Tuesday, September 15, 2009

IRANUN: BUDAYA IRANUN



Perkataan kebudayaan adalah berasal daripada perkataan budaya. Kebudayaan adalah cara hidup dan amalan. Menurut Kamus Dewan, kebudayaan bermaksud keseluruhan cara hidup (yang merangkumi cara bertindak, berkelakuan, dan berfikir) serta hasil kegiatan dan penciptaan yang berupa kenbendaan atau kerohanian sesuatu masyarakat, tamadun, kemajuan akal budi dan sebagainya. Dua aspek kebudayaan, iaitu kudayaan kebendaan dan kebudayaan bukan kebendaan. Kebudayaan kebendaan dapat dilihat dalam bentuk peralatan kesenian, senjata, perkakas memasak, bentuk rumah dan sebagainya. Contoh-contoh bukan kebudayaan bukan kebendaan pula merangkumi kepercayaan, adat, tingkah laku dan seumpamanya (Prof. Madya Dr. Zaid Ahmad et all, 2009: 4).


Masyarakat Iranun sangat berpegang kepada adat yang diwarisi turun-menurun dari nenek moyang. Perlanggaran adat merupakan sesuatu perbuatan khianat dan sumbang kepada bangsa. Adat ini berdasarkan kedudukan individu dalam hirarki sistem kemasyarakatan Iranun. Contohnya masyarakat Iranun dari golongan bawahan seperti yang digelar oripen maka tidak boleh mengadakan upacara kematian seperti golongan Datu. Semasa kematian juga terdapat beberapa perkara yang menjadi kelaziman masyarakat Iranun namun demikian ia tidaklah sampai menyalahi ajaran Islam. Mengumumkan kematian dalam Iranun dibezakan berdasarkan darjat simati dalam hirarki masyarakat Iranun. Apabila orang yang meninggal tersebut terdiri daripada kalangan orang biasa maka ia diumumkan mengunakan pukulan taboh (beduk), apabila mendengar paluan taboh tersebut maka masyarakat faham berlakunya kematian orang biasa. Bagi kematian dikalangan yang berdarjat tinggi seperti Datu maka kematiannya diumumkan melalui paluan gong dan bebendir yang dipanggil baluh atau pembaluan. Seterusnya memandikan mayat, menurunkan mayat serta pengebumian mayat. Namun ada sesuatu perkara yang unik untuk dikongsi bersama iaitu tungguh sakuburan (menjaga kuburan) yang mana masyarakat Iranun tidak akan meninggalkan mayat yang baru dikebumikan begitu sahaja tetapi akan menjaga kuburan 24 jam sekurang-kurangnya selama tujuh hari. Namun demikian bagi golongan Datu, sekurang-kurangnya 21 hari atau paling lama 40 hari. Dalam masa tujuh hari kematian tersebut, setiap malam keluarga simati termasuk masyarakat kampung akan berkumpul di rumah tempat berlakunya kematian dan sepanjang tujuh malam berturut-turut akan diadakan bacaan tahlil dan pangadih sabangkai-bangkaian dan mereka juga akan berjaga setiap malam. Pada hari ketujuh atau pitu ah gawi, kenduri arwah akan diadakan serta pendulang, iaitu memberi sedekah kepada yang datang berbentuk makanan dalam bungkusan. Pada kesupuluh akan diadakan juga kenduri arwah dan seterusnya pada hari kedua puluh atau tengah ah paat puluh kenduri arwah akan dilakukan sekali lagi bersama bacaan tahlil. Seterusnya pada hari keempat puluh jenazah dikebumikan serta pada hari kelima pulah atau tengah ah gatusan kenduri arwah sekali dilakukan. Menjelang keseratus hari jenazah dikebumikan maka kenduri gatusan akan diadakan. Seterusnya pada ulang tahun kematian, kenduri untuk temegan akan diadakan.


Menyentuh soal pendidikan, suku kaum sangat mementingkan pendidikan anak-anak mereka, sama ada pendidikan sekular mahupun keagamaan. Peluang suku kaum Iranun untuk mendapat pendidikan sekular adalah amat terbatas khasnya pada zaman penjajah. Dalam pendidikan keagamaan pula, walaupun tidak dapat di ajar secara formal di sekolah, tetapi anak-anak Iranun mempelajari ilmu agama melalui guru-guru di amsjid-masjid atau rumah guru-guru agama. Semasa zaman penjajahan British, walaupun terdapat sekolah-sekolah yang disediakan untuk anak-anak bumiputera di Pulau Borneo namun peluang bagi anak-anak suku kaum Iranun untuk memasuki sekolah-sekolah ini amat terbatas, malah dikatakan tidak ada peluang langsung. Ini disebabkan pihak yang menyediakan sekolah ketika itu pihak-pihak mubaligh kristian, maka ibubapa suku kaum Iranun yang terkenal sebagai suku kaum yang kuat berpegang kepada agama Islam tidak mahu menghantar anaknya belajar di sekolah. Hanya setelah wujudnya sekolah vernakular Melayu barulah ada anak-anak Iranun yang berpegang memasuki sekolah formal. Namun kini suku kaum Iranun dalam aspek pendidikan adalah setanding dengan mana-mana suku kaum di Malaysia dan dewasa ramai di kalangan anak-anak Iranun yang memegang jawatan tinggi dalam kerajaan mahupun swasta.


Zaman Kesultanan Sulu merupakan zaman kegemilangan masyarakat Iranun. Pada zaman itu masyarakat Iranun mempunyai susun lapis masyarakat bersrata, yang membahagikan anggotanya kepada kelas-kelas tertentu. Sistem kelas dalam masyarakat Iranun didasarkan kepada keturunan dan pengaruh. Dalam susun lapis masyarakat Iranun, setiap anggota masyarakat mendapat perlindungan daripada golongan atasan. Dalam sistem hubungan perlindungan yang wujud dalam masyarakat Iranun, pihak berpengaruh akan memberi perlindungan manakala pihak yang dilindungi akan berkhidmat sumbangan kepada pihak yang melindunginya. Khidmat atau sumbangan yang dimaksudkan adalah berbentuk tenaga dan kebendaan. Dalam susunan strata jawatan dalam sistem pentadbiran tradisional masyarakat Iranun bermula dari Sultan kemudian Radia Moda, Datu, Panglima, Pendeta, Dumata, Sakup, Oripen dan Baniaga.

