Thursday, July 23, 2009

SURAT KEPADA PEMIMPIN PISBA..

( Datuk Seri Panglima Dr. Salisih Ukoh )


Bismillahhirahmannirahim


Dengan nama Allah yang maha Pengasih dan Penyayang. Yang mengatur alam ini dengan begitu sempurna.Mentakdirkan malam mengambil alih siang dan siang ditutupi malam. KepadaNYA kita menyerahkan jiwa dan raga. Mengharapkan agar Datuk Seri dan keluarga sentiasa dalam RahmatNYA.



Pertama sekali saya memohon maaf kerana mengutus surat terbuka ini kepada Datuk Seri…Terbuka kerana sesiapa pun boleh membacanya.Tidak mengandungi paparan sengketa lama dalam bangsa. Tetapi ini sekadar catatan penglipurlara, seorang puteri pejuang bangsa ,membawa cerita-cerita lisan masa depan bangsa kita. Mungkin Datuk seri lebih arif dan perkasa dalam cerita bangkit dan rebanhnya bangsa .Kerana MUNGKIN Datuk seri punya Ilmu Kebalnya. SEDANGKAN kami generasi muda sudah semakin SESAT dan kembali mentelaah buku dan catit,penghujungnya entah ke mana. Andainya itu berlaku..surat terbuka ini adalah renteten darinya..Andai Datuk Seri sibuk banyak perkara…surat ini sekadar mengingatkan semula..



Datuk Seri…



Saya hanyalah manusia biasa, bersendirian mengutus surat kepada Datuk Seri membawa pesan, membawa rintihan, membawa keluhan generasi belia kita sebangsa…mengingatkan semula Datuk Seri sudah sedekad lamanya kita tidak mendengar laungan PISBA. Sudah sekian lamanya juga kita sudah tidak merasa hembusan nafas PISBA, juga sudah sedekad ini mungkin akan menjadi sekurun kalau pencaindera PISBA ditutup sekian lama. Kerana Datuk Seri seingat saya, PISBA ditubuhkan sudah seusia dengan saya. Seorang manusia sudah cukup dewasa mencecah umur 32 tahun, barangkali sudah separuh perjalanannya. Cukup matang menghadapi gelombang. Cukup dewasa menghadapi badai samudera. Bagaimana dengan PISBA kita Datuk?



Datuk Seri..



Kalau di susur semula ‘kehebatan’ PISBA, ia menjadi salur darah bangsa kita. Bermula dari mufakat pemimpin yang lahir dari jerit laung bangsa Iranun…pemimpin kita mula mendaki bukit-bukit kuasa. Terima kasih kepada mereka..kerana merekalah bangsa kita mencipta nama…kerana merekalah kita disegan kawan dan lawan..Tetapi datuk…setelah hampir begitu lama..Di mana sudah Generasi kita?..Di mana sudah janji-janji pemimpin kita?..Di mana sudah pemufakatan kita..? Di mana Datuk, pertubuhan kita? Di mana sudah PISBA? Tempat generasi muda bergurau senda.. tempat sekalian orang tua kita mencanai dan menggilap tunas pemimpin muda…



Datuk Seri…



Andainya PISBA sudah lama meninggal dunia…Tunjukkanlah kami mana pusaranya? Sampaikan pada kami bila kendurinya..? supaya kami datang menangisi kematian pejuang bangsa…supaya kami hadir membacakan Fatihah…supaya kami berkumpul membacakan doa..Dan sekiranya PISBA berkahwin dua..mana bunga manggarnya..bunyi gong dan keulintangangan tak sampai di telinga. Janganlah generasi muda menjadi anak tiri kepada isteri kedua…janganlah kami-kami ini tak cukup makan di keramaiannya…Janganlah kami dicerca di majlis renjis mawarnya.



