Tuesday, September 8, 2009

IRANUN: BERCAHAYA KAH IRANUN KINI....


Ramai kawan dan rakan menghantar pesanan ringkas atau sms kepada saya....Ada yang bertanya "Adakah Iranun kini benar-benar dikemudi oleh nakhoda yang sama sehingga dipanggil malaikat iZrail...? Benarkah bahawa TSPA benar-benar insaf....? Untuk keberapa kalinya kita memberi kemaafan...? Yang paling penting apa jaminan TSPA akan memperbaiki segala kesilapannya yang lepas...? Pelbagai lagi persoalan yang kawan dan rakan saya lontarkan melalui sms mereka...

Segala persoalan ini sebenarnya bukan sahaja saya malahan kawan dan rakan bloger pun sudah terfikir...Namun ramai yang berpendapat kita kena sentiasa memberikan ruang kemaafan....DAN...ramai juga yang menyatakan cukup lah selama ini kita memberikan kemaafan atas segala kesalahan dan mungkin juga kesilapan yang TSPA lakukan....Pada mereka bukan mudah melihat sukubangsa Kita hidup seperti sekarang...Saya teringat ketika bertemu dengan salah seorang anak suku dari kaum kita...ketika ini sedang memegang jawatan tertinggi dalam satu organisasi badan kerajaan...Satu ketika katanya...saya amat terkejut apabila seorang kawan memberitahu kepada saya bahawa hanya beberapa buah keluarga dari suku kaum Iranun yang mendapat bantuan PPRT daripada kerajaan...Malahan jumlahnya tidak sampai berapa peratus...kalau tak silap kawan tu kata dalam bawah 10% sahaja masyarakat iranun yang berdaftar sebagai orang miskin... Yang berdaftar dalam E-KASIH tak ramai...Bila saya selidiki...masalah ini berlaku disebabkan oleh sikap pemimpin kita yang sambil lewa...malahan banyak sumber pendapatan masyarakat kita ketika masa dahulu terpaksa ditutup setelah diambil alih oleh TSPA...

Tidak perlu lah rasanya saya sebut satu persatu sebab saya percaya kawan dan rakan pun mengetahuinya..

Berbalik kepada persoalan yang dilontarkan oleh kawan dan rakan tadi....Dalam Islam mengajar kita agar sentiasa bersabar dan sentiasa taat kepada pemimpin selagi tidak melanggar lunas-lunas Islam...Saya ingin sekali mengajak saudara semua berfikir....Berdiri atas air mata orang lain satu kezaliman ataupun bagaimana.....? Saya teringat akan sirah Nabi S.A.W....Ketika pulang dari perang kalau tak silap perang Badar....Ada satu Bani yang masih enggan menerima Islam iaitu Bani Mustaliq(Kalau tak salah)...Ketika Nabi sedang membahagi-bahagikan harta rampasan..tetiba Nabi mendapat maklumat bahawa Bani tersebut sedang bersiap2 untk menyerang Nabi dan umat Islam...Lalu Nabi memrintahkan agar umat Islam bersiap sedia untuk menghadapi serangan Bani tersebut...di pendekkan cerita....sebelum berperang seperti biasa Nabi akan menghantar utusan untuk meminta agar Bani tersebut menerima Islam...Namun...setelah peluang yang diberikan tidak diambil oleh Bani tersebut maka peperangan terpaksa diteruskan...Secara tersuratnya...Nabi tetap akan mempertahankan Islam dan kebenaran....tersiratnya...Pada Pendapat saya yang tak seberapa ini tetapi tetap mendapat restu....Kita digalakkan memberi peluang kepada musuh kita tidak kira dalam sukubangsa kita...Namun jika masih tidak sedar dan tidak terjaga dari lamunannya...kita boleh memerangi mereka....Cuma peperangan jenis apa..kita kena fikirkan sendiri....Yang hebat tenaganya....bertumbuklah kerjanya...yang bijak berkata-kata...debat lah pilihannya...Yang bijak pemikiranya...nasihat dan teguran baik punyalah kerjanya....Yang menganggap dirinya pemimpin maka...keegoaan dan kebongkakan lah hasilnya....

