Saturday, November 21, 2009

IRANUN: SENGSARA ATAU HORMAT...


Satu fenomena yang semakin galak untuk kita fikirkan bersama......!



Sebentar tadi si rengit telah berjumpa dengan orang kuat "Tahikun" sukubangsa kita. Beliau merupakan orang kuat dan suruhan "Tahikun" dan bergelar sebagai "Datu" atau lebih afdalnya "Da tu"(Tidak Tumbuh)... Pada mulanya perbualan kami lebih terarah kepada isu kekeluargaan namun cerita punya cerita akhirnya terkait lah juga "Tahikun" sukubangsa kita ini. Seperti biasa, pujian demi pujian terus diberikan oleh beliau...si rengit seperti biasa hanya memerhati dan menjadi pendengar kepada perkara yang perlu diperhati dan didengar...Ngomelan beliau semakin rancak malahan akhirnya menyentuh soal tingkahlaku bloger Masyarakat kita umumnya Bloger Kota Belud.

Da Tu ini dengan lantang dan hebatnya menyatakan bahawa para bloger sebenarnya adalah upahan daripada pemimpin-pemimpin tempatan agar terus menyalak demi menjatuhkan kredibiliti pemimpin lain. Sehinggakan beliau menyatakan bahawa, "Tahikun" sukubangsa kita tidak senang duduk dan tidak senang berdiri...malahan tekanan darahnya mencecah sehingga 200...Dikhabarkan juga kononnya "Tahikun" sukubangsa kita mengalami serangan jantung beberapa kali setelah membaca posting bloger Kota Belud.

Si rengit dan mungkin juga rakan dan kawan bloger yang lain...bukanyatidak menghargai atau bersyukur dengan sumbangan dan bantuan "Tahikun" sukubangsa terhadap bangsa kita..TETAPI Sayugia di ingatkan kembali...kritikkan dan pandangan yang kami berikan sebenarnya rintihan dan teguran yang sudah lama terpendam dan tidak tertampung untuk kami lihat dan tanggung demi kelangsungan sukubangsa kita. Malahan si rengit sering bertanya kepada mereka yang lebih dekat dan berdampingan dengan kehidupan "Tahikun" ini...Macamana berbincang dengan "Tahikun" Semuanya ada... panas baran...pemarah...egois...sikap memang tidak mahu kena tegur.....semuanya ada pada "Tahikun sukubangsa kita...Buktinya....si rengit masih teringat lagi ketika berlangsungnya satu masyuarat di salah sebuah kampung sukubangsa kita...."Tahikun" ini sampai naik atas meja....kerana marah..apabila salah seorang "Makmumnya" menegur dan menyatakan kesilapan yang "Tahikun" lakukan. Sekadar menyatakan bahawa "Tahikun" mungkin terlupa untuk mengatasi permasalahan mereka....Tak pasal-pasal orang terssebut disergah dan dimaki....entahlah....Masyarakat kita mungkin sudah letih menanti dan menunggu.....


Nak kata salah masa dan tempat serta waktu ditegur...Kasihan lah....Sehingga kena tegurpun kita kena berhati-hati dan paling penting melihat keadaan. Benar kita dianjurkan untuk mengikut serta beradab apabila menegur kesilapan para pemimpin...tetapi tak kan dengan menyatakan bahawa "Adakah Datuk terlupa masalah kami di sini" ayat itu pun menjadi masalah...Sehingga menjatuhkan air muka "Tahikun"....Logik atau tidak....

Apapun isu sekarang semakin panazzzz...............malahan isu yang rakan dan kawan bloger usulkan semakin panazzzzz....Sehingga si rengit pun sukar untuk mencela....Apapun Insyallah....Si rengit pasti akan menggigit lagi....(Nyasibuk aki aku tantu...na giaya den pun madakel eh wata....sabar ban....)





Monday, October 19, 2009

IRANUN: KETUA KAMPUNG DAN JKKK...


Perjalanan masyarakat iranun amat getir ketika ini, selain cabaran arus pekerjaan masyarakat kita terus terusan menghadapi krisis kepimpinan. Ketirisan kepimpinan ini bukan sahaja berlaku di kampung-kampung bahkan di peringkat nasional. Adalah amat menyedihkan apabila pemimpin kampung atau ketua kampung hampir di monopoli oleh mereka-mereka yang tidak pandai membaca ataupun menulis.. JKKK yang dilantik hampir kesemuanya suka sunglap..(Bukan menghina tetapi itulah realitinya) melihat senario ini si rengit seakan merasa gerun….Terpimpin kah sukubangsa ku ini?.


Sudahlah TSPA yang pada mulanya dianggap hero sukubangsa kita mulai dipersoal kredibilitnya. Malahan seorang pakcik pernah menyatakan bahawa…”TSPA adalah manusia yang tidak pernah berterima kasih malahan sanggup menggadaiakan maruah bangsanya demi kuasa dan harta. Begitu payahnya kami tolak dia ke atas akhirnya kuasa dan harta mengaburi mata perjuangannya yang sebenar. Kenapa saya katakana begitu…? Sebabnya TSPA sekarang gila perjuang kuasanya sahaja…berangan-angan nak pimpin Malaysia…kita sukubangsnya pun entah kemana….tak kah kerja bodoh….?”. Sakit juga kita mendengar tapi itulah luahan seorang pejuang bangsa yang begitu lama…sehinggakan beliau sekarang lebih banyak berdiam diri…Namun TSPA dah banyak jolok sarang Tebuan….Maka tulah dia sekarang tak senang duduk tak senang berdiri….


Berbalik kepada jawatan ketua kampung atau JKKK yang ada sekarang…Baru-baru ini ketika si rengit berurusan di Pejabat Daerah Kota Belud, seorang pegawai di situ yang kebetulan punya kaitan keluarga datang menegur si rengit….Bual punya bual akhirnya tersentuh bab kepimpinan masyarakat tercinta kita. Pada mulanya si rengit turut memberikan hujah-hujah juga…namun melihat kesungguhan dan keikhlasan di raut wajahnya maka si rengit biarkan beliau melontarkan segala kekusutan dihatinya. Baru-baru ini …tak ke hairan bin ajaib…Nama saudara Musram Rakunman pun ada dalam senarai e-kasih…Aik punyalah si rengit terkejut beruk…biar betul….? Senarai pertama lagi tu…Nah….nak salahkan siapa…..?ujarnya lagi…Si rengit sekadar mengganguk sahaja….Mungkin kawan ni tersalah baca kot dalam hati kecil si rengit…tak pun saja orang kenakan saudara Musram….whatever lah…Yang penting kita fikir mana yang betul…


Saya sentiasa berurusan dengan pakcik-pakcik ini, sambung kawan tu lagi…malahan satu ketika saya terpaksa membuat kerja mereka…apa tidaknya…nak isi borang pun tak tahu….nak kata… sakit ..sebab orang tua…tak kata pun sakit….dunia-dunia….Macamanalah ada pembangunan minda pada sukubangsa kita….Lepasan graduan berlambak…sebab apa tak ambik mereka….Alasan lepasan graduan memilih pekerjaan cukup tak releven pada saya sekarang ini…apa tak nya….Dikawasan perumahan tempat tinggal saya…ada lepasan graduan yang bekerja sebagai “Guard” Jurujual dan macam-macam pekerjaan lagi lah…Kerajaan dan wakil rakyat yang semakin bingung sekarang ini haruslah mengambil tindakan yang sewajarnya…Ambil serius cadangan untuk merubah kepimpinan peringkat kampung kerana..selain dapat mengurangkan jumlah lepasan graduan menganggur…wakil-wakil rakyat yang pemalas dan gila pangkat pun boleh mendapat manfaat andai orang bawahan mereka boleh membuat kerja. Bagi wakil rakyat yang tahu akan tanggungjawabnya…kehadiran pemimpin lepasan graduan ini sebenarnya jentera yang paling hebat mereka miliki. Cuma jawatan ketua kampung atau JKKK ini perlu diperhalusi …ya..mungkin dari segi penyelarasan gaji..elaun dan sebagainya…Lagipun alasan lepasan graduan tidak tahu adat istiadat sukubangsa kita….pada si rengit itu bukan alasan yang kukuh…kan ada jawatan Wakil Ketua Anak Negeri (WKAN)…jadi terpulang lah pada kerajaan dan wakil-wakil rakyat….fikirkan lah….