Dalam aspek bahasa pula, suku kaum Iranun mempunyai bahasa sendiri yang dikenali sebagai basa Iranun. Namun sesuatu yang menarik dalam basa Iranun ialah wujudnya perbezaan loghat di antara satu tempat dengan tempat yang lain. Misalnya loghat Kampung Tamau dan Kampung Penampang, terdapat sedikit perbezaan dalam sebutan dan istilah tertentu. Manakala dari aspek pantang larang pula, suku kaum Iranun sangat berpegang kepada pantang larang contohnya kanak-kanak dilarang bermain sembunyi-sembunyi pada waktu senja kerana dikhuatiri akan disembunyikan oleh syaitan.


Pakaian tradisional suku kaum Iranun pula, lelaki dan wanita menggayakan pakaian tradisional yang diperbuat daripada kain tenun atau kain Mogah. Baju perempuan seakan-akan baju kurung kedah manakala baju lelaki seakan-akan baju Melayu cekak musang. Lelaki memakai tubau atau tanjak manakala perempuan memakai sinisip di kepala, disamping memakai siambitan atau kain samping pada pakaiannya. Tarian dan nyanyian pula merupakan cabang budaya Iranun. Suatu ketika dahulu golongan muda-mudi suku kaum Iranun gemar dengan nyanyian berbentuk puisi seperti bayuk dan darangen. Manakala tarian seperti sumagayau, tinubau dan debak menjadi suatu kemestian dalam majlis-majlis keramaian seperti majlis perkahwinan.


Alat-alat muzik suku kaum Iranun dapat dibahagikan kepada alat paluan, alat tiupan dan alat bertali. Setiap set alat muzik dikategori dari sudut seni persembahan, maksudnya bagi set alat muzik sperti agong, gandang, kulintangan dan bebendir diketegorikan seni persembahan gholintangan atau bertitik dan alat muzik ini boleh dimainkan mengikut irama tertentu seperti irama timpalas dan andu-andu amareges. Manakala biola digunakan untuk seni persembahan yang dipanggil pamiola. Bagi seni persembahan pangalai ia memerlukan alat muzik seperti benbendir dan debak yang diperbuat daripada pokok bulu, namun seni persembahan ini mengandungi unsur-unsur mistik yang dikaitkan dengan ilmu perubatan tradisional.


Permainan tradisonal dibahagikan kepada dua kategori iaitu permainan laur dan permainan dalam. Permaianan luar merupakan permainan yang dimainkan di luar rumah iaitu di tanah lapang, di padang dan tepi pantai sama ada laut mahupun sungai. Contoh-contoh permainan luar ialah sepak manggis dan bedtid atau gasing.


Makanan merupakan salah satu jenis budaya bercorak kebendaan. Nasi merupakan makanan utama suku kaum Iranun seperti juga kaum-kaum lain di Malaysia. Namun apa yang menarik dalam jenis makanan Iranun ialah lauk-pauknya seperti siager yang diperbuat daripada ikan yu atau ikan pari. Selain itu piaren yang mana ramuannya terdiri daripada ikan dengan kepada parut dan banyak lagi jenis makanan tradisional suku kaum ini.

31 comments:

  1. assalamuwalaikum..sdr Renggit..

    saya suka posting sdr kali ini ,menceritakan tentang budaya suku Iranun. Sepatutnya para blogger bajau mengikut sikap sdr...mengetengahkan budaya bangsa.

    ReplyDelete
  2. Sdr Rengit,

    Saudara ini didalam soal menulis dan mengkritik sememangnya berbakat. Si Rengit hentam PISBA dan pemimpinannya. Si Rengit hentam TSP dan sebagainya.

    Tapi, nampak gaya Si Rengit ini mengamal prinsip 'cakap tak serupa bikin'.

    Saya nak tanya sikit, apakah sumbangan Si Rengit kepada suku mu Iranun selama ini?

    Dan kalau PISBA sudah mati tidak bernisan lagi, kenapa tidak wujudkan satu persatuan baru. Disitu Si Rengit boleh jadi Presiden dan dapat pamerkan kehandalan pula.

    Atau jangan-jangan, Si Rengit ini macam itu Persatuan MAGISA juga. Konon ahli-ahlinya semua terpelajar, profesional dan bijaksana, tetapi kita tak nampak dampak positifnya pada suku Iranun sehingga kini.

    Kot-kot, mereka ini macam Si Rengit juga, mahu jadi pemimpin "MELAPIS"?

    Sebelum Si rengit tanya, apa sumbangan saya pada suku saya Rumpun Bajao Semporna, sumbangan kami, Palahu memang amat ketara. Kejayaan Pesta Lepa-Lepa yang diadakan setiap tahun di Semporna adalah hasil dari usaha kami. Perahu lepa adalah perahu tradition kami.

    Sumbangan Si Rengit pada Iranun, apa ya? Membebel dan mengkritik sahaja tapi tiada sumbangan tenaga dan harta?

    Jangan marah ya Rengit, cuma ingin tanya bah?

    Salam persahabatan,

    SMA

    ReplyDelete
  3. salam..

    Saudara paling berani...terima kasih atas komen saudara...kembang lubang hidung Si Rengit...Apapun terima kasih atas ulasan dan kunjungan saudara...

    Sila berkunjung lagi...orang2 saudara ada juga yang hebat2...semoga suksess

    ReplyDelete
  4. salam...