Apapun seperti biasa...Berubah dengan hati yang ikhlas...Berilah peluang kepada anak bangsa kita yang lain...Pendek kata....Buat lah persediaan untuk kepimpinan yang akan datang....Ramai yang kita nampak dan lihat....Selepas Bapa berkuasa...Anak pula yang mengikuti langkah si Bapa...Harap hasilnya lebih baik dan lebih peka daripada bapanya.....namun sekarang ini hanya tuhan yang tahu.....Ada peribahasa yang mengatakan bahawa...Cukuplah kita dipatuk oleh ular yang sama dan dalam lubang yang sama.....Seperti biasa janji dan kata-kata adalah hiasan lidah mereka...Malu dan sengsara bila mereka diberitahu akan kelemahan dan kesilapan serta kesalahan diri mereka.....Cukuplah...saya sudah sedar dan saya mahu berubah....tapi buat benda yang sama.....Ada yang menitis air matanya...Konon kecewa dan sedih.....Yang kita menangis sehingga sekarang macamana...?...ILMU GAGAU DAN KATALAU...fikirkan...


CORETAN IKHLAS DARI HATI SI RENGIT.....

12 comments:

  1. Sdr Rengit,

    Didalam politik, dimana-mana dunia sekali pun sememangnya ada sahaja pergeseran atau perbezaan pendapat dan pergeseran pendapat di antara pemimpin-pemimpin sebangsa tidak terkecuali dan sudah menjadi perkara biasa.

    Melayu di Malaysia berpecah-pecah. Kadazandusun di Sabah berpecah-pecah. Pairin dan adeknya Jeffrey Kitingan tidak sehaluan.

    Saya tidak hairan kalau Iranun yang begitu minoriti berpecah juga.

    Pendapat mu adalah perkara biasa. Teruskan apa saja rancangan mu dan orang lain juga akan meneruskan rancangannya.

    Apa yang janggal di mata kita tidak semestinya janggal dimata orang lain.

    Berapa ribukan kawan-kawan sdr yang telah mengSMSkan kepada sdr yang menyatakan perasaan yang sama? Dan berapa ribukah pula orang yang tidak mengSMS tetapi tidak punya perasaan yang sama dengar sdr?

    Kalau kita pandai buat propaganda, ingat!, ada juga orang lain yang lebih pandai buat propaganda.

    Jadi, Rengit berjaga-jaga lah!

    Timun memang suka bergeser dengan durian. Tetapi timun juga yang luka.

    Rengit memang suka menggigit tetapi apabila diketahui oleh sibadan yang kena gigit, rengit juga yang mati di pukul.

    Teruskan perjalanan mu.

    Semoga sdr suksess.

    SMA

    ReplyDelete
  2. Salam sdr renggit..

    Aiii ada juga sdr SMA di sini ah...bagus juga dia bagi peringatan..sebab kita ni kadang-kadang lupa dengan keselamatan diri. kalau terlalu asyik menggigit..ndak semana-mana kena pukul pula..nah mati si renggit..kau kena fikir juga tu renggit..

    ReplyDelete
  3. salam...

    Saudara SOmprot...tak kenal mak tak cinta...terima kasih atas peringatan saudara...orang yang sama...jadi kena cover diri sendiri....

    Setiap manusia punya hak...jangan asyik mengugut sahaja saudara....dunia sekarang bukannya sama seperti dahulu...kalau tak nak di tegur baik pergi berkawan dengan monyet didalam hutan...Timun dahulu tidak bersekolah tuan ...tak sama dengan timun sekarang...ada baju besi...thanks atas peringatan saudara...Si rengit ini kalau di selongkar sejarahnya siap hendak kena tembak lagi....bukan redsect tapi pistol silver...

    Apapun...ingatlah saudara...sehebat-hebat kita adalah lagi yang paling hebat...Allah itu satu saudara...Saya kenal dan tahu siapa saudara....Itulah saya katakan tak kenal maka tak cinta.....tq...sila berkunjung lagi....Bacalah sebagai santapan minda dan andai tidak berminat simpanlah ia sebagai bahan bacaan ketika punyai masa terluang...

    ReplyDelete
  4. salam...

