Tuesday, July 14, 2009

IRANUN: PISBA ASPIRASI MASYARAKAT...


ASPIRASI MASYARAKAT IRANUN KINI.


Menyedari hakikat semakin lama semakin banyak aspek kebudayaan Iranun yang hilang daripada masyarakatnya, maka beberapa orang tokoh Iranun telah bermuafakat pada tahun 1977 untuk mencari satu penyelesaian bagaimana menyelamatkan identiti Iranun yang semakin hilang itu. hasil perbincangan demi perbincangan, kata sepakat telah tercapai untuk menubuhkan sebuah persatuan Iranun yang dikenali dengan nama Persatuan Bumiputera Iranun Sabah atau ringkasnya PISBA.

Selain tidak mahu ketinggalan oleh kaum-kaum lain, langkah penubuhan PISBA ini juga bertujuaan mengembalikan imej dan identiti Iranun yang semakin tercemar; menghidupkan semua ciri-ciri kebudayaan Iranun yang semakin dilupakan; menerapkan nilai kesedaran dan semangat ingin bersaing dengan kaum-kaum lain di kalangan masyarakat iranun; menyatukan masyarakat Iranun dalam satu organisasi yang lebih sistematik agar dapat mengabungkan idea-idea yang bernas demi kebaikkan Iranun. yang penting ialah PISBA sebagai saluran dan suara Iranun untuk menyampaikan atau menerima maklumat daripada pihak lain sama ada kerajaan, badan-badan kerajaan atau persatuan-persatuan suku lain.

Demi mencapai matlamat-matlamat yang digariskan ini, pada tahun 1984, rombakan kepimpinan dilakukan. PISBA telah mengiatkan beberapa aktivitnya mengikut kemampuanya. Beberapa unit diwujudkan dalam PISBA. Sebagai menangkis tanggapan negatif terhadap sejarah Iranun, melalui unit penyelidikkanya, PISBA telah membuat kajian tentang sejarah sosial masyarakat Iranun dan menerbitkanya melalui rencana di akhbar, majalah tempatan dan buku kecil yang berbentuk risalah. Unit kebudayaan pula telah merangka ruang dan skop kebudayaan Iranun yang sebenar yang menitikberatkan keaslianya. Melalui beberapa persembahan kebudayaan di peringkat daerah atau negeri, kumpulan kebudayaan Iranun ini tidak ketinggalan memperkenalkan budaya mereka. Dengan cara ini, semangat dan rasa cinta terhadap kebudayaan oleh anak-anak Iranun telah dapat dibangkitkan. Ramai dikalangan mereka yang telah menganggotai kumpulan kebudayaan Iranun untuk belajar seterusnya untuk membuat persembahan.

Unit pelajaran pula telah memainkan perananya dengan wajar. Beberapa hadiah galakan kepada pelajar-pelajar Iranun telah mewujudkan agar dapat memberikan semangat ingin maju dalam pelajaran. Unit agama, seperti yang disyariatkan oleh Alah S.W.T telah menjalankan dakwah agar masyarakat Iranun meningkatkan pengabdian diri kepada Allah. Musabaqah membaca Al-Quran dan ceramah-ceramah agama PISBA sentiasa dihadiri oleh masyarakat Iranun. PISBA pada dasarnya amat memberatkan pembangunan mental dan rohani agar seimbang demi mewujudkan sebuah masyarakat Iranun yang sempurna. Melalui unit-unit yang ada inilah PISBA telah menggerakkkan peranannya untuk kebaikkan masyarakat Iranun.

Dengan peranan dan tugas yang semakin mencabar, banyak graduan Iranun yang menyertai PISBA untuk menyumbangkan tenaga dan idea. Kehadiran graduan-graduan ini membuatkan PISBA semakin kukuh dan mantap, malah semakin disegani oleh persatuan-persatuan suku kaum lain. Perkembangan PISBA semakin mendapat perhatian, terutama di kalangan masyarakat Iranun. Dengan inisiatif PISBA, masyarakat Iranun menikmati Tabung Pelajaran dan Tabung Amal Kebajikan untuk anak-anak Iranun dan masyarakat Iranun menjadi ahlinya. Fenomena Baru yang ada dalam masyarakat Iranun kini adalah suatu perkembangan yang sihat dan membanggakan. Meskipun berkedudukan sebagai kaum minoriti di negeri sabah, tetapi penglibatan masyarakat Iranun dalam apa-apa jua bidang amat bermakna, dan mengagumkan bukan sahaja masyarakat Iranun sendiri malah kaum-kaum lain juga. semua kejayaan ini adalah hasil kesungguhan dan ketabahan masyarakat Iranun dalam mengharungi arus modenisasi di Malaysia dan Sabah khasnya


SUMBER: IRANUN; SEJARAH DAN ADAT TRADISI(Datu Bandira Datu Alang)


ULASAN SI RENGGIT:

PISBA merupakan wadah perjuangan masyarakat kita. "Kematian" PISBA sebenarnya pemangkin kepada kejumudan bangsa kita. Bukan sahaja masalah ekonomi, malahan masyarakat kita terus dijangkiti penyakit yang maha dahsyat dalam sosialnya. Perpaduan yang kita jalinkan selama ini kian terhakis. (Hayatilah Penulisan Saudara Datu Bandira di atas).