    Saudara ku Somprot ndak sibuk juga kau ari ni ya...mana pukat2 mu...sudah bisa diatur ya....boleh main scuber sudah ka....

    ndak sekol juga saudara ku somprot ini tau...yang kau puji si rengit bagus dan mantap lagi tu...pasai apa...dah tu p tanya soal sumbangan apa ceta...ni aje lah sumbangan si rengit...ini ajelah kepakaran yang ada...baru aje belajar di giat mara..mau ambil sijil wiring...manalah tau bole bikin pemikiran saudara somprot ku...

    Kerja si rengit ini bagi kejut orang yang terlalu lama dibuai mimpi dengan cara menggigitnya...walaupun terkadang si rengit ndak sempat lari namun si rengit sentiasa bertanggungjawab....tak percaya...pernah dengar si rengit menghisap darah di hospital2 kerajaan ataupun swasta(tempat simpanan darah)...tak da kan....bertanggungjawab lah tu....masaman kalau habis si rengit isap itu darah...tetiba saudara somprot perlukan darah....ndak mati kojol saudara somprot....

    Lepa2 itu kan nama perahu sudah...nah apa kaitan sumbangan saudara pula...itu sumbangan rumpun saudara bukannya diri saudara..Shafie yang bekerja keras bah saudara...na ada sekola aku juga bah ini walaupun taun 3 saja...na boleh manulis lagi dan membasa pun boleh juga..terminum ubat batuk lebih ka??? ada bukti kah saudara terlibat dalam mempopularkan pesta lepa2 ini...ada gambar...ada surat...ada video...atau saudara ini pun masuk bakul angkat sendiri kot.......

    Na Si Rengit pun boleh cakap masa TSPA belajar di luar negara pun si Rengit ada berikan sumbangan....siap jual kerbau lagi tu....Semua orang boleh cakap kan....

    masam biasa si rengit ini menyumbang kepada perkara yang perlu sahaja.....takut pula nanti kalau menyumbang jadi tersumbang lah pula...Oh ya pembaikkan dan pembetulan...bukan MAGISA tuan tapi PAGISA...pendek kata...panjang akal...Marilah kita bersama2 munasabah diri...

    terima kasih atas sokongan dan pendapat saudara...sila berkunjung lagi...semoga saudara dapat banyak ikan...le lah jual k...


    p/s: Boleh kah saudara tolong si rengit tubuhkan satu persatuan untuk suku kami...bukan apa saudara kan hebat.. jadi sudi lah kiranya dapat membantu kami...jangan risau saudara pun dari rumpun kami juga...TSPA kata lah bukan si rengit...boleh lah ek...

    ReplyDelete
  5. Salam...sdra SMA, saya setuju dengan pandangan pagariku Si Rengit...TSP hanyu menyumbang kepada peribadi dan keluarganya...bukan kepada masyarakat Iranun, lihat saja sawah padi kami, perahu dayung kami tidak berganti puluhan tahun...budaya Iranun di mana? kononna pejuang bangsa..pejuang bangsa apakah begini? su kadtaru ah bangsa tilaka ah pakarajaan...

    ReplyDelete
  6. salam...

    ai na...mayau ambu pagari ku aya sakatau...na pun mani eh kiabulusan...mayau ah pakarajaan aya...

    Saudara pendikar kebenaran...tersalah pilih bah saudara Somprot ini...na kasadaran sudah si rengit juga bah ini...masam TSPA kasadaran juga...Na manulis si rengit pun begini na di komen lagi ...mARAJUK SI RENGIT TAU...

    Somprot sakap...sumbangan sukunya dan diri sendiri...kalau sukunya itu na percaya lah si rengit tapi kalau diri somprot ai na...ndak percaya sudah si rengit....tambirang banyak si somprot ini...kan...

    mengaku kerja orang lain saja dia ini....ndak apalah...kita kasi ya saja...marajuk si somprot na ndak makan ikan kita....

    terima kasih atas kunjungan saudara dan sila berkunjung lagi...tq

    ReplyDelete
  7. salam.ziarah...

    Saudara somprot ni....ndak tahu malu...tanya sumbangan orang tapi diri sendiri macamana? itu pengiktirafan pesta lepa2 shafie apdal yang bersusah payah...mungkin ada sedikit bantuan daripada rumpunnya...sedikit kerjasama...adalah amat mustahil saudara somprot pun ada terlibat...saya setuju dengan cadangan empunya blog ini...mana gambarnya...mana video atau surat bahawa saudara benar2 terlibat...cakap tak serupa bikin...

    saya ini terlibat dalam pembentangan kertas kerjanya untuk memohon pengiktirafaan ini ...saya kerja di kementerian kebudayaan di putrajaya...saya tau perjalanan ceritanya....mengaku saja...porahhhh...

    ReplyDelete
  8. salam...

    Oi na...jangan marah-marah bah saudara si badang...mau berbuka sudah kita ini bah...

    Terima kasih atas ulasan dan komen saudara...saya amat menghargainya...kasian saudara Somprot MA kita ini...dia kan mau tanya saja....sabar anak-anak ku...kembalilah kepada orang tua mu ini...menyusu lah...(Aik mcm pernah baca aje tapi di mana eka...)

    Sila berkunjung lagi...semoga suksess...tq

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum..wbt

    Saudara Si rengit...saya setuju dengan posting saudara selama ini...walaupun sakit tapi ada kebenaranya...susah golongan seperti kami ini memahami ideology saudara tetapi segala posting saudara sekalipun kadang2 mencarut lebih tapi seperti saya kata tadi terselit seribu satu kebenaran..Yang makan cili tu maka dialah yang akan terasa pedasnya...itu sebabnya ramai yang melenting...teruskan sahaja penulisan saudara itu...dalam negara pun perlu ada pembangkangnya...Saya sentiasa menyokong saudara...

    SELAMAT BERPUASA DAN MENYAMBUT AIDILFITRI..semoga hidup saudara diberkati...AMIN...