Sunday, October 4, 2009

IRANUN: KEISTIMEWAAN ETNIK IRANUN


Suku kaum iranun merupakan etnik minoriti di Sabah dan turut dikategorikan sebagai penduduk bumiputera Sabah. Suku kaum ini juga dikenali dengan pelbagai nama antaranya Iranun, Irranun, Illanun, Ilanun, Iranon-Meranao atau Merano. Setiap nama ini mempunyai sejarah tersendiri dan sebab mengapa ia sering digunakan oleh kaum lain didalam melambangkan kaum Iranun. Malahan sejarah kewujudan kaum Iranun di Sabah turut menjadi persoalan yang menarik. Ada pendapat yang mengatakan bahawa mereka ini berasal dari Pulau Borneo sendiri, dan tidak kurang pula pendapat yang mengatakan bahawa mereka berasal dari Mindanao. Seperti suku kaum lain, Iranun juga mempunyai beberapa keistimewaan yang sukar didapati daripada suku kaum yang lain, antaranya ialah Makna perkataan Iranun itu sendiri.


Iranun bermaksud berkasih-kasihan, yang dimaksudkan berkasih-kasihan adalah merujuk kepada sistem sosial yang amat erat, yang terikat oleh tali persaudaraan yang amat intim, dilandaskan kepada sistem kerjasama dan gotong royong. Sehingga sekarang situasi atau keadaan ini dapat dilihat dikawasan petempatan kaum Iranun khususnya dikampung-kampung sekitar Kota Belud. Majlis perkahwinan merupakan salah satu tempat untuk masyarakat Iranun berkumpul atau beramah mesra antara satu sama lain. Pada masa ini juga sistem kerjasama dan gotong royong akan terjalin terutama ketika menyediakan khemah, memasak dan sebagainya. Selain itu, hal ini bukan sahaja berlaku ketika majlis perkahwinan bahkan juga ketika berlakunya kematian. Sehingga sekarang masyarakat Iranun akan membuat kutipan derma berbentuk wang ringgit. Namun ada juga dikalangan masyarakat Iranun yang menyumbangkan derma berbentuk keperluan asas seperti beras, gula, tepung dan sebagainya.


Selain itu, satu lagi keistimewaan suku kaum Iranun adalah pegangan agama yang kuat. Seperti yang kita maklum, suku kaum Iranun merupakan suku yang beragama Islam. Lantaran itu, masyarakatnya terlalu mementingkan ajaran islam. Di daerah Kota Belud misalnya, kaum Iranun andai tidak keterlaluan saya katakana adalah suku kaum yang menjadi contoh kepada kaum lain didalam perlaksanaan ajaran Islam. Malahan melalui perbualan secara tidak formal dengan salah satu pemimpin dari suku kaum ini, beliau telah menyatakan bahawa ramai penyokong Parti Islam Se-Malaysia atau PAS adalah dari kelompok ini, namun ia tidak dapat disahkan akan kebenaranya. Merujuk kepada wakil Tilawah Al-quran peringkat daerah, Daerah Kota Belud pasti akan diwakili oleh suku kaum Iranun, malahan Imam daerah turut disandang oleh anak watan kaum Iranun. Di sekolah-sekolah didaerah Kota Belud, pelajar kaum Iranun pasti menjadi wakil sama ada pertandingan Hafazan, Tilawah Al-Quran, Azan dan nasyid.


Penempatan masyarakat Iranun di Sabah juga merupakan satu keistimiweaan suku kaum ini. Menelusuri sejarah penempatan Iranun di Sabah, satu keluarga Iranun dari Malabang (di Lanao del Sun) yang diketuai oleh Sultan Sa- Malabang di percayai telah sampai di Sabah pada tahun 1807. keluarga ini telah mula bertapak di Tempasuk iaitu panggilan oleh masyarakat Iranun terhadap Kota Belud pada satu ketika dahulu. Walau Bagaimanapun Tempasuk yang dikenali kini bukanlah petempatan masyarakat Iranun tetapi Minanga Tampasuk (Kuala Tempasuk) merupakan petempatan Iranun yang utama di Kota Belud. Kuala Tempasuk ini terdiri daripada beberapa buah kampong Iranun yang dikenali dengan nama Tamau, Marabau, Katabongan (Kota Bongan), Kota Peladok, Payas-Payas, Pantai Emas, Liang dan beberapa tempat lagi. Berdasarkan kawasan pola petempatan dan kehidupan masyarakat Iranun yang lebih dipengaruhi oleh laut, kenyataan di atas merupakan satu kenyataan yang tidak dapat di sangkal lagi. Justeru itu juga tidak hairanlah apabila para nelayan atau pemborong ikan adalah daripada suku kaum Iranun. Di pekan Kota Belud misalnya, penjual ikan dipasar besar adalah terdiri daripada masyarakat Iranun. Hal ini berbeza dengan masyarakat kaum lain kerana keunikkan kaum Iranun adalah mudah dikenali dengan berdasarkan bidang pekerjaan mereka, tetapi pada masa kini ramai anak-anak dari kaum ini mulai memilih bekerja di kawasan bandar..


Adat resam, ritual dan upacara tradisi Iranun turut menyumbang kepada keistimiewaan suku kaum ini berbanding dengan kaum yang lain. Bagi adat resam dan upacara-upacara khas untuk meraikan seseorang, masyarakat Iranun merujuk kepada adat resam yang diwarisi oleh mereka daripada datuk nenek mereka yang dinamakan Adat Warisan. Penentuan kedudukan seseorang mengikut adat masyarakat Iranun amat tegas. Adat yang diwarisi daripada datuk nenek ini mesti diikuti dan tidak boleh dilanggar. Perbuatan melanggar adat ini merupakan sesuatu yang sumbang dan menyeleweng. Lagipun, dalam masyarakat ini sudah termaktub adat dan istiadat sesuatu strata sosial seseorang itu. Kalau dia dari golongan Datu maka ada caranya dan adatnya sendiri dan begitulah sekiranya golongan biasa. juga, punyai adat dan caranya tersendiri.


