Friday, August 21, 2009

IRANUN: SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL MUBARAK...






TIADA FARDHU SEINDAH SOLAT...TIADA HARI SEINDAH JUMAAT...TIADA IBADAH SEINDAH PUASA...TIADA BULAN SEINDAH RAMADHAN...TIADA SIKAP SEINDAH KEMAAFAN...SELAMAT BERPUASA DAN MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK...





SALAM RAMADHAN AL MUBARAK BUAT SELURUH UMAT ISLAM YANG TERCINTA WALAU DI MANA BERADA...SEMPENA BULAN YANG MULIA INI MARILAH KITA BERSAMA2 BERMUHASABAH DIRI...SELAMAT BERPUASA- IKHLAS DARIPADA SAYA SEKELUARGA...


BUAT RAKAN BLOGEERS SEMUA...TIDAK KETINGGALAN SAYA MENGUCAPKAN SELAMAT BERPUASA DAN MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK....MOHON SEGALA KESALAHAN DAN KESILAPAN DAPAT DI MAAFKAN....KEPADA SAUDARA TSPA...MUSRAM...MUSLI...KIBIN...AJIN.....ASLI...RAFLAN.. SUFIAN...NADIN....AHININ...KM...SI RENGIT...SAMBALBELACAN...DAYANGWULAN....HATI SEORANG WANITA...SENJALIZA...AZRON....DAN SETERUSNYA RAKAN2 YANG MENJADI PEMERHATI DAN MENGANALISA SETIA DIUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH DAN YANG PALING PENTING JANGAN LUPA PUASA K....



EMAS SUASA DI BUAT GELANG

GELANG BERTAHTA INTAN BERLIAN

BULAN PUASA SUDAH MENJELANG

KHILAF DAN SALAH MOHON DI MAAFKAN.



TAPI JANGAN LUPA....MAPAITTANTU TETAP AKAN BERKATA BENAR SEKALIPUN IA MAPAIT.....

Tuesday, August 18, 2009

IRANUN: PAK PANDIR..EPISODE KE 2


Kelucuan yang teramat sangat ketika saya mengikuti perkembangan cerita hikayat Pak Pandir Moden yang kini boleh didapati melalui penulisan berbentuk monolog dalaman watak dan perwatakan Pak Pandir. "kamaluan aku mandangarnya ba...." itulah reaksi seorang veteren pemimpin atau OTAI masyarakat Iranun ketika masa dahulu apabila diajukan cerita ini.....


Memikirkan seketika (sebagai bahan jenaka) kehebatan Pak Pandir masyarakat iranun ini yang kononya sebagai dewa Iranun...akhirnya apa yang menarik dan ingin saya kongsikan disini adalah....Pak Pandir Iranun lebih teruk...bodoh...dungu....lalung....daripada Pak Pandir versi lama. Apa tidaknya, semakin lama ia berkarya sebenarnya makin banyak kebodohanya yang terbongkar..mungkin padanya satu pembelaan perlu dilaksanakan ibarat cerita sezamannya...pahlawan perlu menuntut bela kepada pengkhianat bangsa dan agama....tapi Pak Pandir tak tahu siapa dirinya sebenar....Chin Peng versi Iranun .......ingat zaman sekarang sama dengan zaman dahulu ke....nak tipu pun tengok kepala lutut da....atau mungkin pak pandir terlupa bahawa anak-anak muda sekarang lebih hebat senjata dan percaturanya....bezanya Pak Pandir terlebih makan garam sehingga terlupa bahawa darah tinggi seperti rakan dan sahabatnya Datuk Panayaman akan datang berkunjung melawat dirinya.......


Pak Pandir menurut seorang rakan dan kawan sebentar tadi memaklumkan bahawa beliau ini telah pun nyanyuk...kuasa...harta...pangkat...dan nama....Apa yang paling merisaukan rakan dan kawan ini adalah nama Pak Pandir menjadi ejekkan seperti sekarang....tiada pujian sebaliknya perlian yang tak berkesudahan...Apapun pada saya...cukuplah Pak Pandir ber monolog sendirian...biarkan dia memuja dan mengangkat dirinya sebagai dewa......Kononnya kita sebagai pendengki dan pengkhianat bangsa perlu ditentang....Daripada zaman USNO...AkAR nya terus kepada UMNO nya (Yang nie sebahagian kecil sahaja, tak lagi saya tambah..darab dan bahagi benda lain).....Kebodohan dan kesombongan serta keegoanya terus bermaharajalela....Cukup-cukuplah tu...Pak Pandir tak kan menjadi penyelamat kepada bangsa ku....! FIKIRKAN....SIBUGANG BERCAHAYA...