Apa yang paling menyedihkan apabila tokoh-tokoh yang kita hormati sebenarnya "Virus" kemusnahan kepada keharmonian dan kejayaan masyarakat tercinta kita ini. Ramai dikalangan tokoh-tokoh ini mulai sedar akan kesilapan mereka tetapi masih takut kepada bayang-bayang sendiri. Mereka-mereka ini bersembunyi entah dimana...? Saya amat berbesar hati andai orang lama dalam masyarakat kita tampil bertanggungjawab terhadap kemusnahan masyarakat kita. Sedarlah bahawa anda tetap Orang Iranun.... ramai adik-adik lepasan graduan (PAGISA) kita yang ingin memberikan sumbangan dalam menghidupkan kembali zaman kegemilangan PISBA ini.....PISBA PASTI AKAN MENGGEGAR LAGI...!!!

37 comments:

  1. salam Rengit..

    rupanya PISBA ni satu pertubuhan Iranun...baik sekiranya di hidupkan kembali...saya cadangkan sdr Rengit sebagai ketua utk mengumpulkan kembali pemimpin2 pisba itu..hubungi mereka, dan jejaki jika mereka sudah terlalu jauh..saya pun nak masuk dlm pisba ni..tapi bolehkah kalau "peranakan" bapa saya Iranun tapi emak saya bukan iranun...Bolehkah tu?

    ReplyDelete
  2. salam saudara si rengit dan kelapa mawar

    saya menyokong penuh pembaharuan PISBA yang di suara kan olaeh saudara sirengit..bkn kerna saya berketurunan iranun tetapi saya ingin melihat sesuatu kaum akan muncul dan di kenali oleh rakyat umum di luar sana dgn kelebihan dan perpaduan suku kaum di kota belud yang mantap..terus kan sirengit untuk menjejaki tokoh2 PISBA untuk menghidupkan kembali zaman kegemilangannya..hidup iranun!

    ReplyDelete
  3. Dalam sejarah kesultanan Tausug, ada dua suku kaum yang dihormati orang Tausug kerana kebijaksanaan, keberanian dan kebolehan mereka di laut. Suku-suku itu ialah Irranun dan Balingingi.

    Saya selalu berhujah, sejarah dan nostalgia silam tidak akan mengangkat martabat sesuatu kaum itu. Kaum Irranun harus bertanya dengan jujur pada diri mereka, dimanakah status mereka dalam strata sosial, ekonomi dan politik negeri Sabah? Yang pertama? Kedua? atau ketiga?

    Barangkali dari segi politik, Irranun boleh berbangga dengan TS Pandikar walaupun sebenarnya jawatan Speaker adalah jawatan "politik pencen". barangkali selepas itu di lantik sebagai TYT. soalnya siapa selepas Pandikar Amin?

    Berapa ramai jutawan Irranun? siapa berjawatan kanan dalam Perkhidmatan Awam? dimana keberanian dan kebijaksanaan bangsa Irranun yang satu ketika dulu begitu digeruni dan dihormati?

    ReplyDelete
  4. salam semua,

    saudari kelapa mawar,

    terima kasih atas cadangan saudari itu, saya sudahpun menjejaki sebahagian tokoh-tokoh terdahulu, rakan bloger pun ramai berststus "Orang PISBA" lagi. Jemputan sudah diberikan cuma seorang dua sahaja yang sudi memberikan pendapat dan ulasan. Saya tetap berusaha menjejaki yang lain..

    Boleh bah kalau saudari kelapa mawar...PISBA masih kelam lagi. Saya agak c buk kebelakangan ini. Terpakasa memberikan ceramah motivasi kepada adik-adik kita di beberapa buah sekolah di INdonesia. So saya berharap agar rakan lain dapat mengusulkan status sebenar PISBA ini, sama ada masih berdaftar ataupun sebaliknya...Tapi saya cadangan saudari kelapa mawar boleh menjadi Ahli PAGISA....

    saudara datu Pitung,

    Terima kasih atas support saudara...thanks


    Adik ku Musli,

    Sebenarnya saya ternanti-nati ulasan saudara mengenai Isu ini. Walaupun darah Iranun adik tinggal beberpa peratus sahaja, sebagai orang berpengalaman ulasan atau komen adik ku musli amat kami hargai..

