Saturday, August 1, 2009

IRANUN: TIADA PEMIMPIN ATAU WAKIL G7



Akan benar lah kata-kata adinda tentang perihal G7. Adinda ada mencanangkan di seluruh bumi tercinta kota belud ini bahawa hadiah wakil dua untuk adinda-adinda kita merupakan simbolik dan percaturan yang cukup rapi...mungkin kah ini konspirasi politik Kota belud seperti tulisan adinda musli...Kepimpinan Orang Iranun terus menerus di nistakan....Bukankah ini kerana kebodohan "Tahi kun" bangsa kita sendiri...Natijahnya kita terlalu mengampu, memuji dan berbangga lantas kita pun menganut sikap bodoh ini... Kenapa mesti di persalahkan "Tahi kun" Iranun ini...ini Jawapannya adinda sekalian...Adapun pada zaman kemunduran dan kegelapan masyarakat iranun..ayahanda..kekanda kita bangkit berjuang kerana ketidaksanggupan melihat kita terus di perbodoh-bodohkan...


Lihat sahaja tarsila kaum kita...punyai kehebatan yang luar biasa malahan mendapat pengiktirafan sebagai bangsa yang bermaruah lagi tinggi nilai perjuanganya...tidak takut pada titisan darah malahan sanggup berkorban demi menjaga nilai bangsanya....namun semuanya hancur dan musnah disebabkan kesilapan dan kesalahan nenda kita...kegelapan ya itulah zaman kita......kegelapan bangsa kita mulai mendapat sekelumit sinar apabila seorang Anak Iranun mula melibatkan diri dalam kepolitikkan di Kota Belud...ramai nama-nama lain yang sebenarnya pejuang sebenar terpaksa berundur demi memberikan ruang kepada Insan ini mempersembahkan tari silatnya... Merungkai sejarah kehidupanya..tidak keterlaluan andai penulis mengatakan bahawa nadi dan kejayaan Insan ini adalah dari keringat atau titik peluh ayahanda dan nenda kita di Kg Tamau....

Seribu macam kepercayaan telah kita berikan..sehebat tsunami kita satukan sokongan demi melihat sebenar kehebatanya sehebat dengan namanya... Sinaran mulai kita rasai sehingga lah kita mengenali erti matahari sebenar...Sayang seribu kali sayang, sinar yang disangkakan perpanjangan akhirnya hujan mangambil tempat...Ibarat monyet mendapat buah pisang...ibarat kuda melihat pasanganya...Insan ini mulai lupa akan dirinya....Ibarat Firaun yang lupa siapa penciptanya...Lantaran kesenagan dan kekayaan yang dikecapinya ...insan ini mulai lupa siap diri dan asal usulnya...Untuk apa namanya diberikan.....sebab apa semua itu mulai dilupakan...! rakan dan taulan menjadi penasihat kepada perkara yang memberi kealpaan padanya...semuanya mengenai periuk nasi mereka....Inilah Pemimpin yang di buai kehancuran....!

Hebatnya Insan ini sehingga rakyatnya tuduk memberikan hormat tatkala bersalam dan berjalan bersama....Kononya dialah pewaris kepimpinan yang agung...Berbanggalah dengan jawatan dan kekayaan sehingga terlupa itu semuanya pinjaman belaka... Siapa yang ingin mempunyai niat yang sama ingin jadi pemimpin...Badung akan digunakan untuk mencatas leher mereka...mereka-mereka ini dianggap sebagai musuh dan bodoh belaka...! Apakah Insan ini pemimpin yang tidak akan di jemput oleh izrail....Apakah ia akan kekal buat selama- lamanya...sedari lah wahai Insan kerdil lagi dhaif ini...masa mu hampir tiba...berikan lah tampuk dan tongkat mu kepada yang layak...andai kamu dilahirkan sebagai pejuang dan pemimpin pasti ada gantimu....


Sinar yang kamu bawa sebenarnya mulai malap dengan kedungguan dan kebodohan mu didalam terus memandu kapal rakyatmu... tambahan masyarakatmu yang punyai sikap kebinatangan..rakus dalam kekayaan..rakus dalam jawatan..rakus dalam kepimpinan hasil didikan oleh mu... wakil dua hanya layak untuk mu...BERTAUBATLAH INSAN PAHLAWAN....

WAHAI KAUM IRANUN...ANDA SEMUA HANYA LAYAK SEBAGAI KHADAM PADA ORANG LAIN... TERUSKAN PUJIAN DAN PUJAAN ANDA TERHADAP PEMIMPIN ANDA...TERUSKAN... ! TIDAK PERLU BERSATU SAUDARA/SAUDARI BIARKAN SAHAJA APA YANG BAKAL BERLAKU...ITULAH SIKAP KITA YANG CUKUP HEBAT... JANGAN LUPA DENGKI...FITNAH RAKAN-RAKAN DAN SAUDARA MARA KITA.... SULAMI DENGAN PENTINGKAN DIRI SENDIRI DAN KUMPUL KEKAYAAN DARI AIRMATA SAUDARA MARA KITA....IRANUN AKAN TERUS MAJU...SEMAJU KAUM LAIN...ITULAH YANG KITA MAHUKAN....!!!!

4 comments:

  1. salam ziarah...

    Satu penulisan yang berani dan panazzzzzz....
    macam sloganya blognya jga mapaittantu.....!

    ReplyDelete
  2. Salam sdr Renggit..

    Penulisan sdr nampak lebih terbuka..ikhlas dan berwibawa..teruskan sdr ...

    ReplyDelete
  3. salam sirengit

    memang panass!!! semoga pahlawan iranun yg terasa dpt sedar dan insaf dengan perbuatan yg tidak bertamadun ini..memalukan bangsa..jangan ingat pahlawan iranun bebas utk mencantas, sekrg pelapis masyarakat bru dah tahu membezakan permainan poltitk kotor dan baik, jgn terkejut bila badung memenggal leher pahlawan sendiri..

    ReplyDelete
  4. salam semua...

    Saudara paikankb..

    terima kasih atas kunjungan saudara, pada saya keihklasan dan keberanian lebih utama daripada bermuka-muka...tq

    sila berkunjung lagi..

    Saudari kelapa mawar,

    terima kasih atas komen saudari...biarlah kutukkan dan cercaan di lemparkan, namun perjuangan untuk kebaikkan tetap ku perjuangkan.. Aku adalah aku..

    thnks saudari..tq

    saudara datu pitung...

    terima kasih atas komen saudara....kesedaran dalam kelompok kita perlu diterjemahkan dengan tindakan..buktikan bahawa kita aadalah pencinta pada kedamaian dan kepimpinan yang telus...tq

    ReplyDelete

Penafian:
Penulis blog mapaittantu tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana melayari atau menggunakan maklumat dalam blog ini.