    ReplyDelete
  10. Sdr Rengit dan sdr2 lain yg buat komen,

    Benar lah apa yang kawan saya cerita pada saya. Kononnya Iranun berani-berani, tapi saya lihat di dalam alam siber main keroyok juga.

    Berani apa?

    Betul juga lah pesta lepa-lepa itu usaha Boss kami Datuk Sahfie, tapi walaupun beliau punya pelbagai 'kelemahan', kami orang Palahu tidak menyusahkan dan jauh pula mengaibkannya. Sebab kami tahu kalau bukan dia, pesta lepa-lepa tidak jadi semeriah macam tu.

    Saya perhatikan sdr2 saya Iranun, terutama sekali bloggers, rata-rata kuat melatah, mengomel dan mengkritik sahaja...Tapi tidak ada sumbangan pada bangsa.

    Saya orang Palahu, tetapi benar-benar simpati pada TSP. Pada mata saya dia lah satu-satunya pemimpin di Sabah yang berani dan tengok gayanya di kaca TV pun saya akui bahawa Iranun macam dia berani.

    TSP bukan sahaja pemimpin Iranun tetapi pemimpin rumpun bangsaku juga. Dan saya dengan ikhlas nyatakan bahawa dia dapat mengangkat martabat rumpun bangsanya dan rumpun bangsaku juga.

    Kalau TSP itu pemimpin Iranun sahaja, peduli ku apa, kenapalah dia mati di gigit si Rengit...gigitlah...

    Tapi, dia pempimpin bangsaku juga, itu sebab aku simpati padanya bukan kerana dia pernah tolong aku dan keluarga ku atau bangsa ku Palahu.

    Kalau TSP sudah tiada, beruntung Iranun melimpah rua agaknya?

    Tapi setahu saya, si Rengit lah yang dulu mati sebab tiada sudah TSP yang digigitnya..

    Blognya pun tiada orang kunjung sudah sebab dia tidak pandai tulis macam Kelapa Mawar.

    Si Rengit, jaga-jaga pegang itu wire-wire di Pusat Giat Mara. Nanti kena keran elektrik bahaya...ha..ha..ha..

    Jangan marah ya sdr ku Rengit. Aku belajar 'menggigit' daripada si Rengit bah ni. Jadi sabelum pandai menggigit orang besar macam TSP dan Sahfie, aku belajar gigit yang kecil-kecil dulu macam si Rengit.

    Salam,

    SMA

    SMA.

    ReplyDelete
  11. salam..rengit.. selamat hari raya maaf zhir batin..
    salam pada semu blogger iranun dan yang serumpun maaf zahir batin...

    .. saudara somprot memang saudara suka menyemprot..baguslah.berkenaan pesta lepa-lepa tu bukan semua kaum saudara suka ..kalau tidak pilcaya baca sabahkini...lepa-lepa bukan kebudayaan bajau laut katanya..saja shapie tu buat, untuk kepentingan politiknya..untuk lebih lanjut bacalah sabahkini jangan asyik atur pukat..tang TSP tiada dalam arena politik, tiada masalah selama ini, kami pegi eskol bukan TSP yang belanja,bapa saya minta peruntukan kerajaan pelahu dan pukat untuk sara kami beliau tidak bagi..no layan, masa tu beliau pegang jabatan perikanan sabah.saudala-saudala dia saja bagi. kami masih dapat pegi eskol juga. bapa saya kata, kita tidak akan mati kelaparan jikalau TSP tidak tolong kita..betul juga sbb kami semua sudah berjaya. satu sen pun duit TSP kami tidak makan kerana bapa saya kata biar kita mati kelaparan jangan meminta-minta duit TSP, demi maruah katanya.. pelahu dan pukat tu pun bukan duit TSP tapi kerajaan punya. jadi tiada TSP pun, kaum iranun tidak akan jadi pengemis.. ingat setiap yang hilang pasti berganti..mungkin lebih baik dpd TSP..ingatan !!!!kepada TSP..itupun kalau beliau tidak mudah lupa..kalau mengedarkan peruntukan kerajaan jangan terlalu percaya dengan orang-orang yang diamanahkan dikg rampayan laut tu..mereka semua tu penyangak..20 buah perahu diberikan oleh kerajaan 10 saja yang sampai kat orang kampung yang lain diorang punya..sbb TSP tidak perihatin dgn orang kampung..tukarlah JKK dan pemaju kampung tu..bukan boleh buat kerja..kampung bukan lagi kampung tapi "gulangan" sudah jadinya..tentang jalan yang lori pasir lanyak tu bila mahu ditar sampai orang tua-tua dikg rampayan laut sudah meninggal barulah mungkin ditar semula..dulu jalan tersebut sudah di tar semua gara-gara kepentingan orang tertentu rosak sebahagian jalan tersebut di kg kayu putih..adakah TSP perihatin dengan keadaan itu..beliau tidak apalah tidak rasa jalan gravel tersebut kerana naik ninja king setengah juta punya harga, yang kita naik kancil deritalah jawapanya..kalau boleh dengan komentar saya ini TSP terbuka sikit mindanya...dan saya rasa kalau beliau jawap pun inilah jawapanya..itu perkara kecil ada agenda yng lebih besar lagi yang saya buat..sabarlah anak-anak.. kami tidak boleh sabar sbb sudah lebih 30 tahun jalan kampung ini baru dapat ditar oleh kerajaan dan akhirnya dirosakkan oleh lori pasir..boleh kah kami bersabarrrr.akhir sekali terima kasih kepad kerajaan BN yang mengasapal jalan kampung kami..terimaksih juga kepada pemimpin BN yang tidak perihatin... salam perpaduan...

    ReplyDelete
  12. Salam semua.

