dan komen saudara...saudara dah dapat kah...menyokong nampak...nah bagi2 bah kita projek..

    thanks atas kunjungan saudara...

    ReplyDelete

Penafian:
Penulis blog mapaittantu tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana melayari atau menggunakan maklumat dalam blog ini.