Monday, September 14, 2009

IRANUN: SEJARAH ASAL USUL IRANUN...


Iranun merupakan suku kaum yang dikategorikan sabagai penduduk bumiputera Sabah. Menurut sejarah, kaum Iranun berasal dari Teluk Ilana di Pulau Mindanao di selatan Filipina. Suku kaum Iranun mendiami dua kawasan utama iaitu kawasan Tasik Lanao dan Teluk Ilana. Bagaimanapun kewujudan masyarakat Iranun di Sabah seperti di Daerah Kota Belud khasnya kawasan pesisir pantai menarik untuk dibincangkan. Ada yang berpendapat bahawa kaum Iranun yang berada di Pulau Borneo kini memang asalnya dari Kepulauan Borneo. Namun tidak kurang juga yang berpendapat bahawa kaum ini berasal dari Pulau Mindanao yang berhijrah di Kepulauan Borneo.

Merujuk kepada sejarah khasnya dalam sejarah Filipina memang terdapat catatan tentang suatu peristiwa yang boleh dijadikan asas bagi membuktikan bahawa kaum Iranun berasal dari Pulau Borneo. Peristiwa ini boleh dikaitkan dengan cara hidup kaum ini yang gemarkan amalan ngayau atau pangayau yang bermaksud mengembara. Sejarah awal Filipina telah mencatatkan bahawa terdapat penghijrahan besar-besaran. Penghijrahan ini dapat dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu penghijrah dari rumpun Melayu, terdiri dari Indonesia, Pulau Borneo dan Tanah Melayu.

Penghijrahan pertama bermula dalam lingkungan tahun 200 SM, manakala penghijrahan kedua dianggarkan berlaku selepas tahun 100 M hingga abad ke-13. Bagi penghijrahan peringkat ketiga berlaku di antara abad ke-14 hingga ke-16 dan dicatatkan bahawa penghijrahan peringkat ketiga merupakan zaman penyebaran agama Islam di Nusantara. Namun demikian menurut kajian sejarah bahawa dinyatakan penghijrahan orang Melayu sebelum zaman penjajahan Filipina oleh sepanyol (sekitar tahun 200 SM) tidak menunjukkan adanya catatan tentang penghijrahan pertama tersebut. Bagi penghijrahan peringkat kedua, terdapat sedikit maklumat tentang adat resam yang tercatat dalam cerita-cerita pengembaraan yang meriwayatkan kedatangan orang Melayu dari Pulao Borneo, yang tersimpan di Panay. Malahan terdapat maklumat tentang pembelian Pulau Panay pada abad ke-13. Tahap penghijrahan ketiga pula dapat dilihat jelas, iaitu serentak dengan kedatangan agama Islam seperti yang tercatat dalam riwayat orang Moro.

Mengupas mengenai persoalan kewujudan masyarakat Iranun di Sabah, masyarakat ini tergolong sebagai kaum bumiputera Sabah dan juga dikatakan termasuk dalam rumpun Melayu. Walaupun terdapat pihak mengaitkan masyarakat Iranun di Sabah dengan kaum Iranun di Mindanao, namun hubungan kekeluargaan di kalangan mereka telah terlalu jauh terpisah. Kedatangan kaum Iranun di Pulau Borneo sejak sebelum penjajahan British lagi dan ada diceritakan bahawa sebahagian daripada Pulau Borneo pernah berada di bawah kekuasaan Kerajaan Sulu pada zaman kegemilangan Kesultanan Sulu. Jadi kedatangan Iranun di Sabah adalah sama dengan cara penghijrahan masyarakat Melayu yang lain. Oleh itu kaum Iranun tidak boleh dianggap sebagai pendatang.

Oleh yang demikian fakta di atas, jelas membuktikan asal usul suku kaum Iranun di Pulau Borneo. Ini kerana sejarah telah menyatakan dengan jelas dan diperkuatkan dengan catatan sejarah asal usul penduduk Filipina, yang mana jelas mengakui bahawa mereka terdiri daripada gabungan pendudukan yang datang dari gugusan kepulauan Melayu.


6 comments:

  1. Sdr Rengit,

    Terpegun saya membaca cerita asal usul Iranun. Sebelum ini saya tak tahu langsung. Atas sebab itu saya bertanya pada beberapa orang teman saya dari suku ini yang berasal dari KB.

    Menurut ceritanya, kononnya Iranun ini macama bangsa Indian juga, mempunyai sistem casta (darjat yang berbeza-beza). Kononnya, ada yang berketurunan darah 'hujau' iaitu Datu-datu. Dan ada juga yang berketurunan darah 'kuning' iaitu Sharif-sharif. Kononnya juga ada yang ber keturunan darah 'merah' dan keturunan ini berani-berani belaka iaitu Uripen.

    Nampak gaya si Rengit ini berbahasa bukan macam keturunan darah 'hijau' atau darah 'kuning'. Si Rengit nampak berani.

    Keturunan dan bangsa saya sudah Si Rengit tahu iaitu Palahu (badan berbau busuk). Pahalu, suku saya di pandang hina oleh serumpun dan sebangsa dengan saya, walaupun saya tertib sewaktu berhujah.

    Mungkin kah keturunan Si Rengit ini di dalam casta Iranun berdarah 'merah' ialah itu Uripen?

    Maaf ya si Rengit saya cuma bertanya?

    Salam Siber,

    SMA

    ReplyDelete
  2. salam...

    Terima kasih saudara Somprot...Ulasan dan pertanyaan saudara ikhlas dan jujur...sejujur perlambangan saudara...Untuk makluman saudara somprot darah si Rengit bercampur2...kadang2 menghisap darah TSPA(Yang sebenarnya..URIPEN masyarkat Iranun..sebabnya dia melalak dengan menggelarkan dirinya sebagai Pejuang sejati masyrakat Iranun...setahu saya pemimpin sejati adalah Uripen rakyatnya....itu pun kalau benar lah)...

    Keduanya..Si Rengit kadang2 terhisap darah bangsa lain...kasian kan...tapi ndak apalah itulah nasib Si Rengit...makna kata Darah Si Rengit semua colour ada...Cuma saya nak tanya yang empunya badan lah...TSPA bukan cakap dan bertutur macam Si Rengit bertutur kah? Kalau saudara kata tak sama makna kata saudara benar lah seorang palahu berbau ikan...hehehe...

    Kasian kalau TSPA pun di kategorikan sebagai URIPEN pangkat...harta dan kuasa...kan...what ever lah kan...

    terima kasih atas kunjungan saudara...sila berkunjung lagi...semoga suksess...





    p/s: buat posting macam ni pun ada juga nak yang nak komen ek...Tibai pemimpin tak le...buat posting masam ni pun kena juga...dunia2...

    ReplyDelete
  3. hello...
    i love the way u write n explaining everything about Iranun. but can i ask u a favor related to this subject? its about how iranuns manage the funeral? is there any superstitious believe or the rules based on reason?
    would like to hear from u soon. sorry for any inconvenience .
    thank you,

    ReplyDelete
  4. saya tertarik dengan tulisan saudara? adakah cara lain untuk mengenal suku iranu mungkin melalui senjata khas kah atau yg lainnya mohon penjelas

    ReplyDelete
  5. Iranun skrg menjelma menjadi melayu timur.senjata kampilan kami sama dgn senjata kaum iranun sy adalah keturunan melayu timur asli dari reteh indra giri hilir.riau

    ReplyDelete

Penafian:
Penulis blog mapaittantu tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana melayari atau menggunakan maklumat dalam blog ini.