    Saya amat bersetuju dengan lontaran pendapat saudara..memang itu yang perlu dan mesti kami kaum Iranun telitikan...

    Sebab itu apabila ada dikalangan rakan bloger kita menyentuh soal kepimpinan saya memberikan ulasan yang ikhlas...ekonomi masih kurang dibincangkan...saya harap kepada rakan lain yang mempunyai pendapat atau idea dapat mengemukakan melalui penulisan...

    TQ semua..

    ReplyDelete
  5. Salam,

    Musli Oli, bercakap biar berlapik... Jawatan Speaker Dewan Rakyat bukan semua orang boleh menjawatnya, apa tak lagi orang seperti saudara...jauh panggang dari api...

    Tan Sri Pandikar akan tetap berada dalam arena politik... beranikah sdra Musli bertaruh yang Tan Sri tidak akan bertanding pilihanraya akan datang (2012)...

    ReplyDelete
  6. salam sdr renggit..

    namanya pun rengit, ertinya nyamuk mengigit saja kerjanya..macam kena gigit kawan kita ni..

    ReplyDelete
  7. Salam,

    Bagaikan cacaing kepanasan saudara kita ini...

    Dalam sebarang isu berbangkit, kita hendaklah berfikiran terbuka, kalau boleh diterima silakan tetapi jika tidak itu hak masing2...

    Selamat....

    ReplyDelete
  8. sdra SI RENGIT,
    Dalam isu yang lain, sila layari blog sdri kelapa mawar. saya ada komen dan ulasan di sana.

    Salam

    ReplyDelete
  9. salam,

    saya bersetuju dengan saudara batugadung...tak perlu lah marah2... makin lama makin terserlah plak pemikiran kita...

    Perbanyakkan sabar dan tenang...

    tq

    ReplyDelete
  10. saudara sambal belacan ini sebenarnya emosi sangat. Jawatan "Speaker" pada kebiasaannya adalah jawatan penghujung karier bukan saya menghina jawatan itu. Jika TS Pandikar bartending sebagai calon parti pembangkang itu tidak mustahil. Tapi dalam BN belum pernah berlaku bekas Speaker Dewan Rakyat kembali sebagai MP.

    Belum tentu saya tidak akan dipilih sebagai Speaker di masa akan datang kalau itu memang rezeki saya..sekarang memanggang tidak perlu dekat api. jauh dari api pun boleh. Seperti guna Microwave, oven dll..namapun sudah sambal belacan, tak perlulah komen banyak2

    ReplyDelete
  11. Sdra Musli Oli....

    kata dulang paku serpih...Tan Sri Pandikar adalah lain dari yang lain... beliaulah pelopor yang bakal memecahkan tradisi ini...

    Musli cerminkan diri dulu sebelum berangan-angan nak jadi speaker... kalau nak jadi speaker di Baghdad rasanya Sdra memang layak tapi kalau di M'sia ini mustahil ibn ajaib...

    sdara nampaknya cuba mengangkat bakul sendiri...kalau setakat pengalaman yang tidak seberapa layak kah??...kalau kail panjang sejengkal usahkan lautan hendak di duga...

    saya sendiri bergelumang dengan dunia politik selama 30 tahun dan sendiri pernah berjuang di bawah Tun Mustapha....selepas itu menjadi pemimpin kanan parti USAP...masih merasakan diri belum layak menjadi speaker inikan pula sdra Musli yang baru berusia setahun jagung dalam politik...

    ReplyDelete
  12. salam semua,

    oooooi naaaa, jadi medan perang pulak ini tau....sabar bah kita...terima kasih semua lah...

    ReplyDelete
  13. tak apa..serangan peribadi perkara biasa..namapun sudah sambal belacan! mungkin kelulusan beli dari filipin jadi tidak layaklah jadi apa-apa..kalau sudah berjuang zaman Tun Mustapha, masih tidak jadi apa-apa maknanya faham-fahamlah. Berjuang berselindung disebalik telunjuk dengan guna nama SAMBAL BELACAN..His tiadakah nama lain yang tidak bau busuk? Yang saya tahu berjuang USAP hanya saudara saya Pinjaman Hasim, tapi dia hormat pandangan orang.

    TS Pandikar amin juga sahabat saya tapi bukan pengampu seperti SAMBAL BELACAN! Tanya Tan Sri siapa pernah berbincang politik dengannya empat mata dari jam 9am di pejabatnya Putrajaya sampai jam 7 petang dan berpisah di JW Marriot?

