Thursday, October 1, 2009

IRANUN: KEPERCAYAAN DAN AGAMA


Agama merupakan satu rangkaian sistem kepercayaan dan amalan yang berkait rapat dengan perkara-perkara yang kudus. Kudus ialah sesuatu yang dianggap penting dan menghasilkan satu penghormatan, kesucian dan kemuliaan. Sepanjang sejarah kehidupan dan tamadun, manusia tidak terkecuali daripada berpegang atau menganut sesuatu agama.

Masyarakat Iranun secara keseluruhannya menganut agama Islam dan merupakan kaum yang mula-mula memeluk Islam sebelum kedatangan syarif Muhammad Kabongsuan lagi ke Mindanao. Menurut Datu Bandira Datu Alang, masyarakat Iranun seperti juga masyarakat lain yang mendiami rantau Nusantara ini telah memeluk agama Islam pada kurun yang ke-13 (Datu Bandira, 1992: 24). Beliau menyatakan bahawa pengislaman Iranun di Mindanao adalah melalui perluasan wilayah politik dan perkahwinan dengan wanita tempatan oleh Syarif Muhammad Kabongsuan selepas beliau mengisytiharkan diri sebagai pemimpin di sesetengah wilayah, seperti Malabang.

Perayaan suku kamu Iranun seperti juga kaum Melayu di Semenanjung Malaysia. Mereka merayakan Hari Raya Aidilfitri/ I’dulfitri yang disambut pada 1 Syawal. Ia merupakan hadiah kemenangan setelah berjaya melawan nafsu selama sebulan berpuasa di bulan Ramadhan. Umat Islam diwajibkan zakat fitrah pada 1 Syawal. Sempena perayaan tersebut, kebiasaannya mereka akan menziarahi kubur sama ada sebelum atau selepas hari raya. Amalan ziarah-menziarahi amat digalakkan sama ada di rumah sanak-saudara dan jiran atau kenalan.

8 comments:

  1. satu posting yang berfaedah...teruskan..

    ReplyDelete
  2. sALAM..

    PERLU JUGA BUAT POSTING TENTANG SUKU LAIN..BAJAUKAH, DUSUN DLL..

    ReplyDelete
  3. salam...

    terima kasih kepada saudara watasikadi...ulasan dan kunjungan saudara amat dihargai...

    sila berkunjung lagi....semoga saudara sukes..tq

    ReplyDelete
  4. salam...

    terima kasih atas kunjungan saudara serta pandangan yang saudara palingberani berikan...satu pandangan yang perlu difikirkan sewajarnya...

    Apapun si rengit ndak pegi sekol bah pasal sukubangsa yang lain...bolehkah kalau saudara palinberani yang buat posting 1malaysia...? cuma cadangan pada si rengit sahaja k...kalau tak boleh juga kena minta siapa2 lah ye....

    sekali lagi terima kasih atas kunjungan dan pandangan saudara...semoga sukes...tq..sila berkunjung lagi....

    ReplyDelete
  5. satu cadangan saudara rengit, amacam jika PISBA conduct tuisyen bahasa irranun untuk anak bangsa kita berketurunan irranun yang tidak pandai dan tidak fasih bertutur irranun.

    ReplyDelete
  6. bukan mau tembirang lah saudara rengit, saya lima adik beradik semuanya tidak pandai cakap irranun walaupun berketurunan irranun.hehehe.. bajau fasihlah.

    ReplyDelete
  7. salam...

    saudara watasikadi...satu cadangan yang perlu di ambil perhatian...itulah realiti sebenar sukubangsa kita...Bahasa ibunda semakin di lupakan...

    terima kasih atas kunjungan dan ulasan saudara...sila berkunjung lagi...tq

    ReplyDelete

Penafian:
Penulis blog mapaittantu tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana melayari atau menggunakan maklumat dalam blog ini.