Perkahwinan merupakan salah satu lagi keunikkan atau keistimewaan masyarakat ini. Perkahwinan dikalangan masyarakat Iranun di jalankan berlandaskan ajaran islam. Seorang lelaki Islam boleh berkahwin lebih daipada seorang tetapi tidak boleh melebihi empat orang pada satu-satu ketika,oleh itu tidak hairanlah kalau terdapat ada diantara mereka yang mempunyai isteri lebih daripada seorang. Seperti termaktub didalam ajaran Islam, sama ada perempuan atau lelaki, mereka hendaklah berkhatan atau tori dalam bahasa iranun. Perkahwinan merupakan satu kemuncak dalam hidup seseorang. Telah menjadi kebiasaan masyarakat Iranun pada zaman dahulu, ibubapa memilih pasangan untuk anak-anak mereka, tidak kira perempuan ataupun lelaki. Pakaian juga merupakan perkara yang harus diteliti dalam perkahwinan masyarakat Iranun. Bagi masyarakat Iranun ada warna tertentu yang ditetapkan kepada seseorang mengikut golongan. Golongan Datu, warna yang menjadi pakaian pengantinnya adalah hijau. Manakala golongan Sarif warna yang digunakan adalah warna kuning, bagi orang biasa mereka boleh memakai sebarang warna kecuali kuning dan hijau, sekiranya mereka ingkar maka mereka akan dikenakan denda.


Kematian dalam masyarakat Iranun juga mrupakan satu lagi keistimewaan masyarakat ini. Sekiranya berlaku kematian, maka seharusnya diumukan kepada penduduk kampung ataupun masyarakat sekitar. Ini berlandaskan pegangan masyarakat ini”senang sama di rasa susah sama ditanggung”. Terdapat dua cara untuk menghebahkan kematian iaitu pertama dengan cara orang biasa dan satu lagi dengan cara bangsawaan. Kematian orang biasa diumukan melalui pukulan tabo (tabuh) di Masjid. Manakala bagi golongan bangsawan seperti Datu dan Sarif, pengumuman kematian golongan ini pula ialah dengan cara memukul balu atau baluan. Balu ini diperbuat daripada gabungan alat bunyi-bunyian seperti Gong dan Babendir. Masyarakat Iranun ini juga mengamalkan satu budaya yang unik selepas pengebumian jenazah iatu menunggu kuburan. Beberapa orang akan menunggu kuburan itu selama beberapa hari dan setiap malam mereka berada di kuburuan ini. Bagi orang biasa tempoh menunggu tujuh malam, bagi golongan bangsawan pula 40 malam atau sekurang-kurangnya 21 malam. Perkabungan akan dibuat selepas berlaku kematian dimana tidak seorang pun dibenarkan mengadakan sebarang majlis berbentuk hiburan. Hal ini untuk menghormati keluarga si mati.


Justeru itu, Kaum Iranun adalah merupakan etnik yang unik malahan kaum ini walaupun minoriti tetapi sumbangan dan peranannya terhadap pembangunan di Sabah adalah amat penting. Dari sudut politik, kaum ini amat berbangga dengan pencapaian anak watan kaum Iranun iaitu Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia yang sekarang menjawat jawatan sebagai Speaker Dewan Rakyat. Bagi mereka insan ini cukup bermakna dalam survival politik kaum iranun. Tan Sri Pandikar merupakan pelopor kepada kebangkitan perjuangan masyarakat Iranun.


SUMBER RUJUKAN: IRANUN; ADAT DAN TRADISI (DATU BANDIRA DATU ALANG)

Thursday, October 1, 2009

IRANUN: KEPERCAYAAN DAN AGAMA


Agama merupakan satu rangkaian sistem kepercayaan dan amalan yang berkait rapat dengan perkara-perkara yang kudus. Kudus ialah sesuatu yang dianggap penting dan menghasilkan satu penghormatan, kesucian dan kemuliaan. Sepanjang sejarah kehidupan dan tamadun, manusia tidak terkecuali daripada berpegang atau menganut sesuatu agama.

Masyarakat Iranun secara keseluruhannya menganut agama Islam dan merupakan kaum yang mula-mula memeluk Islam sebelum kedatangan syarif Muhammad Kabongsuan lagi ke Mindanao. Menurut Datu Bandira Datu Alang, masyarakat Iranun seperti juga masyarakat lain yang mendiami rantau Nusantara ini telah memeluk agama Islam pada kurun yang ke-13 (Datu Bandira, 1992: 24). Beliau menyatakan bahawa pengislaman Iranun di Mindanao adalah melalui perluasan wilayah politik dan perkahwinan dengan wanita tempatan oleh Syarif Muhammad Kabongsuan selepas beliau mengisytiharkan diri sebagai pemimpin di sesetengah wilayah, seperti Malabang.

Perayaan suku kamu Iranun seperti juga kaum Melayu di Semenanjung Malaysia. Mereka merayakan Hari Raya Aidilfitri/ I’dulfitri yang disambut pada 1 Syawal. Ia merupakan hadiah kemenangan setelah berjaya melawan nafsu selama sebulan berpuasa di bulan Ramadhan. Umat Islam diwajibkan zakat fitrah pada 1 Syawal. Sempena perayaan tersebut, kebiasaannya mereka akan menziarahi kubur sama ada sebelum atau selepas hari raya. Amalan ziarah-menziarahi amat digalakkan sama ada di rumah sanak-saudara dan jiran atau kenalan.

Saturday, September 19, 2009

IRANUN: SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI



SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA....MAAF ZAHIR DAN BATIN....ISTIMEWA KEPADA RAKAN DAN PENGUNJUNG BLOG SI RENGIT...
SEMOGA KITA DIRAHMATI OLEH ALLAH....

NA AYAU KANUN MBEDTANG-MBEDTANG MANGALUKUS PAGARI.....MA MAGAMPUN NAH TAH NUN KALALANGUN.....ULAN AH MAPUTI AYA....SU NYA SAKITA AH ATAI YAN SU SURUTA TANU DEN.....MOGA MI KAMBUAI TANU DEN......

IKHLAS: SI RENGIT SEKELUARGA

Tuesday, September 15, 2009

IRANUN: BUDAYA IRANUN



Perkataan kebudayaan adalah berasal daripada perkataan budaya. Kebudayaan adalah cara hidup dan amalan. Menurut Kamus Dewan, kebudayaan bermaksud keseluruhan cara hidup (yang merangkumi cara bertindak, berkelakuan, dan berfikir) serta hasil kegiatan dan penciptaan yang berupa kenbendaan atau kerohanian sesuatu masyarakat, tamadun, kemajuan akal budi dan sebagainya. Dua aspek kebudayaan, iaitu kudayaan kebendaan dan kebudayaan bukan kebendaan. Kebudayaan kebendaan dapat dilihat dalam bentuk peralatan kesenian, senjata, perkakas memasak, bentuk rumah dan sebagainya. Contoh-contoh bukan kebudayaan bukan kebendaan pula merangkumi kepercayaan, adat, tingkah laku dan seumpamanya (Prof. Madya Dr. Zaid Ahmad et all, 2009: 4).