    Saudara palingberani....apa ceta saudara macam cip more lah pula kejap berani kejap talau...tak padan dengan nama lah saudara...hehehe...(Berani kerana Benar...betul tak)

    Apapun terima kasih atas teguran dan peringatan saudara....sila datang lagi ....Insyallah, Allah sentiasa menolong hamba-hambanya...Selagi benar selagi itu Si Rengit akan menggigit....sekalipun mapaittantu....tq.

    ReplyDelete
  5. Salam sdr renggit dan sdr sekalian..

    Si renggit ni kalau dah menggigit boleh kena demam kapialu kita..sdr palingberani pun mula tukar nama kepada palingtakut..ha.ha. (jangan marah ye )

    ReplyDelete
  6. Rengit,

    Saya cuma menyatakan pada saudara fakta-fakta yang ada sebagai ingatan. Saya bukan mengugut sdr. Buat apa saya ugut sdr, sedangkan saya tidak ada apa-apa agenda di tempat sdr.

    Rumpun saya lebih besar dari rumpun sdr. Kalau DSSK tiada, kan DARD ada sebagai penggantinya dan ramai lagi.

    Tetapi di dalam rumpun sdr, selepas TSP siapa lagi yang boleh membela?

    Saya kesihan pada Iranun apabila terbaca, bertanding di dalam G7 pun tiada siapa yang menang. Kenapa siapa kian yang mengundi calon-calon yang menang itu, semua undi TSP dan kroninya?

    Nampak gaya, si Rengit ini kuat sangat menggigit tetapi baru kena 'tiup' sikit sudah pula terasa dan menuduh yang bukan-bukan.

    Kan saya sudah katakan dari awal bahawa, bukan Iranun saja yang berhak atas kepimpinan DSSK dan TSP. Kami dari luar yang serumpun bangsa dengan mereka berdua berhak atas kepimpin mereka.

    Kalau Rengit 'berhak' memburuk-buruk kan mereka, orang lain juga 'berhak' untuk memuji mereka.

    Pada akhirnya, biarlah mojoriti yang menentukan nasib mereka. Bukan seorang dua bloggers termasuk si Rengit yang menentukannnya.

    Bagaimana agaknya rasanya kalau beribu-rubu bloggers diseluruh negeri Sabah yang menjadi penyokong mereka di dalam USBO berblog juga dan 'menghentam' pendapat mu.

    Baru saya seorang pun yang mengetengahkan pendapat 'ditengah' dan tidak memihak sesiapa, si Rengit sudah terasa.

    Saya tahu bahawa timun sekarang sudah ada sekolah. Tetapi tahu kah juga Rengit bahawa Durian sekarang ini bukan macam dulu lagi. Atas dayaupaya teknologi baru, durian sudah dapat dibentuk kepada pelbagai jenis dan perasa dan lebih manis, sedap dan menarik dari durian dulu.

    Gentelman lah sikit Rengit, kalau suka menggigit, terimalah jika sesekali 'ditiup'.

    Selamat berjuang dan teruslah menggigit dengan sesuka hati mu. Rengit memang Rengit juga. Kalau tak menggigit apalah jadi sama Rengit! Badan rengit terlampau kecil untuk 'dilihat/nampak' dengan mata kecuali apabila menggigit.

    MAKA, MENGGIGITLAH!

    Dan saya pun akan meneruskan kerja-kerja saya MENYEMPROT makhluk perosak.

    Salam Persahabatan dari saya.

    SMA

    ReplyDelete
  7. salam...

    Terima kasih ats kunjungan dan komen saudari KM...sila berkunjung lagi...tq...moga sukses...

    ReplyDelete
  8. Saya sokong pendapat si rengit...satu pendedahan berani.cepat dan betul..saya tidak sokong somprot mesra alam sebab beliau terlibat dalam parti politik dan ada kepentingan tulah suka somprot orang yang independent..biasalah takut periuk nasi pecah..komen sirengit sebenarnya membina dan realiti..sya sbgai orang iranun nampak semua yang rengitk utarakan betul .tidak salah kita menyanggah sesuatu yang salah dan membiarkan perkara salah di tutup rapat-rapat..akhirnya tahi yang disembunyikan terhidu juga,,memang betul kata somprot..mereka hak sebab mereka mendapat apa yang dimahukan tapi kami tidak kesian masyarakat iranun.. PISBA pun sudah tiada dalam ROS... jadi rengit daftarkanlag persatuan iranun baru...TIMU( Team Iranun Malaysia United)

    ReplyDelete
  9. Salam,
    sdra si renggit...jgn takut, saya ada backup sdra...SMA ini suka betul campurtangan hal org lain...kalau sdra SMA mau jadi durian...senanglah saya tidak pergi jauh2 kerana sdra boleh menjadi santapan saya.....santapan berbuka puasa

    ReplyDelete
  10. salam....