Kami tidak punya apa Datuk seri…kami sudah yatim piatu..tidak menentu.. matinya PISBA, gelitalah kami, Nisannya PISBA kenangan bagi kami…Hancurnya PISBA mengkucar-kacirkan kami..Berilah kami tanda Datuk Seri….Andainya PIBSA dijangkiti wabak bahaya..kita bersemuka daripada bercengkarama di hujung telinga…kita berusaha mencari penawarnya. Biar tak larat berlari..kita merangkak.., biar tak boleh merangkak …kita mendengus tanda masih bertenaga. Kerana PISBA adalah bapa-bapa pejuang kita..kerana PISBA adalah ibu-ibu mengandungkan pemimpin kita…,



Kami ini generasi muda..perlu dibakar semangatnya..kerana Datuk seri..ramai lagi adik-adik kami yang tidak pernah mendengar PISBA, malahan langsung tidak mengenali Datuk Seri…Tidak Nampak jalan yang dilalui bangsanya…masih ramai yang terkurung dalam gua-gua gelap yang dibina tatkala musim hujan dan panas. Ada yang teraba-raba mencari idealisme perjuangan bangsanya. Sampai ada yang menangis melihat ego, dendam kesumat ,dan politik haprak membakar bangsanya. Nenek moyang kita jua pernah berkata…biarkan kita binasa, biarkan kita terbakar seluruhnya namun kalau itulah syarat anak-anak kita megecapi bahagia…

Datuk seri..


Andainya surat terbuka ini tidak sampai ke mata Datuk seri…saya pasrah ,kerana sebagai puteri bangsa..saya sedar .saya hanyalah sebutir pasir di tepi pantai…nilainya TIDAK SEBERAT segenggam garam dilautan..Bagi yang menatapnya…mohon dengan seikhlasnya, sampaikan ke pengetahuan Datuk seri supaya kita tidak dirundung malapetaka.



Salam kasih sayang yang berpanjangan dari saya puteri bangsa..

Seikhlasnya..




SUMBER: www.kelapamawar.blogspot.com

Monday, July 20, 2009

IRANUN: PAGISA SELEPAS PISBA....


AMT PAGISA (Tengok lah Betul-betul semuanya insem-insem dan bijak-bijak belaka)


Persatuan Graduan Iranun Sabah atau PAGISA merupakan persatuan yang disertai oleh anak bijak pandai kaum Iranun. Malahan kalau kita teliti kesemua AMT PAGISA adalah mereka-mereka yang dianggap sebagai pemimpin. Malahan ada yang berjawatan sebagai Pengetua, USahawan, Kontraktor,Pengurus dan sebagainya. Daripada pengamatan saya dalam AMT PAGISA ada beberapa "Pejuang" yang pernah bertanding untuk menjadi YB. Namun apa yang peliknya PAGISA terus sunyi senyap tanpa sebarang berita ataupun aktiviti.

Malahan beberapa hari yang lepas saya ada berjumpa dengan salah seorang AMT PAGISA dan sempat minum bersama. Dalam masa yang agak singkat itu, saya sempat bertanya soal PAGISA. Beliau menyatakan adalah teramat susah juga apabila bekerja dengan kelompok bijak pandai satu apa pun kerja tak jadi...Saya tergelak mendengar luahan beliau malahan beliau menambah lagi bahawa perjumpaan sering dibuat atau mesyuarat sering diadakan tetapi cadangan punyai banyak tetapi perlaksanaan langsung tidak ada...terfikir lah pula, adakah PAGISA pun akan jadi seperti PISBA. Mungkin PAGISA juga akan dipolitikkan....!Dunia sekarang macam-macam boleh jadi.....

Andai benarlah PISBA telah "Terkubur" saya amat mengharapkan agar PAGISA menjadi bahtera yang baru sementara kita memperbaiki bahtera yang lama.... Saya juga ingin memohon agar PAGISA bersama-sama dengan kelompok Bloger khususnya Bloger Orang Iranun untuk berjuang menghidupkan kembali zaman kegemilangan PISBA demi membantu kelangsungan Masyarakat kita....




Tuesday, July 14, 2009

IRANUN: PISBA ASPIRASI MASYARAKAT...


ASPIRASI MASYARAKAT IRANUN KINI.


