Tuesday, August 18, 2009

IRANUN: PAK PANDIR..EPISODE KE 2


Kelucuan yang teramat sangat ketika saya mengikuti perkembangan cerita hikayat Pak Pandir Moden yang kini boleh didapati melalui penulisan berbentuk monolog dalaman watak dan perwatakan Pak Pandir. "kamaluan aku mandangarnya ba...." itulah reaksi seorang veteren pemimpin atau OTAI masyarakat Iranun ketika masa dahulu apabila diajukan cerita ini.....


Memikirkan seketika (sebagai bahan jenaka) kehebatan Pak Pandir masyarakat iranun ini yang kononya sebagai dewa Iranun...akhirnya apa yang menarik dan ingin saya kongsikan disini adalah....Pak Pandir Iranun lebih teruk...bodoh...dungu....lalung....daripada Pak Pandir versi lama. Apa tidaknya, semakin lama ia berkarya sebenarnya makin banyak kebodohanya yang terbongkar..mungkin padanya satu pembelaan perlu dilaksanakan ibarat cerita sezamannya...pahlawan perlu menuntut bela kepada pengkhianat bangsa dan agama....tapi Pak Pandir tak tahu siapa dirinya sebenar....Chin Peng versi Iranun .......ingat zaman sekarang sama dengan zaman dahulu ke....nak tipu pun tengok kepala lutut da....atau mungkin pak pandir terlupa bahawa anak-anak muda sekarang lebih hebat senjata dan percaturanya....bezanya Pak Pandir terlebih makan garam sehingga terlupa bahawa darah tinggi seperti rakan dan sahabatnya Datuk Panayaman akan datang berkunjung melawat dirinya.......


Pak Pandir menurut seorang rakan dan kawan sebentar tadi memaklumkan bahawa beliau ini telah pun nyanyuk...kuasa...harta...pangkat...dan nama....Apa yang paling merisaukan rakan dan kawan ini adalah nama Pak Pandir menjadi ejekkan seperti sekarang....tiada pujian sebaliknya perlian yang tak berkesudahan...Apapun pada saya...cukuplah Pak Pandir ber monolog sendirian...biarkan dia memuja dan mengangkat dirinya sebagai dewa......Kononnya kita sebagai pendengki dan pengkhianat bangsa perlu ditentang....Daripada zaman USNO...AkAR nya terus kepada UMNO nya (Yang nie sebahagian kecil sahaja, tak lagi saya tambah..darab dan bahagi benda lain).....Kebodohan dan kesombongan serta keegoanya terus bermaharajalela....Cukup-cukuplah tu...Pak Pandir tak kan menjadi penyelamat kepada bangsa ku....! FIKIRKAN....SIBUGANG BERCAHAYA...


11 comments:

  1. Salam Sirengit,

    Kejayaan seseorang dalam politik, tidak semestinya diukur dalam pencapaiannya membantu atau membangun bangsa atau negaranya. Tetapi kejayaan seseorang politik juga adalah bergantung bagaimana ianya mempertahankan dirinya daripada pesaing-pesaing atau musuh-musuh politiknya. Pemimpin agung negara kita adalah contoh yang terbaik dalam episod ini. Dia telah berjaya bertahan 22 tahun menjadi ketua, dalam tempuh itu beratus juga jadi mangsanya dalam usahanya mempertahankan kuasanya.

    Apa pun itu pendapat saya berdasarkan apa yang kita lalui selama ini. Justeru itu dalam cerita ini biarkan lah yang sudah berlalu, apa yang penting, kita kena berhati-hati di masa depan supaya kita tidak lalui ranjau dan onak kembali. Wasalam.

    ReplyDelete
  2. salam sdr renggit..

    sdr abu...kejayaan seorang pemimpin itu bagi saya ialah bila dia memelihara amanah yang diletakkan oleh bangsanya di bahunya...memelihara, menjaga dan mendaulatkkanya dengan sesungguhnya, tanpa ada rasa kepentingan diri dan politiknya. Pejuang seperti Mat salleh mendapat sokongan keran kewibawaanya mempertahankan maruah pertiwi..kenapa tidak di contohi..

    Tun Mustafa..diakhir2 hayatnya dilihat sebagai pemimpin yg tidak ada arah tujuan, membubarkan USNO danmenerima UMNO kemudiannya berpaling tadah...Rakyat tidak diperjuangkan dgn seadilnya...pun begitu jasanya tetap terpelihara..

    saya bersetuju dgn pandangan sdr bahawa yg berlalu biarkan sudah..bina satu wadah memperjuangkan bangsa..kesalahan lampau menjadi pengajaran berguna di masa akan datang..sekadar pandangan.wassalam

    ReplyDelete
  3. Salam,

    Nasib baik sdra rengit menyedarinya awal-awal. Nasihat saya kepada mereka yang masih memuja dan memuji pak pandir ni, hentikan bukalah mata hati luas-luas.

    Semalam saya semasa menjamu selera di area kk, dengan tiba-tiba saya terserempak dengan pak kaduk, si luncai dan lebai malang

    ReplyDelete
  4. Assalamualikum,
    SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL MUBARAK DAN SELAMAT BERPUASA. Semoga bulan mulia ini dapat lebih merapatkan lagi silaturahim sesama kita semua dan dapat pula menyumbang kebaikan untuk kemajuan ummah dan kepesatan Negara. Semoga sihat wal afiat sekeluarga. Wasaalam. SABAHKITA.

    ReplyDelete
  5. Assalamualikum,
    Selamat menyambut ramadan al mubarak dan selamat berpuasa

    ReplyDelete
  6. Salam Sirengit,

    Selamat menyambut bulan ramadhan al mubarak

    ReplyDelete
  7. Salam Sirengit,

    Kita pakat-pakat cari pengganti mereka yang memperdagangkan bangsa kita untuk kepentingan mereka itu. Boleh kah?

    ReplyDelete
  8. salam...

    saudara abu...saya berpendapat dengan saudari KM...apapun bab membiarkan perkara yang lepas utk berlalu itu agar sukar untuk kita laksanakan...namun untuk menjadi pengajaran itu lah yang utama...thkns

    ReplyDelete
  9. salam...

    Saudari KM, saya amat bersetuju dengan komen saudari...apapun biarlah ia menjadi mengajaran yang maha penting dalam masyarakat dan stiap peringkat generasi sukubangksa kita...tq

    ReplyDelete
  10. salam..

    Saudara pendikarbuta....kita kena memerhati setiap aspek...agar kita tidak ditipu sewenang2nya...tq atas kunjungan dan komen saudara...sila berkunjung lagi...

    ReplyDelete
  11. salam...

    Saudara Sabahkita...saudara Hajin...saudara labilabulabi...saudara nyawa bin badan...selamat berpuasa dan selamat menyambut ramadahan ala mubarak...tq

    ReplyDelete

Penafian:
Penulis blog mapaittantu tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana melayari atau menggunakan maklumat dalam blog ini.