    Somprot ku...beginilah saudara...setiap manusia punyai hak dan upaya berfikir yang waras...Ikhlas saya kata...seperti yang tertera dan tertulis bahawa saya sangat menghargai nasihat dan pandangan saudara...

    Cuma berlaku perselisihan pendapat antara kita soal kepimpinan...Saudara bercakap dan melalak soal kepimpinan global yakni nasional...tetapi Si Rengit bercakap hanya pada sukunya...bukan tidak mahu berfikir dan melihat kehadapan seperti saudara....tetapi TSPA adalah dari rumpun dan waged sukubangsa kami....Kalau bangsa kami sendiri beliau tidak dapat bangunkan dan seterusnya menyedia dan memperlengkapkan pelapis pemimpin...bagaimana hendak memimpin peringkat nasional....Kalau saudara bangga TSPA dan DSSK jadi pemimpin nasional....percayalah saudara pasti tidak akan mengaku dan apatah lagi merasa berbangga apabila mereka ini melakukan kesilapan dan kesalahan seperti yang telah kami alami dan tiambah mereka ini bukan dari rumpun saudara..

    Seperti saudara yang "KURENG" bersetuju dengan kepimpinan MA...sebab dia bukan rumpun saudara....MA hentam TSPA dan DSSK lah....MA hantar DARD lah untuk bunuh politik DSSK lah.....

    Kami yang melihat dan merasa kepimpinan TSPA dan DSSK di peringkat bawahan ini malu untuk berkongsi dengan rumpun lain....Malu kami saudara....dikatakan kepimpinan Suku kami ibarat melepaskan batuk ditangga....na...kalau sudara mengaku ada hak memuja dan memuji mereka...silakan....Si Rengit tiada masalah...Itulah sikap Si Rengit....kalau saudara pandai meniup....Si Rengit pun pandai puh lias juga...Bukan marah atau tersindir saudara...Si Rengit bercakap benar sekalipun ia mapaittantu...

    Persoalannya sekarang....Saudara punya hak dan pendapat...sila kemukakan..dan kita akan cuba selaminya...apabila ada kebaikkan na...kita terima juga bah...kalau durian punyai pelbagai perisa...timun boleh dibuat ubat saudara...Biasalah dalam dunia blog...kadang2 kita ingat kawan dan rakan setuju...marah....tidak setuju...atas pagar...semua itu adalah perisa dunia blog....

    apapun thnks atas komen dan ulasan saudara...si rengit amat menghargai pendapat dan idea saudara....sila berkunjung lagi....ndak bah aku marah ini...biasa sudah kami ditiup dan meniup juga....semoga saudara sukses..tq

    ReplyDelete
  11. salam..

    Saudara mambangtiora...terima kasih atas kunjungan dan ulasan saudara...

    Aik...rupanya saudara somprot orang politik ek...hebat lah saudara mambangtiora ni...nama pun dah mambang..pasti hebat...patutlah macam nak rak dunia ni membuat ulasan dan komen dalam blog kawan dan rakan kita...Kalau betul dan benar...jagalah periuk nasi saudara somprot...kami ini biasa sudah makan upas...saging....ubud...karuk....

    terima kasih...ulasan saudara amat saya hargai...sila berkunjung lagi...tq

    ReplyDelete
  12. salam...

    Terima kasih saudara DAAB...saya amat menghargai ulasan saudara...

    Na pedtaruh ku den....ayau u pakaperangit ta Si Amai A Baragir..Nyalai u anan...eh pembuka yan si Somprot...Mayau aya...Amana pun sekayan na tumid dau..kena pitu timan eh palih....

    terima kasih saudara...teruskan membuat ulasan dan komen untuk tatapan dan santapan minda kita semua...Sila berkunjung lagi...tq

    ReplyDelete

Penafian:
Penulis blog mapaittantu tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana melayari atau menggunakan maklumat dalam blog ini.