Masyarakat Iranun sangat berpegang kepada adat yang diwarisi turun-menurun dari nenek moyang. Perlanggaran adat merupakan sesuatu perbuatan khianat dan sumbang kepada bangsa. Adat ini berdasarkan kedudukan individu dalam hirarki sistem kemasyarakatan Iranun. Contohnya masyarakat Iranun dari golongan bawahan seperti yang digelar oripen maka tidak boleh mengadakan upacara kematian seperti golongan Datu. Semasa kematian juga terdapat beberapa perkara yang menjadi kelaziman masyarakat Iranun namun demikian ia tidaklah sampai menyalahi ajaran Islam. Mengumumkan kematian dalam Iranun dibezakan berdasarkan darjat simati dalam hirarki masyarakat Iranun. Apabila orang yang meninggal tersebut terdiri daripada kalangan orang biasa maka ia diumumkan mengunakan pukulan taboh (beduk), apabila mendengar paluan taboh tersebut maka masyarakat faham berlakunya kematian orang biasa. Bagi kematian dikalangan yang berdarjat tinggi seperti Datu maka kematiannya diumumkan melalui paluan gong dan bebendir yang dipanggil baluh atau pembaluan. Seterusnya memandikan mayat, menurunkan mayat serta pengebumian mayat. Namun ada sesuatu perkara yang unik untuk dikongsi bersama iaitu tungguh sakuburan (menjaga kuburan) yang mana masyarakat Iranun tidak akan meninggalkan mayat yang baru dikebumikan begitu sahaja tetapi akan menjaga kuburan 24 jam sekurang-kurangnya selama tujuh hari. Namun demikian bagi golongan Datu, sekurang-kurangnya 21 hari atau paling lama 40 hari. Dalam masa tujuh hari kematian tersebut, setiap malam keluarga simati termasuk masyarakat kampung akan berkumpul di rumah tempat berlakunya kematian dan sepanjang tujuh malam berturut-turut akan diadakan bacaan tahlil dan pangadih sabangkai-bangkaian dan mereka juga akan berjaga setiap malam. Pada hari ketujuh atau pitu ah gawi, kenduri arwah akan diadakan serta pendulang, iaitu memberi sedekah kepada yang datang berbentuk makanan dalam bungkusan. Pada kesupuluh akan diadakan juga kenduri arwah dan seterusnya pada hari kedua puluh atau tengah ah paat puluh kenduri arwah akan dilakukan sekali lagi bersama bacaan tahlil. Seterusnya pada hari keempat puluh jenazah dikebumikan serta pada hari kelima pulah atau tengah ah gatusan kenduri arwah sekali dilakukan. Menjelang keseratus hari jenazah dikebumikan maka kenduri gatusan akan diadakan. Seterusnya pada ulang tahun kematian, kenduri untuk temegan akan diadakan.


Menyentuh soal pendidikan, suku kaum sangat mementingkan pendidikan anak-anak mereka, sama ada pendidikan sekular mahupun keagamaan. Peluang suku kaum Iranun untuk mendapat pendidikan sekular adalah amat terbatas khasnya pada zaman penjajah. Dalam pendidikan keagamaan pula, walaupun tidak dapat di ajar secara formal di sekolah, tetapi anak-anak Iranun mempelajari ilmu agama melalui guru-guru di amsjid-masjid atau rumah guru-guru agama. Semasa zaman penjajahan British, walaupun terdapat sekolah-sekolah yang disediakan untuk anak-anak bumiputera di Pulau Borneo namun peluang bagi anak-anak suku kaum Iranun untuk memasuki sekolah-sekolah ini amat terbatas, malah dikatakan tidak ada peluang langsung. Ini disebabkan pihak yang menyediakan sekolah ketika itu pihak-pihak mubaligh kristian, maka ibubapa suku kaum Iranun yang terkenal sebagai suku kaum yang kuat berpegang kepada agama Islam tidak mahu menghantar anaknya belajar di sekolah. Hanya setelah wujudnya sekolah vernakular Melayu barulah ada anak-anak Iranun yang berpegang memasuki sekolah formal. Namun kini suku kaum Iranun dalam aspek pendidikan adalah setanding dengan mana-mana suku kaum di Malaysia dan dewasa ramai di kalangan anak-anak Iranun yang memegang jawatan tinggi dalam kerajaan mahupun swasta.


Zaman Kesultanan Sulu merupakan zaman kegemilangan masyarakat Iranun. Pada zaman itu masyarakat Iranun mempunyai susun lapis masyarakat bersrata, yang membahagikan anggotanya kepada kelas-kelas tertentu. Sistem kelas dalam masyarakat Iranun didasarkan kepada keturunan dan pengaruh. Dalam susun lapis masyarakat Iranun, setiap anggota masyarakat mendapat perlindungan daripada golongan atasan. Dalam sistem hubungan perlindungan yang wujud dalam masyarakat Iranun, pihak berpengaruh akan memberi perlindungan manakala pihak yang dilindungi akan berkhidmat sumbangan kepada pihak yang melindunginya. Khidmat atau sumbangan yang dimaksudkan adalah berbentuk tenaga dan kebendaan. Dalam susunan strata jawatan dalam sistem pentadbiran tradisional masyarakat Iranun bermula dari Sultan kemudian Radia Moda, Datu, Panglima, Pendeta, Dumata, Sakup, Oripen dan Baniaga.

Dalam aspek bahasa pula, suku kaum Iranun mempunyai bahasa sendiri yang dikenali sebagai basa Iranun. Namun sesuatu yang menarik dalam basa Iranun ialah wujudnya perbezaan loghat di antara satu tempat dengan tempat yang lain. Misalnya loghat Kampung Tamau dan Kampung Penampang, terdapat sedikit perbezaan dalam sebutan dan istilah tertentu. Manakala dari aspek pantang larang pula, suku kaum Iranun sangat berpegang kepada pantang larang contohnya kanak-kanak dilarang bermain sembunyi-sembunyi pada waktu senja kerana dikhuatiri akan disembunyikan oleh syaitan.


Pakaian tradisional suku kaum Iranun pula, lelaki dan wanita menggayakan pakaian tradisional yang diperbuat daripada kain tenun atau kain Mogah. Baju perempuan seakan-akan baju kurung kedah manakala baju lelaki seakan-akan baju Melayu cekak musang. Lelaki memakai tubau atau tanjak manakala perempuan memakai sinisip di kepala, disamping memakai siambitan atau kain samping pada pakaiannya. Tarian dan nyanyian pula merupakan cabang budaya Iranun. Suatu ketika dahulu golongan muda-mudi suku kaum Iranun gemar dengan nyanyian berbentuk puisi seperti bayuk dan darangen. Manakala tarian seperti sumagayau, tinubau dan debak menjadi suatu kemestian dalam majlis-majlis keramaian seperti majlis perkahwinan.


Alat-alat muzik suku kaum Iranun dapat dibahagikan kepada alat paluan, alat tiupan dan alat bertali. Setiap set alat muzik dikategori dari sudut seni persembahan, maksudnya bagi set alat muzik sperti agong, gandang, kulintangan dan bebendir diketegorikan seni persembahan gholintangan atau bertitik dan alat muzik ini boleh dimainkan mengikut irama tertentu seperti irama timpalas dan andu-andu amareges. Manakala biola digunakan untuk seni persembahan yang dipanggil pamiola. Bagi seni persembahan pangalai ia memerlukan alat muzik seperti benbendir dan debak yang diperbuat daripada pokok bulu, namun seni persembahan ini mengandungi unsur-unsur mistik yang dikaitkan dengan ilmu perubatan tradisional.


Permainan tradisonal dibahagikan kepada dua kategori iaitu permainan laur dan permainan dalam. Permaianan luar merupakan permainan yang dimainkan di luar rumah iaitu di tanah lapang, di padang dan tepi pantai sama ada laut mahupun sungai. Contoh-contoh permainan luar ialah sepak manggis dan bedtid atau gasing.