    1. Mohon laluan sedikit.

    2. Berdasarkan penelitian saya, saya mendapati beberapa perkara seperti berikut:-
    i. Semua yang menghentam TSP mengatakan bahawa mereka tidak pernah mendapat pertolongan daripada TSP tetapi kini telah berjaya juga dan tiada masalah selama ini.

    ii. Ada yang mendakwa bahawa TSP tidak pernah membantu mereka sehingga perahu dayung pun tidak berganti sehingga berpuluh tahun.

    iii. TSP kononnya hanya berjuang untuk diri dan keluarganya dan tidak pernah berjuang membantu suku kaumnya.

    3. Persoalannya, kalau sudah memang selama ini ada yang tidak mendapat bantuan TSP pun tetap masih boleh berjaya dan tiada masalah, apa yang mau dikomplen lagi?. Lagipun, kan sekarang ini sudah berjaya?. Kalau dah TSP tidak buat, tidak apalah, Apalah salahnya jika yang telah berjaya ini membantu orang yang belum berjaya sepertimana yang diimpikannya suatu masa dahulu untuk TSP lakukan?. Kalau itulah masalahnya bahawa TSP tidak membantu menyekolahkan suku bangsanya, maka saya fikir orang lain selain orang yang menghentam ini juga tidak dapat bantuan dan telah berjaya.. Tapi, tidak pulak kedengaran mereka menghentam kerana tidak ditolong. Adakah kerana mereka ini tidak secelik mereka yang tahu berblog?. Saya tidak berani mengandaikannya kerana pada saya mereka mungkin mengambil langkah yang lebih bertamaddun yakni dengan memberikan cadangan bagaimana untuk mengatasi masalah yang dihadapi dan membantu melaksanakannya. Setakat "menyalak" ianya tidak akan membantu meningkatkan taraf hidup suku kita. Lagipun, sepertimana dituliskan oleh SMA kalau tidak silap saya, TSP semasa menjadi menteri telah melantik orang kanannya semua kalangan orang kita Irranun. Bukankah ini satu bentuk bantuan kepada suku?. Takkan tiap-tiap bulan TSP bagi duit gaji kepada setiap orang Irranun baru dikatakan membantu?.. Rasionallah sikit.


    4. Soal hanya berjuang untuk keluarga. Saya tidak nampak kebenaran tohmahan ini kerana saya tahu ada juga orang irranun lain yang bukan saudara TSP pernah ditolong untuk dapat kontrak dan sebagainya. Masalahnya, semua pun bila sudah dapat tidak membantu orang Irranun sendiri.

    5. Pasal perahu dayung tidak berganti sehingga puluhan tahun, ini agak klasik bagi saya. Masalahnya, orang kita ni terlalu mengharapkan agar semua perkara/masalah diselesaikan oleh wakil rakyat atau pemimpin. Walaupun, saya tahu TSP pernah menjadi Menteri Perikanan negeri, tapi saya tidak pernah dengar pulak ada peruntukan untuk menggantikan perahu dayung kepada rakyat?.. mungkin saya ketinggalan kot.

    6. Apa-apapun, sama-samalah kita mencermin diri sendiri. Jangan terlalu seronok menghentam orang lain sedangkan kita sendiri pun tidak membawa kebaikan malah lebih teruk lagi.

    ReplyDelete
  13. Salam...Mohon Izin...Belum Pendekar, masam mana kita ba mengahargai TSP kalau dia tiada sumbangan. Saya terfikir alangkah baik jika YB Hajiji atau Chong Kah Kiat itu adalah TSP, lihat lah bagaimana pesatnya pembangunan di Tuaran.

    TSP memang betul membantu kaum Iranun tetapi hanya kaum kerabatnya dan orang2 tertentu seperti sdra Masbuk (iparnya), Abd Maur, Panayaman, Saimon, Mukaris, Jefri Omar, Juara, Adey dan beberapa org lagi...ini saja yang selalu dapat projek sejak dari dulu hingga sekarang...

    Di Tawadakan siapa yang dia bantu? cuba cakap? Pasal bot...kenapa HJ Musbah boleh bantu nelayan Iranun, beliau bagi bot...TSP ada bagi bot tetapi di rampayan saja kepada mereka yang bukan nelayan, bot hanya dijadikan perhiasan bawah rumah....

    Kami bukan pemimpin macam mana kami bantu suku kaum Iranun, TSP yang perlu ke depan jadi teladan...

    HJ Musbah, datang kepada kami bawa tu jelapang padi...pendidikan beliau walaupun PJJ tapi boleh buat pembangunan...pemimpin begini harus disokong...

    TSP menteri melantik orang kanannya Iranun memang betul tetapi orang rampayan saja, termasuk razak dan musram....orang Tawadakan siapa yang dia lantik?

    ReplyDelete
  14. assalamualaikum maga pagari pagala saginawa....
    perantau irranun mohon izin tumpang lalu.

    tiap perjuuagan yg bukan berlandaskan islam,wajib ke atas kita utk memeranginya..islam yg d bawa oleh junjugan kita nabi mohammad s.a.w sudah lengkap,,tiada perjuagan yg betul sudah selain memperjugankan bnda ini,,menghalang perjuagan mahupun kuar dr landasan perjungan,,bermakna mencabar kerajaan Allah.ini saja wat kita semua tidak berpecah..oleh itu bersama2 lah kita memperjuagankan sistem khalifan yg d hancurkan satu masa dulu oleh mustafa kamal laknatuullah dalang kafir..

    sebagai contoh,,jika kita ungkapkan kesemua jenis bangsa d dunia nie,,contoh irranun,bajau,pelahu,cina,arab,india dan bermacam2 lagi lah, bukan kan panjang ceritanya..tapi jika kita ungkap ISLAM..haa selesai dgn mudah atas 5 huruf bersesuaian dgn rukun islam itu ada 5..