    Saya tidak mengampu. Memang TS lain dari yang lain kerana itu selepas dia sukar mencari pemimpin irranun lain dapat mengikuti jejak beliau. Kalau setakat perangai SAMBAL BELACAN maaf cakaplah..kena beli MBA atau Phd dari USA atau UK tidak akan sampai seperti TS Pandikar.

    saya tidak pernah angkat bakul seperti SAMBAL BELACAN tapi saya pernah menjadi PRESIDEN MAHASISWA SABAH GABUNGAN SEMUA UNIVERSITI SELURUH SEMENANJUNG SEWAKTU MENJADI PRESIDEN MAHASISWA SABAH UNIVERSITI MALAYA. Selepas saya presiden ialah saudara saya Allahyarham Datu Bandira dari USM.

    Saya bukan gila jawatan dan gila mau jadi YB. Saya adalah AKTIVIS SOSIAL DAN POLITIK. dan saya bukan pengampu dan pencacai macam SAMBAL BELACAN yang sembunyi identiti untuk senang mengutuk orang...!

    ReplyDelete
  14. saya tidak gila jawatan politik tetapi saya pernah menjadi Ketua Pemuda USNO Petagas tahun 1983. Kira-kira 26 tahun. Bukan politik saya setahun jagung. Kalau ambil kira masa aktif politik Universiti (1979-1981)juga 30 tahun. Kalau Sambal Belacan 30 tahun. bezanya sikit sahaja.

    Politik SAMBAL BELACAN politik panas dan emosi layak untuk cerita kedai kopi di kg rampayan dan kedai kopi Perdana saja. Paling jauh pun ke HYatt kalau pak cik Johan belanja..jadi jangan menghina saya.

    Datang ke Dewan Parlimen dan cubalah tanya nama Musli Oli dikalangan MP. Sambal Belacan akan tahu siapa saya sebenarnya.

    Salam dan belajar lagi politik. Jangan jadi ORANG KECEWA dan menangisi nasib sendiri kerana gagal mendapat kekayaan dan kedudukan dalam politik setelah 30 tahun berjuang. Saya kesian dengan orang seperti kamu..malang sungguh! kalau boleh tukar nama kepada PEJUANG YANG KECEWA lebih tepat.

    ReplyDelete
  15. satu lagi kalau boleh saya tanya masa SPM dulu SAMBAL BELACAN dapat 9 kah subjek BM? sebab saya tidak kata saya layak jadi SPEAKER. Saya kata jika itulah rezeki saya. Cuba baca pelan-pelan dan minta anak baca kalau mata sudah rabun. Tetapi kalau sudah gagal BM SPM susahlah sikit mau ajar.

    Sedangkan Datuk Armahani lulus SPM pun dan bekas cikgu layak juga jadi Timbalan Speaker Dewan Negara sebab itu adalah rezeki dia..rezeki jangan main-main. jangan kata mustahil wahai SAMBAL BELACAN yang belum ada rezeki dalam politik!

    Saya adalah pelajar terbaik STPM seluruh negeri Sabah pada tahun 1978. Tanya saudara Kibin Hj Samad. Saya lulus B.Econs Hons Universiti Malaya, bukan beli. Saya lulus DIIA dari Western Australia Institue Of Technology dan pernah jadi Remiser di KLSE. saya buat M.SC Econ Herriot University, Scotland UK. saudara SAMBAL BELACAN setakat beli sijil saja....

    ReplyDelete
  16. Salam sahabat ku, SI SERINGIT,
    Mula-mula niat saya, hanya setakat khabar kan kepada sahabat ku, bahawa saya ada keluarkan komen di blog Kelapa Mawar.

    Namun, Apa yang saya dapati di blog mu ini, panas lah pula...dahysat.

    Terlanjur berkunjung, izinkan lah juga saya mengeluarkan pandangan. Tetapi, bukan bertujuan untak bertegak pendapat, jauh sekali dari niat untuk menguris hati siapa-siapa.

    Apa yang menarik saya ia lah isu sahabat saya TS Pandikar telah menjadi hangat pula di sini.

    Dalam menangani isu TSP ( Pejuang yang saya sangat-sangat kenali itu), saya akan mengambil peranan di tengah.
    Ia itu, saya maseh percaya kalau di izinkan atau pun di bagikan kudrat Allah S.W.T, saya pasti kita akan mendengar nama beliau di laung-laungkan di masa akan datang.
    Terutama sekali dalam PRU13 nanti.

    kalau di kirakan, beliau ini maseh mantap dan maseh boleh bertahan dalam politik tidak kurang selama sepuluh tahun lagi.

    Sama ada beliau turun padang untuk bertanding kah, atau selaku 'man behind the curtain' kah, itu tidak penting.
    Yang saya boleh pertaruhkan ia lah; charisma beliau yang begitu unik, simple lagi ada aura yang 'fantastic'.