Makanan merupakan salah satu jenis budaya bercorak kebendaan. Nasi merupakan makanan utama suku kaum Iranun seperti juga kaum-kaum lain di Malaysia. Namun apa yang menarik dalam jenis makanan Iranun ialah lauk-pauknya seperti siager yang diperbuat daripada ikan yu atau ikan pari. Selain itu piaren yang mana ramuannya terdiri daripada ikan dengan kepada parut dan banyak lagi jenis makanan tradisional suku kaum ini.

Monday, September 14, 2009

IRANUN: SEJARAH ASAL USUL IRANUN...


Iranun merupakan suku kaum yang dikategorikan sabagai penduduk bumiputera Sabah. Menurut sejarah, kaum Iranun berasal dari Teluk Ilana di Pulau Mindanao di selatan Filipina. Suku kaum Iranun mendiami dua kawasan utama iaitu kawasan Tasik Lanao dan Teluk Ilana. Bagaimanapun kewujudan masyarakat Iranun di Sabah seperti di Daerah Kota Belud khasnya kawasan pesisir pantai menarik untuk dibincangkan. Ada yang berpendapat bahawa kaum Iranun yang berada di Pulau Borneo kini memang asalnya dari Kepulauan Borneo. Namun tidak kurang juga yang berpendapat bahawa kaum ini berasal dari Pulau Mindanao yang berhijrah di Kepulauan Borneo.

Merujuk kepada sejarah khasnya dalam sejarah Filipina memang terdapat catatan tentang suatu peristiwa yang boleh dijadikan asas bagi membuktikan bahawa kaum Iranun berasal dari Pulau Borneo. Peristiwa ini boleh dikaitkan dengan cara hidup kaum ini yang gemarkan amalan ngayau atau pangayau yang bermaksud mengembara. Sejarah awal Filipina telah mencatatkan bahawa terdapat penghijrahan besar-besaran. Penghijrahan ini dapat dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu penghijrah dari rumpun Melayu, terdiri dari Indonesia, Pulau Borneo dan Tanah Melayu.

Penghijrahan pertama bermula dalam lingkungan tahun 200 SM, manakala penghijrahan kedua dianggarkan berlaku selepas tahun 100 M hingga abad ke-13. Bagi penghijrahan peringkat ketiga berlaku di antara abad ke-14 hingga ke-16 dan dicatatkan bahawa penghijrahan peringkat ketiga merupakan zaman penyebaran agama Islam di Nusantara. Namun demikian menurut kajian sejarah bahawa dinyatakan penghijrahan orang Melayu sebelum zaman penjajahan Filipina oleh sepanyol (sekitar tahun 200 SM) tidak menunjukkan adanya catatan tentang penghijrahan pertama tersebut. Bagi penghijrahan peringkat kedua, terdapat sedikit maklumat tentang adat resam yang tercatat dalam cerita-cerita pengembaraan yang meriwayatkan kedatangan orang Melayu dari Pulao Borneo, yang tersimpan di Panay. Malahan terdapat maklumat tentang pembelian Pulau Panay pada abad ke-13. Tahap penghijrahan ketiga pula dapat dilihat jelas, iaitu serentak dengan kedatangan agama Islam seperti yang tercatat dalam riwayat orang Moro.

Mengupas mengenai persoalan kewujudan masyarakat Iranun di Sabah, masyarakat ini tergolong sebagai kaum bumiputera Sabah dan juga dikatakan termasuk dalam rumpun Melayu. Walaupun terdapat pihak mengaitkan masyarakat Iranun di Sabah dengan kaum Iranun di Mindanao, namun hubungan kekeluargaan di kalangan mereka telah terlalu jauh terpisah. Kedatangan kaum Iranun di Pulau Borneo sejak sebelum penjajahan British lagi dan ada diceritakan bahawa sebahagian daripada Pulau Borneo pernah berada di bawah kekuasaan Kerajaan Sulu pada zaman kegemilangan Kesultanan Sulu. Jadi kedatangan Iranun di Sabah adalah sama dengan cara penghijrahan masyarakat Melayu yang lain. Oleh itu kaum Iranun tidak boleh dianggap sebagai pendatang.

Oleh yang demikian fakta di atas, jelas membuktikan asal usul suku kaum Iranun di Pulau Borneo. Ini kerana sejarah telah menyatakan dengan jelas dan diperkuatkan dengan catatan sejarah asal usul penduduk Filipina, yang mana jelas mengakui bahawa mereka terdiri daripada gabungan pendudukan yang datang dari gugusan kepulauan Melayu.


Thursday, September 10, 2009

IRANUN: PA'AMIN VS PA'SAMY

VS



Ulasan Si Rengit:

Perbedaan antara dua orang Tokoh ini adalah Pa'amin pemimpin Kaum Iranun manakala Pa'Samy pula merupakan pemimpin Kaum India....Pendek kata kaum yang berbeda...

Persamaan mereka ini adalah...Pelapis kepimpinan mesti mendapat restu daripada mereka...Si Rengit dah dapat restu dari Pa'amin manakala G. Palanivel pula mendapat restu dari Pa'Samy.....

Namun persoalanya....Tokoh pemimpin di atas akan mengalami nasib yang sama atau sebaliknya...???

Tuesday, September 8, 2009

IRANUN: BERCAHAYA KAH IRANUN KINI....


Ramai kawan dan rakan menghantar pesanan ringkas atau sms kepada saya....Ada yang bertanya "Adakah Iranun kini benar-benar dikemudi oleh nakhoda yang sama sehingga dipanggil malaikat iZrail...? Benarkah bahawa TSPA benar-benar insaf....? Untuk keberapa kalinya kita memberi kemaafan...? Yang paling penting apa jaminan TSPA akan memperbaiki segala kesilapannya yang lepas...? Pelbagai lagi persoalan yang kawan dan rakan saya lontarkan melalui sms mereka...

Segala persoalan ini sebenarnya bukan sahaja saya malahan kawan dan rakan bloger pun sudah terfikir...Namun ramai yang berpendapat kita kena sentiasa memberikan ruang kemaafan....DAN...ramai juga yang menyatakan cukup lah selama ini kita memberikan kemaafan atas segala kesalahan dan mungkin juga kesilapan yang TSPA lakukan....Pada mereka bukan mudah melihat sukubangsa Kita hidup seperti sekarang...Saya teringat ketika bertemu dengan salah seorang anak suku dari kaum kita...ketika ini sedang memegang jawatan tertinggi dalam satu organisasi badan kerajaan...Satu ketika katanya...saya amat terkejut apabila seorang kawan memberitahu kepada saya bahawa hanya beberapa buah keluarga dari suku kaum Iranun yang mendapat bantuan PPRT daripada kerajaan...Malahan jumlahnya tidak sampai berapa peratus...kalau tak silap kawan tu kata dalam bawah 10% sahaja masyarakat iranun yang berdaftar sebagai orang miskin... Yang berdaftar dalam E-KASIH tak ramai...Bila saya selidiki...masalah ini berlaku disebabkan oleh sikap pemimpin kita yang sambil lewa...malahan banyak sumber pendapatan masyarakat kita ketika masa dahulu terpaksa ditutup setelah diambil alih oleh TSPA...

Tidak perlu lah rasanya saya sebut satu persatu sebab saya percaya kawan dan rakan pun mengetahuinya..