    apa pun permasalahn yg ada tidak akan selesai,,melainkan diselesaikan dengan acuan ISLAM,, islam satu agama yg syumul..
    semua boleh bersatu d dalamnya baik islam mahupun non muslim..
    'muafakat membawa berkat'

    wasslam

    ReplyDelete
  15. Salam Ramadhan...
    Berita Terhangit...bukan rahsia lagi...TSP mahu menjadikan anaknya pelapis kepimpinan Iranun...kalau ini yang betul2 dilakukan olehnya saya dengan ini sukarela akan mengadakan kempen besar-besaran mencantas anaknya secara terang-terangan...harap tuan2/puan2 menyedarinya dan bangkit

    ReplyDelete
  16. Salam...
    dikalangan suku kaum Iranun di Kota Belud...ada 2 orang saja yang hebat kerana memiliki ilmu ini yang mana orang lain tiada mengetahuinya...mereka ialah TSP dan seorang kakitangan PD...ilmu ini bukanlah ilmu kebal mahupun ilmu pukau melainkan ilmu GHAGAGAUAN (menangis).........airmataku senjata ku.......na caritaaan aken den rekanu langun dapai man saken kendiri dih ku ghatidau, ka manaya aa katidau aken run penghaghagauan aken run...

    ReplyDelete
  17. sagit ta bu amai a baragir,kagagauan aku ambo..dapai amanaya den karata yan, kau undi ta ban se kayan sebab se kayan iranun..ogaid kun ddik se kayan barubah undien tanu ban dapai antuna..asalkan yang bertanding itu berjanji mahu membela suku iranun.

    ReplyDelete
  18. Saudara Tawadakan,

    1. Kadangkala kita perlu melihat semua benda walaupun yang kita cuba untuk tidak melihatnya kerana faktor-faktor tertentu. Saya tidak tahu samada saudara benar-benar ikhlas dengan komen saudara ke atas TSP kerana saya nampak saudara tidak puas hati kerana masalah yang tidak "valid" sebenarnya.

    2. Kalau saudara kata TSP hanya tolong beberapa orang yang saudara namakan dalam komen saudara, yang kononnya semua berasal dari Rampayan.. benarkah?.. Setahu saya, tidak semua mereka ini berasal dari kampung Rampayan.. Namun, perkara yang lebih penting ialah, kalaupun mereka dapat projek dan sebagainya saya fikir kerana mereka berusaha untuk mencari dan mendapatkannya. Mcm mana dengan saudara?.. saudara juga boleh dapat projek kalau saudara berusaha. Takkan tunggu pemimpin menghantar projek tersebut ke rumah saudara.

    3. Soal tiada orang kampung saudara yang di tolong oleh TSP untuk diberi jawatan, saya fikir saudara berfikiran sangat sempit. Kalau kita mengaku bahawa kita ini satu bangsa, satu suku, mengapa perlu orang kampung saudara yang dilantik baru saudara fikir saudara diperdulikan?.. Kalau semua orang kita bersikap dan berperangai seperti saudara, maka siapapun tidak boleh dilantik dari kalangan orang irranun kerana kita saling mencemburui antara satu dengan lain.

    4. Saudara, bila saudara mengatakan bahawa "macammana saudara boleh menolong suku irranun kerana saudara bukan pemimpin".. saya merasa sangat-sangat hairan. Saya tidak sangka saudara punya pemikiran yang sekecil itu. Saya telah katakan banyak kali bahawa, kita tidak perlu jadi "pemimpin" untuk membantu orang sendiri. Dan, jangan pula fikir bahawa bila saudara jadi pemimpin maka semua pertolongan yang diperlukan oleh orang-orang saudara akan dapat saudara penuhi. peranan sebagai pemimpin bukan tiket yang "membolehkan" saudara melakukan semua itu. Ingatlah saudara, pemimpin juga mempunyai keupayaan yang terbatas.

    5. Datuk Musbah boleh bagi bot, TSP tidak.. Ini persoalan yang subjektif. Saya ingin tahu berapa banyak bot telah beliau agihkan?.. adakah semua orang irranun dapat?.. atau kampung saudara saja yang dapat kerana beliau mengharapkan sokongan saudara dalam pemilihan yang lepas?. Kalau tak semua orang irranun dapat, maka ini juga tidak adil bukan?.. mungkin saudara saudara dia mcm saudara kata TSP hanya bantu saudara dia spt Adey, Jeffri dsb.

    6. Datuk Musbah bawa Jelapang Padi ke kawasan Tampasuk?.. hahaha kalau inilah pemikiran saudara, maka amat malang sekali kerana saudara tidak memberikan "kredit" kepada orang yang sebenarnya. Untuk makluman saudara, Jelapang Padi tersebut bukan DM yang bawa... Sila bawa penjelasan SMA mengenai perkara ini kerana saya tidak perlu mengulanginya. Lagi pula, apa status pelaksanaan Jelapang Padi yang saudara bangga-banggakan tersebut sekarang?.. sudah berapa lama ia diumumkan?..

    7. Saudara membandingkan Datuk Hajiji dengan CKK.. sebenarnya, saya tidak nampak apa pembangunan yang lebih di Tuaran atau Kudat walaupun Datuk Hajiji telah menjadi Menteri sejak sekian lama sehingga kini berbanding TSP yang hanya jadi menteri dalam tempoh yang singkat. Begitu juga dengan CKK, beliau pernah jadi Ketua Menteri tetapi TSP?.. Dan, kalau pun ada, saya fikir ia mudah dilakukan kerana orang-orang Tuaran dan Kudat semua bersatu hati, tidak seperti kita yang saling tikam-menikam dari belakang. Saling irihati dan saling menjatuhkan.

    8. Amat malang, kita ada pemimpin yang baik dan berkualiti tetapi orang-orang kita tidak pernah "menghargai" dan bersyukur. Apalah nasib kaum ku kelak.