    So, dalam keadaan yang sedia ada, amat susah untuk menentukan ala tuju beliau di masa akan datang.
    Sebaik-baik nya kita tunggu dan lihat apa yang beliau laku kan nanti.

    suka atau pun tidak dengan beliau, sekali lagi saya kata kan itu tidak penting.
    Bagi saya, satu yang kita tiada boleh mempertikaikan ia lah beliau salah seorang pejuang dari suku kaum Iranun yang boleh dikira kan telah mendehului zaman nya.

    Ketika kita sebuk-sebuk mengurus kerja harian dan mula berjinak-jinak dengan politik, beliau dalam usia yang begitu muda, sudah di pilih menjadi YB.
    Disamping itu, YB pembangkang lagi tu? saya solute lah kepada pengalaman beliau ini.

    Sekurang-kurang nya ada juga yang kita perlu pelajari dari beliau.

    Dari apa yang saya lihat, pertegakan antara sdra Musli dan sahabat saya sdra Sambal Belacan itu, ada lah semata-mata kerana perbezaan pendapat.

    Sebagai orang tengah, saya memahami, apa yang tersirat di sanubari mereka masing-masing.
    Kerana kedua-dua mereka ada lah orang kuat dan sahabat TSP.

    Salam dan mohon maaf kalau ketelanjuran.
    Semoga kalian success. Terutama sekali sahabat saya, SI RENGIT.

    ReplyDelete
  17. Assalamualkum. Salam Ziarah. Selamat berkarya dan menulis. Tahniah atas usaha ini. Mudah-mudahan sihat wal afiat. Wassalam.

    ReplyDelete
  18. maaf si rengit..terlebih sudah. panas darah Irranun campur Tausug saya keluar terlampau di rendah-rendahkan martabat..sdra solymone dan sahabatku kibin, pandai juga kc sejuk.tq.tq..mau juga aku ajak sambal belacan ini debat dalam bahasa Inggeris di Dewan Masyarakt KB kalau dia sedia terima cabaran saya..tenguk dulu hebat pengalaman dia.

    ReplyDelete
  19. Salam,

    Sdra Musli Oli, hebat betul latarbelakang akademik sdra tapi saya nak tanya Bachelor & Master sdra ini full time or PJJ...saja nak tanya...setahu saya spm, srp & pmr diperkenalkan selepas kita. zaman kita lce & mce... maybe sdra baru ambil paper july BM...

    sdra menceritakan perjuangan sdra dalam politik dan dari cerita sdra, saya dapat menangkap bahawa sdra berpolitik demi wang ringgit (RM)...mungkin inilah beza kita, kerana saya berpolitik demi bangsa, agama dan negara.

    Saya masih ingat lagi bagaimana insan bernama Musli Oli sewaktu ketika dahulu ingin bertanding menentang seorang pemimpin kanan di Kota Belud tetapi akhirnya meanarik diri kerana RM dan RM...apakah sdra Musli sudah lupa akan perkara ini. Inikah jenis insan yang boleh dijadikan pemimpin? pendiriannya boleh berubah demi Ringgit Malaysia. Murah sungguh harga perjuangan sdra, semurah harga sekilo lobak di supermarket.

    sdra jgn cuba2 merendah2kan penduduk kg ramapayan, kalau setakat minum di JW Marriot...saya tanya sdra, pernahkah sdra minum di Sahara Hotel di Dubai? kalau setakat harta yang tidak seberapa sudah bangga, harta saya di cayman island, tujuh keturunan pun tidak akan habis. saya kasihankan sdra drp jadi pengampu dan penjual perjuangan, adalah lebih baik saya ambil sdra jd bodyguard dgn gaji RM7k sebulan.

    kalau setakat berdebat dlm bahasa Inggeris, agaknya Musli terlalu memandang rendah pada orang lain. Untuk pengetahuan sdra Musli guru saya dulu semasa di bangku sekolah adalah orang Inggeris@ orang putih...saya nak bagi tau sdra bahawa saya boleh berbahasa dalam 4 bahasa a/bangsa tdk termasuk bahasa Melayu Tetapi termasuk bahasa Germany & Arabic dan saya pernah datang melawat di Generva beberapa kali...kalau sdra anak jantan kita berbahasa dlm bahasa Jerman, kerana bahasa Inggeris bagi saya terlalu biasa bagi org2 seperti kita semua...itupun kalau sdra berani...tetapi jangan emosional kerana itu bukannya sifat seorang pemimpin.

    kesimpulannya politik saya bukan boleh dijual beli seperti sdra yang gemar menjual beli

    terlupa nak tanya..jawatan sdra dlm perkasa dibeli ataupun tidak...bukannya apa saja nak bertanya...jgn marah brother

    ReplyDelete
  20. oh laa laa, sdra Sambal Belacan?
    Seriously, ini yang saya suka dengar ini; Sahara Hotel di Dubai dan hal-hal di Cayman island ni.