Menyedari hakikat semakin lama semakin banyak aspek kebudayaan Iranun yang hilang daripada masyarakatnya, maka beberapa orang tokoh Iranun telah bermuafakat pada tahun 1977 untuk mencari satu penyelesaian bagaimana menyelamatkan identiti Iranun yang semakin hilang itu. hasil perbincangan demi perbincangan, kata sepakat telah tercapai untuk menubuhkan sebuah persatuan Iranun yang dikenali dengan nama Persatuan Bumiputera Iranun Sabah atau ringkasnya PISBA.

Selain tidak mahu ketinggalan oleh kaum-kaum lain, langkah penubuhan PISBA ini juga bertujuaan mengembalikan imej dan identiti Iranun yang semakin tercemar; menghidupkan semua ciri-ciri kebudayaan Iranun yang semakin dilupakan; menerapkan nilai kesedaran dan semangat ingin bersaing dengan kaum-kaum lain di kalangan masyarakat iranun; menyatukan masyarakat Iranun dalam satu organisasi yang lebih sistematik agar dapat mengabungkan idea-idea yang bernas demi kebaikkan Iranun. yang penting ialah PISBA sebagai saluran dan suara Iranun untuk menyampaikan atau menerima maklumat daripada pihak lain sama ada kerajaan, badan-badan kerajaan atau persatuan-persatuan suku lain.

Demi mencapai matlamat-matlamat yang digariskan ini, pada tahun 1984, rombakan kepimpinan dilakukan. PISBA telah mengiatkan beberapa aktivitnya mengikut kemampuanya. Beberapa unit diwujudkan dalam PISBA. Sebagai menangkis tanggapan negatif terhadap sejarah Iranun, melalui unit penyelidikkanya, PISBA telah membuat kajian tentang sejarah sosial masyarakat Iranun dan menerbitkanya melalui rencana di akhbar, majalah tempatan dan buku kecil yang berbentuk risalah. Unit kebudayaan pula telah merangka ruang dan skop kebudayaan Iranun yang sebenar yang menitikberatkan keaslianya. Melalui beberapa persembahan kebudayaan di peringkat daerah atau negeri, kumpulan kebudayaan Iranun ini tidak ketinggalan memperkenalkan budaya mereka. Dengan cara ini, semangat dan rasa cinta terhadap kebudayaan oleh anak-anak Iranun telah dapat dibangkitkan. Ramai dikalangan mereka yang telah menganggotai kumpulan kebudayaan Iranun untuk belajar seterusnya untuk membuat persembahan.

Unit pelajaran pula telah memainkan perananya dengan wajar. Beberapa hadiah galakan kepada pelajar-pelajar Iranun telah mewujudkan agar dapat memberikan semangat ingin maju dalam pelajaran. Unit agama, seperti yang disyariatkan oleh Alah S.W.T telah menjalankan dakwah agar masyarakat Iranun meningkatkan pengabdian diri kepada Allah. Musabaqah membaca Al-Quran dan ceramah-ceramah agama PISBA sentiasa dihadiri oleh masyarakat Iranun. PISBA pada dasarnya amat memberatkan pembangunan mental dan rohani agar seimbang demi mewujudkan sebuah masyarakat Iranun yang sempurna. Melalui unit-unit yang ada inilah PISBA telah menggerakkkan peranannya untuk kebaikkan masyarakat Iranun.

Dengan peranan dan tugas yang semakin mencabar, banyak graduan Iranun yang menyertai PISBA untuk menyumbangkan tenaga dan idea. Kehadiran graduan-graduan ini membuatkan PISBA semakin kukuh dan mantap, malah semakin disegani oleh persatuan-persatuan suku kaum lain. Perkembangan PISBA semakin mendapat perhatian, terutama di kalangan masyarakat Iranun. Dengan inisiatif PISBA, masyarakat Iranun menikmati Tabung Pelajaran dan Tabung Amal Kebajikan untuk anak-anak Iranun dan masyarakat Iranun menjadi ahlinya. Fenomena Baru yang ada dalam masyarakat Iranun kini adalah suatu perkembangan yang sihat dan membanggakan. Meskipun berkedudukan sebagai kaum minoriti di negeri sabah, tetapi penglibatan masyarakat Iranun dalam apa-apa jua bidang amat bermakna, dan mengagumkan bukan sahaja masyarakat Iranun sendiri malah kaum-kaum lain juga. semua kejayaan ini adalah hasil kesungguhan dan ketabahan masyarakat Iranun dalam mengharungi arus modenisasi di Malaysia dan Sabah khasnya