    ReplyDelete
  19. salam buat belum pendekar..

    kamu ni penyibuk pertahankan tsp..mungkin kamu uripen dia kah..sbb kami tentang beliau bukan kerana beliau jahat..tetapi sikap beliau yang tidak ambil peduli pada suku orang iranun dari segi pendemokrasian ekonomi dan politik orang iranun..semenjak beliau bergiat dalam politik pada 1982 lama tu belum pendekar!!!!mungkin kerana beliau bukan orang kota belud kerana ada sumber mengatakan beliau daripada kota marudu dalam wikipedia..sila layari..http://ms.wikipedia.org/wiki/pandikar_amin_mulia

    ReplyDelete
  20. Salam istimewa khas utk Belum Pendekar....sdra kena pergi bertapa dulu maka selepas itu saya fikir otak sdra akan menjadi cerdas, na kemudian barulah sdra boleh buat komen yang munasabah...Hajiji baru saja menjadi menteri dulu dia pembantu menteri saja tetapi TSP sudah menjadi menteri berkurun lama dalam pelbagai kementerian hingga menjadi menteri di JPM...jadi sdra fikir2kanlah.....

    Wakil rakyat tugasnya menyelsaikan masalah rakyat bukannya masalah keluarga saja...sebab wakil suaranya lebih didengari oleh kerajaan berbanding orang kampung seperti saya...HJ Musbah walaupun pembantu menteri tapi boleh juga selsaikan masalah rakyat...TSP dulu pernah berjanji akan membantu pesawah padi di Tawadakan sampaikan sekarang saya masih ingat janji tinggal janji, masa tu dia menteri perikanan dan pertanian sabah....dia tiada kuasakah masa itu?????

    Kami suku kaum Iranun sememangnya kebanyakan terdiri drp nelayan dan petani...kami sangat gembira ketika itu apabila TSP jadi menteri yg bertepatan dengan kerjaya kami....akan tetapi kegembiraan kami telah dibalas dengan airmata....

    Kalau TSP ada bukti bahawa dia memberikan sumbangan pembangunan kepada suku kaum Iranun keselurahannya, maka sayalah orang pertama yang mempertahankan TSP, andai semua penyokongnya berpaling tadah, maka saya tetap menyokongnya walaupun saya seorang di KB...itu kalau benar dia ada sumbangan...

    Kualiti apa??? Macam pokok mangga di depan rumah saya yang puluhan tahun tidak berbuah...akhirnya saya tebang??? apa guna disimpan, kalau daunnya saja merimbun tetapi buahnya tiada...

    Belum Pendekar...belajar dulu ilmu kependekaran barulah jadi warga yang berguna....Terima kasih

    ReplyDelete
  21. salam...

    Buat kawan dan rakan blog serta pengunjung laman Si Rengit...

    Nampaknya kawan dan rakan berkenduri sakan di blog si rengit tau...apapun saya sebenarnya amat berterima kasih kawan dan rakan sebab membuat ulasan dan komen serta memberikan pandangan demi kelangsungan perjuangan sukubangsa kita....

    syabas saudara2 sekalian....sekalipun wujud perbedaan pendapat namun itulah perencah perjuangan sebenar...terima kasih pagari....Pendapat serta pandangan saudara sekalian amat saya hargai...maaf kerana saya kesuntukkan masa untuk membalas setiap komen dan ulasan kawan dan rakan sekalian....semoga kita di berkati Allah...Amin...

    Sila berkunjung lagi...Insyallah Si Rengit tetap akan mengganas......sasssh....tunggu..! SALAM AIDILFITRI UNTUK SEMUA...

    ReplyDelete
  22. satu cadangan dari saya, kita harus memulakan kelas bahasa irranun terutama kepada anak bangsa kita yang bakal mewarisi generasi irranun akan datang. bahasa jiwa bangsa.

    ReplyDelete
  23. untuk makluman saudara-saudaraku cadangan membawa jelapang padi telah dibuat pada 1994 lagi. saya ada bukti dan ada dokumen cadangan tersebut tetapi tidak dapat dilaksanakan keranaprojek tersebut direbut oleh ramai pemimpin termasuk haji musbah. sebenarnya TSP tidak boleh dibandingkan dengan hajiji n ckk. TSP pemimpin masyarakat irranun yang merupakan antara kaum majoriti di sabah. berbanding dengan hajiji dan ckk merupakan pemimpin masyarakat yang boleh dikatakan majoriti. kalau kita lihat di sektor awam dan dari segi pembangunan pemikiran TSP sebenarnya mengangkat martabat irranun kerana berjaya menunjukkan masyarakat irranun yang sedikit boleh menguasai pelbagai agensi awam dinegeri ini. layakkah mereka ini jika tidak berpelajaran? disini kita dapat lihat tsp berjaya membimbing irranun kearah pemikiran kelas pertama dan hajiji sebenarnya berjaya mendisiplinkan orang-orang tuaran berbanding orang kb, dan kejayaan terbesar ckk ialah memberi hak penswastaan kuipan parking DBKK kepada adik dan anak saudaranya selain memecah belahkan kaum cina.

    ReplyDelete
  24. ralat, kaum irranun bukan majoriti tetapi minoriti. di baris ketiga posting saya. harap maaf.

    ReplyDelete
  25. salam...

    terima kasih untuk ulasan semua rakan dan kawan bloger...teruskan komen kawan dan rakan untuk terus menjadi santapan minda kita bersama....

    ReplyDelete
  26. Salam Saudara Mambangtiora dan Tawadakan,

    1. Pertama saya mohon laluan untuk memberi respon kepada saudara mambangtiora.
    i. Kalau saya saudara lebelkan sebagai sibuk mempertahankan TSP sebagai URIPEN TSP... maka saya ingin bertanya apa pula istilah untuk saudara yang sentiasa menghentam TSP?.. Kalau saudara rasa saudara ada hak untuk menghentam orang yang saudara tidak suka, maka saya juga ada hak untuk sokong orang yang saya fikir pemikirannya selari dengan idealogi saya.

    ii. Saudara kata TSP tidak ambil peduli tentang pendemokrasian ekonomi dan politik orang Irranun.. Betul ke?... Setahu saya ramai orang Irranun yang telah disokong oleh TSP untuk naik pangkat dan sebagainya. Bukankah ini satu bentuk bantuan meninmgkatkan martabat dan ekonomi orang Irranun? Soal politik, saya fikir orang seperti saudara ada masalah kerana saudara tidak melihat apa yang "dilihat" oleh TSP. Bak kata TSP "SERAMAI-RAMAI BANGSA YANG SEDIKIT, LEBIH RAMAI BANGSA YANG RAMAI" Jadi nilailah sendiri...