Berbalik kepada persoalan yang dilontarkan oleh kawan dan rakan tadi....Dalam Islam mengajar kita agar sentiasa bersabar dan sentiasa taat kepada pemimpin selagi tidak melanggar lunas-lunas Islam...Saya ingin sekali mengajak saudara semua berfikir....Berdiri atas air mata orang lain satu kezaliman ataupun bagaimana.....? Saya teringat akan sirah Nabi S.A.W....Ketika pulang dari perang kalau tak silap perang Badar....Ada satu Bani yang masih enggan menerima Islam iaitu Bani Mustaliq(Kalau tak salah)...Ketika Nabi sedang membahagi-bahagikan harta rampasan..tetiba Nabi mendapat maklumat bahawa Bani tersebut sedang bersiap2 untk menyerang Nabi dan umat Islam...Lalu Nabi memrintahkan agar umat Islam bersiap sedia untuk menghadapi serangan Bani tersebut...di pendekkan cerita....sebelum berperang seperti biasa Nabi akan menghantar utusan untuk meminta agar Bani tersebut menerima Islam...Namun...setelah peluang yang diberikan tidak diambil oleh Bani tersebut maka peperangan terpaksa diteruskan...Secara tersuratnya...Nabi tetap akan mempertahankan Islam dan kebenaran....tersiratnya...Pada Pendapat saya yang tak seberapa ini tetapi tetap mendapat restu....Kita digalakkan memberi peluang kepada musuh kita tidak kira dalam sukubangsa kita...Namun jika masih tidak sedar dan tidak terjaga dari lamunannya...kita boleh memerangi mereka....Cuma peperangan jenis apa..kita kena fikirkan sendiri....Yang hebat tenaganya....bertumbuklah kerjanya...yang bijak berkata-kata...debat lah pilihannya...Yang bijak pemikiranya...nasihat dan teguran baik punyalah kerjanya....Yang menganggap dirinya pemimpin maka...keegoaan dan kebongkakan lah hasilnya....

Apapun seperti biasa...Berubah dengan hati yang ikhlas...Berilah peluang kepada anak bangsa kita yang lain...Pendek kata....Buat lah persediaan untuk kepimpinan yang akan datang....Ramai yang kita nampak dan lihat....Selepas Bapa berkuasa...Anak pula yang mengikuti langkah si Bapa...Harap hasilnya lebih baik dan lebih peka daripada bapanya.....namun sekarang ini hanya tuhan yang tahu.....Ada peribahasa yang mengatakan bahawa...Cukuplah kita dipatuk oleh ular yang sama dan dalam lubang yang sama.....Seperti biasa janji dan kata-kata adalah hiasan lidah mereka...Malu dan sengsara bila mereka diberitahu akan kelemahan dan kesilapan serta kesalahan diri mereka.....Cukuplah...saya sudah sedar dan saya mahu berubah....tapi buat benda yang sama.....Ada yang menitis air matanya...Konon kecewa dan sedih.....Yang kita menangis sehingga sekarang macamana...?...ILMU GAGAU DAN KATALAU...fikirkan...


CORETAN IKHLAS DARI HATI SI RENGIT.....

Thursday, September 3, 2009

IRANUN: SI RENGIT DAN RESTU...?


Satu pencapaian yang terbaik boleh saya katakan. kalau masa dahulu saya berjuang secara fizikal dan mental hanya menjadi beban kepada mata pejuang bangsa kononnya. Pengkhianat bangsa...ideology yang berbeza dengan ketua...tikam dari belakang...musuh dalam selimut...dan yang paling baik punya pencapaian apabila disisihkan daripada perjuangan memartabatkan sukubangsa tercinta kita...Setiap kali bertemu dengan TSPA hanya bertekak sahaja kerja kami...malahan satu tahap TSPA tidak mahu bertemu dengan saya sekalipun saya berkunjung kerumah beliau...Niat saya tika itu hanya menyampaikan perkara yang pada saya telah menyimpang daripada perjuangan sebenar...


Na imantu satiman man na sarita yan...khagedam ku na langun ah mangala na pemblog aya dah pen ah kia begaian sa restu mbalui ah pamimpin....sa raken bu tau...sasakatau ku bu...malu aku bangga ambu...pun manaya ibpelangakun den si TSP nak...dih den mih tumbuk ku sa opis..pangaku engkuden man ah pagari sekayan...Na..dih den aki aya pamamadulan antuna eh khataru atau alain...Bah yan den nya lukus....mangagau ban sa jawatan ah pamimpin...nyalalung akun man aya saya jawatan anan..kalu kalu masanang aku....Saken den bes eh khaunut untuan khiadtayan aya...Na pun manan dih aku den makatu na khiabegayan den sa restu mbalui ah pamimpin...Na antuna den eh khabaya mbalui ah pamimpin na pembelajar kanun kaumbal sa blog aya....kalu-kalu makakua kanu sa restu ambu...!


Pada saya..perjuangan perlu di laksanakan sekalipun mapaittantu...Saya bukanya pujangga yang boleh memukau ribuan pencinta perjuangan melalui penulisan dan kata-kata tetapi saya hanya lah seekor Rengit yang meluahkan isi hati dan terkadang menjadi sakit dan terkadang jua menjadi sedap ketika menggigit..Ayat dan bahasa tidak seindah penyair dan pujangga perjuangan kerana si Rengit tidak mendapat pendidikan yang boleh melayakkannya bersandiwara...berdrama...ataupun membuat dokumentari Jejak Rasul....Tetapi Rengit hanya mampu meluahkan serta melontarkan perkataan yang perlu di lontarkan sekalipun mapaittantu...Si Rengit amat memahami sukubangsanya...kerana bukan semua akan menerima baik punya segala lontaran idea atau pendapatnya...tidak kurang juga yang ibarat lalang...ikut kemana angin bertiup...mulanya menyokong tetapi apabila pemimpin mula menulis...bercakap...menengking...mengugut...akhirnya mereka kembali kepada YES BOS...Atas tiket dan alasan segalanya sudah terungkai....Si Rengit amat bersyukur kerana banyak idea...pendapat...serta permasalahan mula mendapat perhatian yang sewajarnya oleh pujangga perjuangan...malahan banyak perbincangan dan perdebatan telah mengambil tempat...Si Rengit hanya menjadi santapan sebagai pembuka selera setiap pencinta ketelusan dan kemulusan....

Na berbalik kepada restu...Si Rengit telah pun memikirkannya dan telah berjaya membuat list pendek akan jentera perjuanganya....Harap mendapat persetujuan semua pihak....Andai jentera ini bersetuju raya nanti Rengit akan berjumpa dengan TSPA untuk membincangkan langkah seterusnya....sila baca dan perhatikan dengan teliti:

PENASIHAT
PA'AMIN

PEMIMPIN SUKUBANGSA
SI RENGIT

SETIAUSAHA POLITIK
KELAPA MAWAR (KETUA)
PENDEKAR KEBENARAN
DATU PIDTAILAN

PENERANGAN
DEPU-DEPU
HATI SEORANG WANITA
PAIKANKB
BATU GADUNG
ABU
RADIAMODA
RISK-TAKER
NYAWA BIN BADAN
SI BADANG
DAYANG WULAN
MAHASISWA PENCETUS GENERASI BELIA NEGARA
SAMBAL BELACAN
APA YANG TERSIRAT
TAWADAKAN


PEMERHATI
SUARA BEBAS TUARAN
SEKALI KETUK
PALING BERANI
SENJALIZA
PUTERI SENJA
ABD NADDIN
SABAH KITA
SELIU-LIU
SOMPROT MESRA ALAM

Rengit harap segala perancangan ini berjalan denga lancar....Semoga kita melihat sesuatu permulaan itu adalah cahaya(Bukan daripada pendekar cahaya tau) untuk sukubangsa kita.