SUMBER: IRANUN; SEJARAH DAN ADAT TRADISI(Datu Bandira Datu Alang)


ULASAN SI RENGGIT:

PISBA merupakan wadah perjuangan masyarakat kita. "Kematian" PISBA sebenarnya pemangkin kepada kejumudan bangsa kita. Bukan sahaja masalah ekonomi, malahan masyarakat kita terus dijangkiti penyakit yang maha dahsyat dalam sosialnya. Perpaduan yang kita jalinkan selama ini kian terhakis. (Hayatilah Penulisan Saudara Datu Bandira di atas).

Apa yang paling menyedihkan apabila tokoh-tokoh yang kita hormati sebenarnya "Virus" kemusnahan kepada keharmonian dan kejayaan masyarakat tercinta kita ini. Ramai dikalangan tokoh-tokoh ini mulai sedar akan kesilapan mereka tetapi masih takut kepada bayang-bayang sendiri. Mereka-mereka ini bersembunyi entah dimana...? Saya amat berbesar hati andai orang lama dalam masyarakat kita tampil bertanggungjawab terhadap kemusnahan masyarakat kita. Sedarlah bahawa anda tetap Orang Iranun.... ramai adik-adik lepasan graduan (PAGISA) kita yang ingin memberikan sumbangan dalam menghidupkan kembali zaman kegemilangan PISBA ini.....PISBA PASTI AKAN MENGGEGAR LAGI...!!!

Thursday, July 9, 2009

IRANUN: PISBA DAN ARAH TUJUNYA....!


Setiap etnik atau kaum di Sabah mempunyai persatuannya. Tidak ketinggalan juga kaum tercinta kita IRANUN iaitu Persatuan Bumiputera Iranun Sabah (PISBA), namun apa yang amat menyedihkan adalah persatuan tersebut seolah-olah hanya tinggal kenangan sahaja. Ibarat mati tapi tiada kuburnya. Persoalannya sekarang persatuan ini masih bergiat aktif ataupun sebaliknya....?

Saya sering bertanya kepada rakan-rakan yang lain, wujud lagi kah persatuan ini atau sebaliknya." Ala ada pun macam biasa "taiko" nya sibuk mencari projek-projek aje. Persatuan kita ini hanya pada nama sahaja. Kalau dahulu semasa di bawah "Tahi kun" Iranun adalah juga aktivitinya. Pendek kata da mampus da persatuan kita ini". Sakit juga saya mendengarnya.

Namun saya masih tertanya-tanya, kenapa sekian lama ahli bijak pandai kita tidak pernah mempersoalkan "Keajaiban PISBA" dan kemana arah tuju sebenar persatuan kita ini. Adakah masih lagi BERTINDAK MEMPERJUANGKAN Kaum Iranun atau hanya perjuangan memenuhkan kocek poket ahlinya yang tidak tahu malu dengan berselindung disebalik nama PISBA.....


Kasihan sungguh ahli-ahli PISBA, anda semua langsung tidak ada sumbangan pada bangsa tercinta ini.....! Tetapi yang amat kasihan adalah kita semua yang membiarkan mereka-mereka ini menjawat jawatan dalam PISBA sedangkan kita tahu, nampak dan mendengar siapa mereka-mereka ini...


Saya amat bersyukur andai ahli-ahli PISBA yang ada sekarang ini mengistiharkan perletakkan jawatan mereka dan digantikan oleh orang baru demi melicinkan pentadbiran PISBA. Anda semua hanya layak sebagai pemerhati... Ambilah orang tua yang boleh buat kerja dan faham makna perjuangan bangsa tercinta kita ini.

Cuba saudara-saudara fikir sejenak, ada tak aktiviti yang dilaksanakan oleh PISBA dalam "ABAD" ini. Suku kaum lain boleh lagi kita mendengar lagu-lagu mereka tetapi IRanun macamana....? Harapkan saudara Putik Dan Masli sahaja, itupun kecundang di tengah jalan beraspal.....