    2. Kedua, saya ingin respon kepada saudara Tawadakan.
    i. Walaupun saya Belum Pendekar, saya fikir saya tidak perlu bertapa untuk mempunyai otak yang cerdas sepertimana saranan saudara. Yang jelas, isu yang saya timbulkan berdasarkan komen saudara tidak saudara jawab. Saudara kata Hajiji baru jadi menteri sedangkan TSP sudah lama jadi menteri... soalnya, ingatkah saudara berapa lama TSP menjadi menteri di satu-satu kementerian?.. seingat saya lebih kurang antara 1 hingga 2 tahun sahaja. Bahkan menteri di JPM pun hanya sekejap. Dengan tempoh sedemikian, kalau saudara lah yang jadi menteri.. apa yang saudara boleh buat?.. Saudara ingat kalau jadi menteri masuk-masuk kementerian saja terus boleh buat itu dan ini?.. Nah, barangkali saudara yang perlu bertapa supaya saudara tahu bagaimana prosedur kerajaan berjalan. Memang saya Belum Pendekar tapi, Belum Pendekar ini bukan "kosong" saudara...

    .. bersambung/-

    ReplyDelete
  27. sambungan...

    ii. Oleh kerana tiada bukti yang saudara lihat bahawa TSP memberikan sumbangan pembangunan kepada suku Irranun maka saudara tidak mahu menyokong TSP. Saya fikir, kalau saudara mengambil keputusan untuk tidak menyokong maka itu adalah hak saudara. Walau bagaimanapun setakat sekarang ini ramai yang menyokong TSP dan ini membuktikan bahawa beliau diterima sebagai pemimpin yang ada sumbangannya. Cuma, soalnya samada kita "mahu melihat atau tidak".. Kalau kita memang sengaja tidak mahu melihat saudara, biar besar gajah sekalipun didepan mata kita, kita tidak akan nampak. Tapi, kalau memang kita mahu melihat, sekecil kuman pun biar diletak diseberang lautan, kita tetap akan nampak juga.

    iii. Saudara persoalkan mengenai kualiti TSP. Saya mau tahu, apa sebenarnya ukuran kualiti seorang pemimpin pada saudara?. Saudara kata saudara menebang mangga saudara di halaman rumah kerana walaupun daunnya merimbun ianya tidak berbuah selama puluhan tahun. Saya puji perumpamaan saudara.. sungguh baik sekali.. cuma, apa yang saudara harapkan dari mangga saudara berbeza dari saya. Pada saya, kalau saya ada mangga di halaman rumah seperti saudara, saya tidak akan tebang malah saya baja kerana apa yang penting daun mangga yang merimbun itu boleh meneduhkan halaman dan saya serta ahli keluarga dari terik panas matahari. Saya tidak mengharapkan buah mangga tersebut kerana teduh yang diberikan oleh daunnya yang merimbun lebih berharga supaya saya dan keluarga boleh berlindung dari panas matahari. Dan, adakah dengan menebang pokok mangga tersebut maka saudara akan mendapat buah mangga yang saudara idam-idamkan?.. Jangankan buah, daunpun saudara tak kan ada..

    iv. Akhir sekali, saya selama-lamanya walau sedalam mana ilmu saya sekalipun tetap Belum Pendekar. Tapi, dengan pemikiran saudara yang menebang pokok mangga hanya kerana mangga tersebut tidak berbuah, siapa yang perlu belajar ilmu kependekaran untuk jadi warga yang berguna sebenarnya?.. Saya atau saudara?.. sama-samalah kita nilai diri kita sendiri kerana hanya kita yang tahu setakat mana ilmu pengetahuan kita.

    Cuma, bak kata orang tua-tua saudara "Sekilas ikan di air, sudah tahu jantan betina"

    ReplyDelete
  28. salam...

    terima kasih sekali lagi atas kunjungan dan pendapat saudara semua...sila berkunjung lagi...tq

    ReplyDelete
  29. ala mak cam berperang sesama sendiri ja...ba bagus kita berfikir memajukan suku kita...

    ReplyDelete
  30. Assalamualaikum...

    manga pagari..., brsatulah kita... memajukan bangsa kita... memang kita bukan YB, apa lagi menteri.. bukan jadi YB atau menteri baru kita boleh berjaya.. semua orang yang berjaya itu bermula dari bawah.. dari sifar.. yang penting usaha.

    usah mengharapkan bantuan dari orang lain.. berusahalah sendiri.. mandiri..

    kejayaan itu lebih manis jika ia datang dari hasil titik peluh sendiri.

    Allah takkan mengubah nasib kita, jika kita hanya pandai cakap saja... cakap besar saja tapi hasil sifar.

    mulakan dari diri sendiri dan keluarga sendiri.

    in shaa Allah, pasti boleh.

    realitinya, ramai anak2 Irranun yang sudah berjaya dalam bidang pendidikan. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  31. Uiinaa... npa sua ni mcm ni.. bising2.
    Untk pengetahuan semua. . Bukan suku iranun ja yg ada budaya kematian mcm tu. Bajau.. suluk pun mcam tu jugak.. sama sekali.. xda beza.. kita bersaudara paling dekat.. ;)

    ReplyDelete

Penafian:
Penulis blog mapaittantu tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana melayari atau menggunakan maklumat dalam blog ini.