    Dalam hal ini, saya sanggup lupakan dulu sdra Musli ni, buat semantara waktu.
    Saya boleh berurus dengan beliau, bila-bila masa di KK atau KL.

    Apa yang lebih menarik, satelah melihat kebolehan sdra Sambal Belacan ini, saya tidak segan dan silu, ingin menawarkan diri sebagai sahabat setia beliau.

    Bukan lah kerana tinggi sekolah atau pun harta benda yang ada. Tetapi yang membuat saya tertarik ia lah networking sdra Sambal Belacan ini.

    Dalam diam-diam, saya pun berminat juga ke Dubai apa lagi kalau di bagi peluang untuk relaks atau bersantai di Cayman Island.

    Rasa nya, selain dari berkenalan di Blog, ada juga baik nya, kalau sdra Sambal belacan dapat meluangkan masa untuk kita berkenalan dan berbincang hal-hal yang berpautan atau pun happy-happy bersama-sama.
    mana lah tahu ada juga hikmah nya?

    Secara telus nya, memang hobi saya ada lah melancong, di mana sahaja di nusantara ini; selagi nyawa di kandung badan.
    Orang puteh kata' Have money will travel'.

    Secara jujur, saya bangga kerana ada juga di antara kita, yang berkalibar saperti sdra Sambal Belacan.

    Tenangkan fikiran, kita selaku sama-sama orang lama, pasti nya akan bertemu jua untuk meneruskan program-progam saperti lawatan ke negara lain dsn.

    Sebenar nya, saya pun pernah juga menjelajah di beberapa buah benua di Dunia ini. Sungguh mencabar dan ada juga menafaat nya untuk menambah ilmu pengetahuan serta pegelaman kita.

    Niat saya ada lah telus.

    Salam dan syabas.
    Nota: salam sdra SI RENGIT, di mana kini?

    ReplyDelete
  21. Salam Sirengit..sebenarnya kalau ingat pesan bapa saya, tidak perlu layan anjing menyalak nanti kita pun dianggap anjing. Tapi kali terakhir izinkan saya jawap tuduhan SAMBAL BELACAN.

    SAMBAL BELACAN ini mengaku blogger tapi tiada blog. Ibarat penjual MLM atau skim cepat kaya, menjaja produk sana sini tetapi tiada kedai. dia masuk blog orang beri komen, menuduh, menghina dan sebagainya tetapi dia sendiri tidak pernah menulis dalam blognya.

    Saya jadi presiden Mahasiswa Universiti Malaya takkan pelajar PJJ. nampak sangat SAMBAL BELACAN tdk pernah jejak kaki di menara gading. pada tahun 1978, STPM pertama kali di Sabah. nama saya masih terpampang di SMK MENGGATAL sebagai pelajar terbaik SABAH, bukan Kota Belud.

    tentang harta dan wang ringgit itu saya akui saya miskin. abang saya arwah Jamlidi Hj Oli calon PAS tahun 1986 hanya ada 9000 tapi dapat juga 3865 undi. kami tidak di lihat kerana wang ringgit dan harta tapi kerana perjuangan.

    saya adalah aktivis dan penulis politik. saya aktif NGO dan hasil simposium tahun 2000 yang saya anjurkan dasar penggiliran KM Sabah dimansuhkan pada 2003. tentang PERKASA, sepatutnya Dato Yahaya Lampong yang mengetuai PERKASA Sabah tetapi kerana dia tidak aktif saya sebagai MKT pusat ambil alih sebagai Penaja. Ini bukan ada duit.

    tahun 1999, saya, datuk Musbah dan Awadnir menawar diri tanding Ketua UMNO tetapi saya tidak ada pencalonan kerana tidak ada duit beli pencalonan. Yang layak bertanding hanya Musbah. dia yang menarik diri. isu saya dibayar untuk tarik diri kerana saya tidak timbul. kenapa Musbah tarik diri? tanyalah dia.

    Saya akui keluarga saya miskin dan saya hanya menjadi penulis. Anak saya Gaddafi Musli yang membaca berita RTM Kuala Lumpur selalu nasihat agar saya mencari peluang menggunakan hubungan baik saya dengan menteri2, tapi saya bukan jenis begitu. mengambil kesempatan dalam politik.

    Saya harap SAMBAL BELACAN bersihkan hati dan rentikan sentimen benci kaum lain yang bukan dari suku sendiri. saya tahu sdra nasionalis suku yang tulin. seorang jutawan. kaki pukul kerana boleh jadi bodyguard. saya bukan saingan saudara kerana saudara hebat tetapi jangan lah terlalu menghina orang lain kerana dia bukan dari suku saudara.