Apapun ulasan tambahan yang saya tulis ini sebenarnya tidak terlalu penting, hakikat sebenarnya saya membawa saudara-saudara berfikir mengenai " PISBA DAN KE MANA ARAH TUJUNYA"...! FIKIRKAN...








Tolong berikan saya alamat atau bahan rujukkan yang boleh saya perolehi LOGO PISBA k...


Wednesday, July 8, 2009

IRANUN: SIKAP ATAU TABIATNYA.....


Susah hendak saya katakan, adakah ini semuanya sengaja ataupun "ter" sengaja. Asyik-asyik pemimpin saya lagi hebat daripada pemimpin kau. Sekali sekala kita guna lah perisa lain, kalau asyik perisa yang sama lama kelamaan kita akan muak juga. Secara jujurnya kita golongan minoriti sepatutnya bertindak dari sekarang bukanya hanya bercakap sahaja. Kenapa kita tidak ada sikap seperti kaum lain, mereka akan berselisih pendapat tetapi apabila berkait dengan kepentingan kaum mereka, mereka akan bersatu.. kita Macamana...!


Bukan senang mahu senang tapi nak susah ke kita... Sikap yang perlu dibuang jauh dari masyarakat kita terutama yang bijak pandai adalah suka mengkritik tetapi lepas tangan. "Saya tidak suka si polan bin si polan kerana dia ini ego, pentingkan kaum kerabat dan sebagainya" ayat ini selalu kita dengar.. Cuba tanya pada diri kita sampai bila kita mahu jadi seperti lalang. Ada Ketua tapi haprak tak tahu menilai perasaan rakyatnya, kononya sebagai pemimpin tetapi memimpin demi periuk nasinya.



Masyarakat kita langsung tidak gembira melihat akan kejayaan saudara mereka, malahan ada yang menggunakan ilmu hitam demi menggagalkan kejayaan saudaranya itu. Ramai dikalangan masyarakat kita yang boleh jadi pemimpin tetapi semuanya "Penakut". Berdiri atas alasan menunggu restu pada "TAHI KUN" Iranun. Ada juga yang berjuang tetapi atas dasar terkecewa.



Tak tahulah adakah ini sikap atau tabiat...


LEBIH BAIK ADA DARIPADA TIADA... SUPPORTLAH MANA-MANA YANG KITA NAMPAK BERWIBAWA DAN BOLEH MEMBAWA KEMAJUAN DALAM MASYARAKAT KITA. "TAHI KUN" YANG LAIN BERSARA LAH...

Sunday, July 5, 2009

SUSAHNYA IRANUN MENCARI PEMIMPIN....


Terlalu kasihan melihat beberapa bloger bergelut mengenai isu Pemimpin masyarakat kita. Apa yang berlegar didalam komen atau ulasan dalam blog rakan-rakan kita sejak beberapa hari ini mesti soal Pemimpin.

Ada yang setuju, ada pula yang menentang malahan tidak kurang juga yang bertindak bijak memberik komen atau ulasan yang penuh dengan perlambangan. Lantaran itu kita terpaksa mengerahkan seluruh tumpuan fikiran didalam mencari sebenar jawapan yang tersurat ataupun yang tersirat.

Ini lah masalah kaum Iranun, punyai kepakaran dan kehebatan tetapi banyak di persiakan. Berdiri atas satu alasan, ingin bertukar-tukar pendapat sahaja tetapi sebenarnya memperlihatkan kejumudan dan kedangkalan pemikiran masyarakat kita didalam mencari dan menentukan siapa yang layak untuk dikedepankan demi membela nasib kaum tercinta kita. Cukup...dan cukuplah, orang melihat apa yang kita buat. Apakah kita tidak punya kesefahaman, kesepakatan atau adakah kita tidak boleh duduk semeja berbincang soal ini??? Apa ada dengan kutuk mengutuk, caci mencaci, umpat mengumpat???

Tak suka pemimpin yang dicadangkan oleh rakan taulan dalam masyarakat kita, apa salahnya kita memberikan cadangan lain pula...ini tidak..! bertindak mewujudkan gelanggang kutuk mengutuk, caci mencaci dan perli memperli...! Apa dah jadi pada kita....!