Pada diri Si Rengit...memulakan langkah yang satu baru lah sampai kepada langkah yang seribu...Isu Pemimpin...PISBA...PAGISA...semuanya sudah hangat diperdebatkan...Seperti Si Rengit yang menjadi santapan awal minda pujangga perjuangan...Komen dan Ulasan banyak diutarakan namun yang paling baik punya Si Rengit juga yang turut sama membantu menyelesaikanya....Hanya kelap mawar yang tahu janji Si Rengit padanya(Surat)....bermual pada langkah yang pertama....Insayallah langkah yang seterusnya akan menyusul....bukan diam maknakata kita mengaku kalah....berundur kita atur strategi...Saudara-saudara sekalian...JANGAN TAKUT PADA UGUTAN KERANA YANG PERLU KITA TAKUTI ADALAH BERHENTI BERCAKAP SOAL KEBENARAN....Fikirkan......



Friday, August 28, 2009

IRANUN: GAGAU....KATALAU..


Merujuk makna perkataan iranun itu sendiri yang bermaksud berkasih-kasihan seakan-akan memberikan kesan yang teramat dalam disetiap sanubari masyarakatnya. Gagau merupakan satu ungkapan yang cukup sinonim dengan sukubangsa Iranun. Kalau kita melihat dari sudut kehidupan kita seharian, perkatan Gagau ini sering mendapat tempat dikalangan anak-anak dan kehidupan masyarakat kita.

Kalau kita perhatikan secara mendalam salah satu kekuatan pada sukubangsa kita adalah keberanianya...manakala salah satu kelemahannya pula adalah mudah simpati ataupun khagagawan...Atas kelemahan inilah para pemimpin kita mempraktikkan ilmu Gagau ini kedalam politik mereka...jangan salah tafsir...ilmu Gagau yang disalurkan sebenarnya ilmu Gagau kepada diri mereka sendiri ....yakni pemimpin sukubangsa kita (Untuk periuk nasi mereka da)...

Orang tua-tua kita cukup marah dan benci apabila mereka ditipu apatahlagi ia melibatkan perangai pemimpin dari suku sendiri. Namun cara untuk mereka lembut hati adalah berjumpa dengan mereka sambil menunjukkan penyesalan yang teramat sangat sambil menitiskan airmata...nescaya mereka akan cair...Ilmu inilah yang sering diguna pakai oleh pemimpin-pemimpin suku kita....Tak percaya....fikir dan perhatikan....Ilmu ini Pendekar cahaya yang malap pun pakai tau.....Cerita pasal perjuangan dahulu...pahit getirnya....kepala berdarah...lebam...macam-macam lagi...lepas itu barulah mula drama lakonan mereka...Menangis...!....Tiada wakil lah...kita tak faham politik lah....Macam-macam lagi lah....Akhir sekali....Undilah saya...yang sudah berlalu biarlah berlalu....kita bina janji baru....Pelik tapi benar....

Satu lagi sikap dan tabiat masyarakat kita ialah....Bila bercakap macam nak rak dunia ni...Itulah inilah...tapi bila bertemu buku dengan ruas....semua kecut...kalau dulu kerjanya memaki hamun sekarang ni bersopan santun...kalau dulu sepak terajang tong sampah sekarang berjalan terpijak semut pun...semut tak mati....gua cakap sama lu.....Dulu bercakap soal kebenaran bukan main hebat tetapi sekarang bila yang empunya tubuh badan datang membela segala kebenaran tolak tepi...kena hormat la....cakap biar berlapis la....Pening din nak pikiaq....Inilah orang kita.....Ya lah Orang kita...Mengampu lebih isi tak da....

Lihat sahaja rakan dan kawan kita.....apa dah jadi....oh ya bulan mulia...kena beralas dan berlapik banyak tau...takut jadi fitnah dan kurang pahala pula....Dalam Bulan Puasa kita kena tolak kebenaran...simpan segala kebenaran...selepas bulan Puasa baru kita lepaskan semuanya....ya lepaskan kat Tong Sampah.....Inilah rencah dunia....Ku harapkan cerah di pagi hari rupanya mendung datang mengambil alih.....

Kita bukannya membudayakan sukubangsa kita pada kejumudan dan kerakusan pemikiran tetapi kita perlu menyemai keberanian dan kebijakan didalam menilai sesuatu isu....Usahlah mengajar anak-anak kita takut pada bayang-bayangnya sendiri....ITULAH GAGAU DAN TALAU.....???....fikirkan lah kawan dan rakan sekelian....

Wednesday, August 26, 2009

IRANUN: PEJUANG ATAU PENGKHIANAT BANGSA




Semak Ejaan

Ketawa terbahak-bahak saya membaca kisah monolog dalaman seorang pemimpin yang kian takut kehilangan kuasanya....Pelbagai cara dan keadah dia memperlihatkan tari silatnya....kononnya kepandaian dan kepakarannya bersilat disebabkan oleh pertapaannya seorang diri...malahan gurunya merupakan pengalaman yang cukup hebat dan lama....






Pada saya...segala sembah tari silatnya sumbang belaka....sumbang pada langkahnya...sumbang pada bunganya...malahan sumbang pada bersyair dan berpantunnya....Pada dia semua itu tidak penting kerana yang paling penting persembahanya memukau mata dan fikiran para pemujanya...Satu ketika dia bersyair dengan mendendangkan lagu lama....Hanya dia manusia yang paling bijak mencatur segala tari politik kaumnya....Dia adalah pemimpin yang tidak suka menikam dari belakang....pemimpin yang sayangkan kaumnya bukan kuasa tau.....pemimpin yang baik malahan menghormati kehebatan orang lain...lantaran cepat dan tangkas mencantas pesaingnya.....






Satu ketika dia mencanangkan bahawa belum ada anak didiknya yang benar-benar mampu bertarung dimedan perang...segala sepak terajang dunia politik tidak akan mampu anak didiknya hadapi.....sungguh sedih......sehingga sekarang dia terus-terusan membuat pencarian....rakan dan kawan fikirkan sejak bila dia mula berkecimpung dalam dunia kependekaran ini.....fikirkan seketika....dan fikirkan pula....sehingga sekarang tidak ada manusia dari sukubangsa kita yang layak...Ini bukan cerita si Bantogen..semua lundaen....penakut....bodoh dan bahlul.....logiknya....! Pasti ada yang layak cuma tidak mendapat restu dan mungkin juga terlupa mencium tangan tahikun ini.....






Sekarang dia bertungkus lumus menjadikan anak didiknya iaitu anakanda beliau...seorang loyar...tahi scuber....dan yang paling penting seorang perasuah...tak percaya...tanyalah pemuda-pemuda kita......anak siapa yang membahagi-bahagikan duit dan wang kepada perwakilan...salah satu tewasnya saudara Tadzul Muluk...... Saya tidak berani bercakap jika tiada rujukan yang sahih.....tak percaya....tanyalah saudara-saudara kami.....Saya membesar dengan keluarga beliau dan saya tahu siapa anak beliau.....cukuplah.....fikirkan sendiri...adakah kita mahukan pemimpin seperti ini....! Sila lihat dan baca blog seorang rakan kita (Pendekar Kebenaran)....saya kenal siapa Pendekar kebenaran......Itulah luahan hati seorang pejuang bangsa....Ingatlah...bukan kita ingin mengaibkan sesiapa tetapi kita kena tahu siapa pemimpin dan pengkhianat bangsa kita.....Usahlah kita terpedaya dengan karya beliau kerana bila kita fikir kemana sukubangsa kita sekarang...pasti mangalukus pagari kecewa....