    ReplyDelete
  22. saya sebenarnya tahu saudara SAMBAL BELACAN banyak melawat luar negara sebagai bodyGUARD. saya pernah kerja sebagai tukang masak saja di Edinburgh Scotland dari 1990-1994 sewaktu melanjut pelajaran.

    pada tahun 1981 sewaktu tun mahathir memperkenalkan dasar pandang ke timur saya adalah wakil tunggal pelajar tahun akhir fakulti ekonomi Universiti Malaya daripada 39 siswazah Malaysia mengikuti kursus JAPANESE MANAGEMENT di Waseda University selama 3 bulan. Program adalah dalam bahasa Jepun.

    namun saya tidak pernah kumpul harta. apa lagi wang ringgit. tetapi saya bangga kerana tidak pernah jadi "budak suruhan" atau bodyguard pemimpin. saya sanggup cari makan dengan menulis dan menjual buku di kaki lima PWTC daripada maruah hilang kerana ditengking "bos" untuk mendapat satu dua ribu.

    ReplyDelete
  23. salam... saya terlalu ramai kawan kaum bajau, sauadra pun ramai, apa lagi sebangsa...tapi.. sayang... perbahasan ini mendalam sangat... saya belum sampai ke tahap itu... pengalaman bertani dan nelayan.. saya boleh ikut campur.. kerana biasa hanyut di laut.. biasa di hisap lintah, biasa berkubang dlm lumpur... ilmu yang ada hnaya ckup berbasa basi.

    ReplyDelete
  24. Salam semua sahabatku para blogger..

    Ai nah..lama sudah tidak melawat ci renggit ni..takut kena gigit bah..demam pula..skrg ni kan tengah panas demam babi..biarpun bukan c renggit yg bawa tapi takut kena demam..eee..palis-palis..

    Apa sudah jadi.! sahabat-sahabatku...Redakan perasaan itu...ingat lah bahawa sesorang manusia itu bukanlah kaya diukur dari harta, atau pangkat atau pengalaman atau kelulusannya..TETAPI kayanya seseorang itu ialah terletak pada 'kaya jiwanya"..

    sekadar mencelah...Wassalam..oi ya lupa sama sdr Solymone...bilang Kelapa Mawar..Abg Solomon..mana sdh sdrku dari Tuaran ini?..Turunlah sekajap di sini bah..

    ReplyDelete
  25. Salam,

    Sdra Musli, nampaknya sdra cuba memutarbelit komen saya terhadap sdra...tidak pernah terlintas difikiran saya untuk menidakkan keupayaan mahupun kemampuan sdra berpolitik, apa lagi membeza2kan sdra kerana bukan suku saya. Sesungguhnya saya sangat menyayangi sdra dan saya anggap sdra Musli sebagai adik saya sendiri.

    Andainya perjuangan sdra Musli adalah telus,ikhlas dan teguh maka sayalah org pertama menyokong perjuangan sdra.

    Menitis air mata...berlinangan mengenangkan tuduhan sdra terhadap saya...saya berpolitik puluhan tahun demi bangsa, agama dan negara.

    Kepada sdra Solymone...saya sangat berbangga mendapat sahabat seperti sdra...saya mengenali sdra walaupun tidak rapat namun saya sangat menghargai perjuangan sdra selama ini...jika keizinan masa, saya akan cuba menghubungi sdra...kita orang lama ada baiknya juga bertukar2 pandangan dan menghabiskan usia yang tersisa dengan perkara2 yang mengembirakan...

    ReplyDelete
  26. saya sebagai siari juga minta MAAF banyak-banyak kepada SAMBAL BELACAN. Kita "sparring" saja bah itu guru (ayat TS Pandikar)...kita jangan lagi ingat-ingat. ambil yang baik-baik sahaja...

    ReplyDelete
  27. salam semua,

    saudara musli,

    syukur lah akhirnya kemelut pendapat antara saudara dengan saudara sambal belacan akhirnya dapat diselesaikan dengan cara ilmiah....caya lah bro....!tg

    saudara solymone,

    Thanks my brotherhood of bloggers sebab berkunjung dan membuat ulasan dalam blog saya.. macam biasa orang putih sakap"u are bery....bery...fantastic....tq

    saudara kibin,

    terima kasih atas kunjungan dan ulasan saudara...kami amat perlukan bantuan saudra untuk mengembalikan kegemilangan PISBA, sentuhan saudara, saudara musram, saudara abd naddin. saudara razak dan rakan-rakan lama yang berjuang sejak penubuhan dan pembahruan PISBA amat kami perlukan...bantuan dan bimbingan daripada saudara amat di perlukan....Tolonglah bertindak sekarang....kami perlukan keberanian daripada saudara-saudara...Tak perlu lah takut pada bayang-bayang sendiri...kecuali lah kalau darah saudara-saudara bukanlah lagi berwarna merah dan bangsa sudah ditukar kepada bangsa lain....