Wednesday, August 12, 2009

IRANUN: SI BUGANG YANG BERCAHAYA..


Anda pasti mendengar akan cerita perihal Sang Pari-Pari... Cerita ini sering di paparkan sejak akhir-akhir ini di RTM 1,2 dan TV3. Cerita Sang Pari-Pari ini banyak diimplementasikan oleh pengarah dari Indonesia. Tahun lepas cerita yang berkait dengan Pari-Pari ini adalah cerita Bawang Putih Bawang Merah versi dari Indonesia. Ketika menonton bersama keluarga, kadang-kadang peranan Sang Pari-Pari itu langsung tidak masuk akal namun atas kebijaksanaan penerbit dan pengarah cerita semua itu kita terfikir bahawa watak Sang Pari-Pari itu sebenarnya sesuatu yang benar lagi betul...Padahal watak tersebut merupakan watak hikayat si karut marut....malah andai tidak dijaga dengan teliti ia boleh memesongkan aqidah masyarakat kita...

Namun rakan dan kawan perlu lebih berhati-hati kerana Di Malaysia pun dah ada versi ini cumanya ia di laman blog kita....Sang Pari-Pari yang bercahaya....Saya pada mulanya mendapat sms daripada seorang rakan dan kawan memaklumkan bahawa Sang Pari-Pari mula menaburkan serbuk hikmat ajaibnya kepada masyarakat kita terutama rakan dan kawan bloger kita amnya. Entahlah.. pada saya rakan dan kawan kita yang melambangan dan menggunakan identiti yang bercahaya ini pada saya sesuatu yang melucukan...macam SESB pula.... nak berpancak silat dengan gaya sendiri tetapi tempatnya di buat di ruang tamu rumah saudari kelapa mawar....tak ke kerja gila namanya tu.... mengamuk saudari kita ini...letih mengemas rumah...Sang Pari-Pari ini nak berjuang di medanya sendiri....tak terfikir kah bahawa medanya sekalipun diterbalikan tempatnya tetap memijak kepala-kepala kita....nak berkarya sendiri-sendiri tapi nak mengharapkan kita yang membelinya....apa cerita....tak faham lah dengan palambangan SI Bugang yang Bercahaya ini...!


Si Bugang tiada yang bodoh tapi mungkin ada yang lalung dalam melaksanakan tanggungjawab dan hak rakyatnya....Cukuplah saudara....usah menunding jari pada orang lain...hakikatnya kesalahan itu datang daripada diri kita.....Term untuk mengimbau kebaikan dan kehebatan kamu dah berakhir......abadikanlah sisa-sisa perjuangan mu wahai SI Bugang Yang Bercahaya kepada kebaikkan....Sedarlah bahawa cahaya yang kamu maksudkan itu sebenarnya kegelapan dan kekelaman berpanjangan yang terpaksa kami pikul......

Angkuh.....Sombong.....tamak....rasuah....itu diri kamu wahai SI Bugang Yang Bercahaya.....Bak dialog dalam cerita filem P.Ramlee.....baik ada makna tu.......samalah cahaya nya ada makna.....Dulu benar lah Tupai jatuh ke tanah juga...masa itu Tupai tak pergi sekolah...Sekarang Tupai-Tupai semuanya bijak-bijak belaka...ada yang PHD lagi.....tak kan memijak dan berpaut pada ranting yang rapuh.....

Pesan Buat Si Bugang Yang Bercahaya...JANGAN LUPA BAYAR BIL ELEKTRIK....SESB datang potong bekalan mampui tak leh nak berkarya lagi......


Tuesday, August 11, 2009

IRANUN: KARYA PAK PANDIR ....



Entah tetiba pula saya gatal tangan membuat posting ini. tetiba aje idea ini meluncur laju dibenak fikiran ku, mungkin kerana melihat Pak Pandir kaum Iranun mula berkarya perihal dirinya atau juga untuk tatapan suku bangsa ku....? atau mungkin juga sebagai renungan kita bersama....pandai lah kita memikirkannya... Siapa tidak kenal Pak Pandir...satu watak kehidupan yang sungguh sinonim dengan masyarakat Melayu amnya dan satu perwatakkan yang sungguh melucukan entah kesahihanya diakui ataupun mungkin dongengan yang hanya sekadar senjata penglipurlara mempamirkan kehebatannya menawan hati peminatnya.