Ingat...kita masih ada tugas dalam mengembalikan kegemilangan PISBA.....Salisih 44 malaikat kena di pertanggungjawabkan.....tunggu posting saya nanti.....






Monday, August 24, 2009

IRANUN: SIRAH NABI JADI TELADAN...






Alhamdulillah...syukur kehadrat Ilahi kerana dengan izin NYA kita dapat mengecapi Bulan Keampunan yakni Ramadhan Al-Mubarak...Masuk hari ini kita da berpuasa selama 3 hari. Setiap saat pelbagai dugaan dan cabaran kita tempuhi.....moga kita berjaya mengharunginya....





Tatkala selesai bersahur semalam...seperti biasa saya akan memasang radio untuk mendengar ceramah sementara menunggu waktu subuh....Ceramah yang cuba dipaparkan adalah mengenai Sirah Nabi kita Muhammad S.A.W.....Sirah ini mengisahkan bagaimana Saidina Abu Bakar As Siddiq bertanya kepada Aisyah mengenai perlilaku Baginda sebelum wafat. Abu Bakar bertanya kepada Aisyah mengenai amalan Nabi yang belum dilakukan oleh beliau....



Aisyah berkata...Nabi selalu pergi ke bazar/pasar dihujung pekan...Disana Baginda akan berjumpa dengan seorang peminta sedekah yang buta pengelihatanya....Aisyah menyatakan agar Abu Bakar pergi menziarahi peminta sedekah tersebut.....Lalu Abu Bakar pun berjalanlah menuju ke tempat tersebut...sesampainya di situ...Abu Bakar terus bertanya kepada para peniaga, samaada melihat seorang lelaki peminta sedekah yang buta....Salah seorang peniaga di situ mengatakan bahawa lelaki yang dimaksudkan itu berada bersebelahan dengan kedai tukang kasut....lalu Abu Bakar segera ke tempat tesebut.....setelah bertanya khabar.... Abu Bakar telah menyerahkan buah kurma kepada lelaki tersebut....Namun...lelaki tadi memarahi Abu Bakar...lelaki tersebut menyatakan bahawa Abu Bakar bukanlah orang yang selalu menziarahinya selama ini.....






Abu bakar dengan rasa terkejut bertanya kepada lelaki tersebut....Bagaimana lelaki tersebut tahu bahawa Abu Bakar bukan orangnya...lalu lelaki itu menjawab.....Orang itu akan membuang biji kurma dahulu sebelum memberikan kepadanya...Abu bakar tersenyum...lalu Beliau pun membuang biji kurma tersebut dan memberikannya kepada lelaki itu....Sekali lagi lelaki itu berteriak memarahi Abu Bakar....Lalu Abu Bakar bertanya sebab apa lelaki itu terus memarahinya...Lelaki itu menyatakan bahawa Abu Bakar bukanlah lelaki yang sama selama ini yang selalu dia jumpa....






Abu Bakar bertanya sekali lagi....bukankah saya dah membuang biji kurma tersebut.....lelaki itu terus berkata...Insan yang selalu menziarahinya bukan sahaja membuang biji kurma bahkan ia terlebih dahulu mengunyah buah kurma itu agar hancur lalu disuapkan kedalam mulut ku....Kata lelaki tadi......Abu Bakar sangat terharu....lalu beliau menyatakan kepada lelaki tersebut bahawa Insan yang lelaki maksudkan itu merupakan seorang pemimpin agung iaitu Muhamamad S.A.W. dan INsan itu telahpun wafat....mendengar sahaja penjelasan daripada Abu Bakar....lelaki tadi terus bangun sambil mengucap dua kalimah syahadah....sebagai tanda dan bukti bahawa lelaki itu telah memeluk Islam ......Begitulah sedikit kisah Keagungan Insan yang bernama MUhammad....Walaupun lelaki itu buta dan merupakan orang Yahudi...Baginda tidak pernah melayan mereka yang bukan beragama Islam dengan layanan yang buruk...






Persoalanya:






Bagaimana dengan pemimpin kita sekarang....? Sama ada yang bercahaya ataupun tidak.....? Adakah mereka2 ini sentiasa melihat dan berkongsi masalah dan penderitaan rakyatnya....? Pernah mereka ini turun padang sekadar bertanya khabar dan berita mengenai rakyatnya....? Atau adakah mereka2 ini sanggup bermandi keringat...selut....laput...air masin....dan sebagainya demi merasai penderitaan rakyatnya....?(Yang Lain tu...saudara tanyalah sendiri...!)






Ulasan Si Rengit:






pemimpin kita sekarang perlu kembali kepada Islam....Jangan terlalu ego...sombong....rakus...mengejar harta dunia.....Saya tegaskan sekali lagi kepimpinan kita sekarang perlukan perubahan yang lebih drastik....Kajian perlu kita akui....tidak menidakan jasa dan pengorbanan pejuang terdahulu...tetapi mereka perlu direhatkan......Seperti kata pepatah.....Patah tumbuh hilang berganti.....Rehatlah dan biarkanlah pula Pemimpin baru mempersembahkan tari silatnya.....kalau selama ini kita hanya dilimpahi cahaya yang malap....kini biarlah kita dilimpahi cahaya yang terang lagi bersuluh....fikirkan.....






Friday, August 21, 2009

IRANUN: SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL MUBARAK...






TIADA FARDHU SEINDAH SOLAT...TIADA HARI SEINDAH JUMAAT...TIADA IBADAH SEINDAH PUASA...TIADA BULAN SEINDAH RAMADHAN...TIADA SIKAP SEINDAH KEMAAFAN...SELAMAT BERPUASA DAN MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK...





SALAM RAMADHAN AL MUBARAK BUAT SELURUH UMAT ISLAM YANG TERCINTA WALAU DI MANA BERADA...SEMPENA BULAN YANG MULIA INI MARILAH KITA BERSAMA2 BERMUHASABAH DIRI...SELAMAT BERPUASA- IKHLAS DARIPADA SAYA SEKELUARGA...


BUAT RAKAN BLOGEERS SEMUA...TIDAK KETINGGALAN SAYA MENGUCAPKAN SELAMAT BERPUASA DAN MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK....MOHON SEGALA KESALAHAN DAN KESILAPAN DAPAT DI MAAFKAN....KEPADA SAUDARA TSPA...MUSRAM...MUSLI...KIBIN...AJIN.....ASLI...RAFLAN.. SUFIAN...NADIN....AHININ...KM...SI RENGIT...SAMBALBELACAN...DAYANGWULAN....HATI SEORANG WANITA...SENJALIZA...AZRON....DAN SETERUSNYA RAKAN2 YANG MENJADI PEMERHATI DAN MENGANALISA SETIA DIUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH DAN YANG PALING PENTING JANGAN LUPA PUASA K....



EMAS SUASA DI BUAT GELANG

GELANG BERTAHTA INTAN BERLIAN

BULAN PUASA SUDAH MENJELANG

KHILAF DAN SALAH MOHON DI MAAFKAN.



TAPI JANGAN LUPA....MAPAITTANTU TETAP AKAN BERKATA BENAR SEKALIPUN IA MAPAIT.....
Penafian:
Penulis blog mapaittantu tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana melayari atau menggunakan maklumat dalam blog ini.