    Andai saudara kibin, musram, abd naddin, razak terus berdiam diri bererti anda semua layak di gelar pengkhianat bangsa.... manusia sentiasa melakukan kesilapan tak kan saudara- saudara tidak ada niat untuk memperbetulkan kesilapan yang saudara -saudara telah lakukan....sedih dan hiba kita kaum iranun...tq

    saudara sambal belacan,

    tahniah sebab berfikiran terbuka dan sanggup berdamai dengan adik kita musli...terima kasih saudara...tq

    saudara musram...

    apapun terima kasih kerana berkunjung sekali lagi...namun saya agak sedih dengan tindakan saudara yang terus berdiam diri mengenai isu PISBA.....tq

    saudara depu-depu...,

    saya amat bersetuju dengan pendapat saudara, untuk makluman saudara saya berharap sangat agar ada anak iranun sudi menulis atau membuat kajian tentang PISBA..tq

    pada semua terima kasih...

    * Saya baru sahaja tiba dari Indonesia di MEdan, di jemput memberikan ceramah motivasi kepada adik-adik kita di sana..maaf sebab lambat membalas ulasan saduara-saudara...tq*

    *Naik risau juga, jakarta baru sahaja di bom..kalau di medan mesti si renggit tidak sempat terbang....hehehe. Tiada sudah adik kelapa mawar kita mau ulas....tq semua..

    ReplyDelete
  28. Salam sdr Renggit..

    kau cari jgk kakmu kelapa mawar ni ..

    Saya tengah mencari bahan tentang PISBA ni..dn dlm masa terdekat saya akan keluarkan isu ini..Jgn lupa ulas nanti..ma kasih..

    ReplyDelete
  29. salam..

    Saya pasti menantikan ulasan adiku kelapa mawar...saya dah masuk kelompok Veteren saudari...seangkatan dengan saudara musram. kalau tak silap beza saya antara beliau 5 tahun kot...

    Cari jangan tak cari...orang PISBA....

    ReplyDelete
  30. sdr rengit.. tawag ra kaen.. kosong isa enam walu telo pitu lima walu ampat isa.

    ReplyDelete
  31. Salam. sdr rengit. PISBA masa kini.. di bawah ketiak Datuk Seri Panglima DR Salisih Ukoh.. AJKnya hebat-hebat. Hubungi mereka... atau dalam AGM.. tanding untuk dapat jawatan demi mengerakan PISBA... saya tidak dapat berbuat banyak.. hanya ahli seumur hidup... tidak pernah di panggil dalam apa-apa mesyuarat atau akitiviti.

    ReplyDelete
  32. Salam sirenggit..

    jemput buat ulasan di blog saya..

    ReplyDelete
  33. salam semua...

    Pagari musram...aden sa raken den ah tawag reka anan..thuna tabu...

    PAGISA perlu bergerak bersama-sama dengan kita bagi membantu mengerakkan PISBA... saya akan berusaha sedaya upaya didalam mengembalikan peranan PISBA sebenar...Insyallah...sekarang saya sedang mengumpul maklumat dan strategi... Cuma saya berharap agar perjuangan kita ini mendapat restu masyarakat kita..bukan demi kepentingan sendiri tetapi demi bangsa tercinta...

    Pertemuan perlu dilakukan secepat mungkin....saya meminta pendapat rakan-rakan yang lain agar mengemukan pendapat...thanks saudara...

    kelapa mmawar..

    tingkayu atas jamputan saudari...mangulas sudah aku itu...

    thanks...

    ReplyDelete
  34. salam semua...

    Saya masih menanti jawapan saudara Musli didalam memberikan penjelasan yang sewajarnya mengenai isu USBO di blog saudari kelapa mawar...tq

    ReplyDelete
  35. salam...

    Jemputan kepada rakan bloger bertandang ke bloger rakan kita Saudari kelapa Mawar... Jom kenduri....

    ReplyDelete
  36. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  37. salam...

    tu pasallah KB sinonim dengan masyarakatnya , yg panas baran, sombong, ego, bangga diri dan macam-macam lagi. Terbukti dengan apa yg sya dapat ikuti dipaparan ni. Timbul soalan pada diri saya mestikah kita umumkan dengan semua org apa yang kita ada...dan apa kelebihan yang kita ada...N last nak tanya musli tu tausug ke?? or iranun ke?? ada ke tausug di KB?? pembetulan untuk abg musli : spelling Iranun bukan double LL bah..1L ja..

    ReplyDelete

Penafian:
Penulis blog mapaittantu tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana melayari atau menggunakan maklumat dalam blog ini.