Daripada cerita kampungnya sehingga lah perihal memilih ketuanya...karya Pak Pandir sungguh menghiburkan bahkan terkentut-kentut kita ketawa mendengar, membaca dan melihatnya. Selesai majlis Pak Pandir masyarakat kita beralih arah pulak kepada peminat-peminat sejati PAk Pandir....wajah-wajah Pak Pandir terus-terusan menghiasi laman mata buta mereka....ulasan demi ulasan sehinggakan ada peminat yang sanggup bersyair....bersajak..berpuitis dan sebagainya demi menghidupkan dan membangunkan kembali masyarakat kita yang terlupa dan yang terkesima...

Yang paling melucukan apabila ramai rakan dan kawan kita mulai membuat ulasan atau posting yang lebih dilihat berpada-pada...dulu bukan main hebat tetapi sekarang nak sebut namapun terketar-ketar.....Entahlah sampai bila kita takut pada bayang-bayang sendiri.....Pak Pandir...Pak Pandir....sampai kapan berhenti memandirkan masyarakat Iranun...

Entah sampai bila kehebatan Pak Pandir ini terus berkarya.....tunggu dan lihat sahajalah...KEPADA PARA PENGAMPU TERUSKAN USAHA ANDA.....JANGAN LUPA SIRAMI SUKU BANGSA KITA DENGAN PETROL RON 2....LIGHTER ADA DENGAN PAK PANDIR.... PUJA JANGAN TAK PUJA...


Monday, August 10, 2009

IRANUN: SALUNSUNG MAKAN UMPAN...


Setelah penat memancing akhirnya ikan Salunsung makan umpan lah juga...Memancing sesuatu yang amat menyeronokkan tetapi bagi yang bukan kaki pancing aktiviti ini amat membosankan...ya lah lain orang lain hobinya...lain manusia lain hati budinya... Nampaknya boleh lah kawan dan rakan saya menikmati keenakkan ikan Salunsung setiap hari dan mungkin juga setiap saat.....

Inilah apa orang kata kesabaran itu amat penting namun penantian itu satu penyeksaan itu yang perlu kita ingat. Berbalik kepada aktiviti memancing...setakat ini ramai yang bersama-sama dengan saya pergi memancing dan sekarang pun rakan dan kawan telah berjaya memancing ikan yang sama cuma bezanya saya dapat ikan yang besar... Sekarang ini saya dan rakan dan kawan tetap meneruskan aktiviti ini...manalah tahu dapat ikan manga gat pulak....banyak dan ramai lagi ikan-ikan besar yang masih berkeliaran di luar sana...

Sebentar tadi saya menerima satu pesanan ringkas atau SMS daripada seorang rakan dan kawan kaki pancing" benarkah langa, nya gang ai bu tau su Salunsung kah. Pun manaya tembak ka sa lutang"Itulah bunyi SMS beliau...kalau ditranslate dalam bahasa arabnya....tompok-tompok tahi unta lah...

Harap2 Ikan Salunsung ini terus berkarya mencari umpan...agar menjadi santapan masyarakat Iranun...

Friday, August 7, 2009

IRANUN: ILMU MANTIK ATAU TAPAWAL


Iranun dan Ilmu Tapawal tidak boleh dipisahkan...itulah ungkapan dan komen para rakan bloger masyarakat kita...Sejauh mana kebenaran kenyataan ini bersama kita fikirkan... Membicarakan Ilmu Mantik kita sebenarnya tidak boleh lari daripada membicarakan soal Logika. Manakala Membicarakan Tapawal kita tidak boleh lari daripada masyarakat Iranun...Konteksnya lebih kurang seperti itulah...