Mana semangat perpaduan kita....mana nilai kaum iranun...! Orang lain melihat kita dengan ketawa terbahak-bahak... Sedihnya..


Thursday, July 2, 2009

IRANUN: PARA INSAN SUPERIOR


Umat Islam merupakan umat pilihan dan kita tidak perlu lah merasa "Inferior" ataupun rendah diri dalam mendokong segala kebenaran didalam kehidupan kita pada hari ini. Dalam surah Ali Imran ayat 110, Allah menggelar umat ini sebagai Khaira Ummatin Ukrijat Linnas iaitu sebaik-baik umat yang dikeluarkan bagi manusia. Namun terdapat sesetengah orang semasa berdepan dengan masalah cepat menyalahkan orang lain MALAHAN ada yang sanggup menyalahkan Allah. Penyakit suka menyalahkan orang lain menjangkiti sebahagian besar umat Islam pada hari ini. Secara tidak langsung Kaum tercinta kita juga yakni masyarakat Kaum Iranun mendapat tempias yang cukup hebat ini.



Apa yang menjadi kekesalan apabila wujud pelbagai puak manusia yang terlalu menganggap bahawa "Saya adalah Insan Superior". Berjawatan tinggi dalam kerajaan, seorang pemidato terbaik di abad ini, seorang pemimpin yang agung, Seorang Wartawan yang terbaik, Seorang sasterawaan yang bijak, seorang penulis yang banyak menghasilkan pelbagai genre buku, seorang ahli ekonomi yang pintar serta banyak lagi yang sering kita dengar dalam mempertahankan sesuatu kelemahan mereka. Anda siapa yang berani menegur INSAN seperti saya ini....! Lantaran keegoan ini maka tercetuslah penyakit menyalahkan orang lain....Kapan bila masalah ini terus membelenggu kepimpinan atau masyarakat kita...?



Salah seorang tokoh yang benar-benar memanfaatkan potensi dan kehebatan yang dikurniakan Allah kepadanya adalah ZULKARNAIN. Kisah beliau terdapat dalam surah al-khafi. Saya memohon agar kepada para pemimpin atau orang perseorangan yang menganggap bahawa mereka ini adalah yang terhebat, disebabkan puluhan tahun melibatkan diri dalam pelbagai arena termasuk pengkajian sesuatu bangsa atau apapun tolonglah mengkaji tentang surah ini. Surah ini merupakan surah yang penting untuk dikaji kerana pada akhir zaman, semasa umat Islam berada dalam era Dajal, nabi menyuruh umat Islam membaca dan mengkaji surah ini supaya dapat mengeluarkan formula-formula penting daripadanya. Berhubung dengan ini, Imam Muslim, Abu Daud, An -Nasai dan Tirmizi meriwayatkan sabda nabi yang bermaksud, "Sesiapa yang menghafaz sepuluh ayat terawal daripada surah al-khafi, dia akan terpelihara daripada Dajal".


Memandangkan kebenaran dan keadilan adalah ramuan yang diperlukan dunia, justeru ia perlu dilonjakkan ke tahap global. Khalifah Omar Bin Khattab pernah berkata "Muhasabahlah serta hitunglah dirimu sebelum kamu dihitung oleh Allah". Dalam surah Ali Imran ayat 135, Allah memuji golongan yang sanggup kembali kepangkal jalan selepas terbabas melakukan kesilapan. Allah mengiktiraf mereka sebagai golongan yang bertakwa. Nabi juga pernah bersabda "sesiapa yang tidak mengambil peduli urusan kaumnya maka dia bukanlah umat ku". Oleh itu saya mengambil pendekatan ini untuk menyeru kepada umat manusia dan seterusnya diri saya sendiri terimalah segala kelemahan diri kita sekalipun pahit untuk didengar, dibaca atau dilihat.. Yang baik kita jadikan iktibar dan yang buruk kita jadikan sempadan...


***INGATLAH BAHAWA AHLI ILMU JUGA RAMAI YANG TERTIPU......!***
Penafian:
Penulis blog mapaittantu tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana melayari atau menggunakan maklumat dalam blog ini.