Seperti Al Farabi dan Ibnu Sina, Al Ghazali berpendapat bahawa Mantik adalah peraturan untuk berfikir yang berfungsi didalam memandu akal dalam membuat kesimpulan dan membebaskanya daripada unsur pransangka dan imagenasi. Justeru itu, Mantik sebenarnya memandu pengamalnya agar tidak melakukan sebarang kesalahan ketika berfikir...Hal itulah yang banyak dilakukan oleh ulama moden dalam pembahasan Nahwu, Mantik dan Ushul Fiqh yang semakin mendapat tempat. Terlepas dari ilmu atau bukan, boleh dikatakan tujuan sebenarnya logika bukanlah sebagai peletak hukum berfikir melainkan berfikir untuk memperoleh kebenaran, yang salah atau yang benar. Logika oleh sebahagian ilmuwan juga dapat dikatakan sebagai epistemologi, iaitu ilmu tentang fikiran. Akan tetapi logika sendiri terbahagi menjadi dua iaitu Minor dan Major. Logika Minor mempelajari struktur berfikir beserta dalil-dalilnya, dan Major mempelajari hal pengetahuan, kebenaran, dan kepastian yang sama dengan lingkup epistemologi. Logika dan perkembangannya dalam dunia ilmiah dikenali dengan adanya "argument" sebagai penguat alasan. Dan setiap argumentasi dapat diuji kebenarannya dengan logika. Maka, untuk menguasai argument dengan baik dan benar perlu menguasai logika.


Manakala Tapawal pula pada pendapat saya sebenarnya ada kebenaranya kepada masyarakat Iranun. Misalnya masyarakat kita sering berdebat sesama sendiri dan andai kita berikan ruang untuk kita fikirkan apa hujah-hujah mereka ini kita pasti akan dapati akan kebenaran hujah-hujah mereka. Contohnyalah...Bahasa atau ayat yang sering kita gunakan sebenarnya boleh dipertikaikan andai kita mengunakan ilmu mantik atau logika. Betul atau tidak kita kena fikirkan bersama. Check sendiri ayat yang kita tuturkan dan fikir akan maknanya ... mempunyai makna yang boleh dipersoalkan...betul atau tidak bersama kita fikirkan sekali lagi....(Pening juga saya mengulas ini tau,,tibai saja lah)


Persoalannya....Dimanakah letaknya ilmu mantik Dan Tapawal masyarakat kita.......fikirkan untuk ketiga kalinya....!

Thursday, August 6, 2009

IRANUN: SALAHKAH ORANG SEPERTI KAMI.......


Setiap kali saya dan rakan-rakan membuat posting berkaitan masyarakat atau bangsa kita, pasti timbul rasa ketidakpuasan hati setiap pembaca ataupun rakan bloger. Malahan sejak akhir-akhir ini ada beberapa rakan taulan kita yang mulai menghangatkan penulisan rakan kita yang lain...malahan ia turut disertai oleh pelbagai contoh...analisa...dan fakta sejarah yang mungkin sahih ataupun mungkin juga kita masih boleh persoalkan....


Sepertimana sejarah sebenar pejuang kemerdekaan negara....Kaji lah sejarah tanah air dengan ikhlas dan jujur pasti anda akan tahu siapa sebenar pejuang kemerdekaan kita....Saya masih teringat akan pendapat seorang lect saya ketika masa dahulu......malahan banyak fakta sejarah yang telah di ubahsuai demi menampakan bahawa seseorang pemimpin itu adalah pejuang sebenar kemerdekaan tanah melayu.... Tak percaya..lect nie tokoh sejarah tanah air sehingga kini...Yang itu saya rasa saudara Azrone dan Musli boleh mencari kesahihanya...saudara2 ini kan hebat fakta sejarahnya....Tanya sahaja pakar sejarah kita...pasti mereka punyai pendapat sedemikian...Nak tahu kelebihan seseorang tanyalah rakannya..tetapi nak tahu keburukkanya tanyalah musuhnya.....

Mengulas sejarah nie saya kurang arif sedikit....cuma orang kata boleh lah berpancak silat... Saya amat berbangga kerana ramai rakan kita mulai membuka mata minda untuk menilai dan mengkaji kemana arah tuju masyarakat kita...jangan sesekali menidakkan hak dan kepentingan sukubangsa kami...Belajarlah sejarah (Jangan kaji takat buku lali sahaja....kajilah sehingga kepala anda botak...) ...saudara pasti akan tahu siapa kami dalam landskap politik KB dan Sabah khususnya..namun timbul persoalannya....SALAHKAH ORANG SEPERTI KAMI YANG BERJUANG DEMI BANGSA...AGAMA...DAN NEGARA...???? FIKIRKAN...
Penafian:
Penulis blog mapaittantu tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana melayari atau menggunakan maklumat dalam blog ini.