(
Bismillahhirahmannirahim
Dengan nama Allah yang maha Pengasih dan Penyayang. Yang mengatur alam ini dengan begitu sempurna.Mentakdirkan malam mengambil alih siang dan siang ditutupi malam. KepadaNYA kita menyerahkan jiwa dan raga. Mengharapkan agar Datuk Seri dan keluarga sentiasa dalam RahmatNYA.
Pertama sekali saya memohon maaf kerana mengutus
Datuk Seri…
Saya hanyalah manusia biasa, bersendirian mengutus surat kepada Datuk Seri membawa pesan, membawa rintihan, membawa keluhan generasi belia kita sebangsa…mengingatkan semula Datuk Seri sudah sedekad lamanya kita tidak mendengar laungan PISBA. Sudah sekian lamanya juga kita sudah tidak merasa hembusan nafas PISBA, juga sudah sedekad ini mungkin akan menjadi sekurun kalau pencaindera PISBA ditutup sekian lama. Kerana Datuk Seri seingat saya, PISBA ditubuhkan sudah seusia dengan saya. Seorang manusia sudah cukup dewasa mencecah umur 32 tahun, barangkali sudah separuh perjalanannya. Cukup matang menghadapi gelombang. Cukup dewasa menghadapi badai samudera. Bagaimana dengan PISBA kita Datuk?
Datuk Seri..
Kalau di susur semula ‘kehebatan’ PISBA, ia menjadi salur darah bangsa kita. Bermula dari mufakat pemimpin yang lahir dari jerit laung bangsa Iranun…pemimpin kita mula mendaki bukit-bukit kuasa. Terima kasih kepada mereka..kerana merekalah bangsa kita mencipta nama…kerana merekalah kita disegan kawan dan lawan..Tetapi datuk…setelah hampir begitu lama..Di mana sudah Generasi kita?..Di mana sudah janji-janji pemimpin kita?..Di mana sudah pemufakatan kita..? Di mana Datuk, pertubuhan kita? Di mana sudah PISBA? Tempat generasi muda bergurau senda.. tempat sekalian orang tua kita mencanai dan menggilap tunas pemimpin muda…
Datuk Seri…
Andainya PISBA sudah lama meninggal dunia…Tunjukkanlah kami mana pusaranya? Sampaikan pada kami bila kendurinya..? supaya kami datang menangisi kematian pejuang bangsa…supaya kami hadir membacakan Fatihah…supaya kami berkumpul membacakan doa..Dan sekiranya PISBA berkahwin dua..mana bunga manggarnya..bunyi gong dan keulintangangan tak sampai di telinga. Janganlah generasi muda menjadi anak tiri kepada isteri kedua…janganlah kami-kami ini tak cukup makan di keramaiannya…Janganlah kami dicerca di majlis renjis mawarnya.
Kami tidak punya apa Datuk seri…kami sudah yatim piatu..tidak menentu.. matinya PISBA, gelitalah kami, Nisannya PISBA kenangan bagi kami…Hancurnya PISBA mengkucar-kacirkan kami..Berilah kami tanda Datuk Seri….Andainya PIBSA dijangkiti wabak bahaya..kita bersemuka daripada bercengkarama di hujung telinga…kita berusaha mencari penawarnya. Biar tak larat berlari..kita merangkak.., biar tak boleh merangkak …kita mendengus tanda masih bertenaga. Kerana PISBA adalah bapa-bapa pejuang kita..kerana PISBA adalah ibu-ibu mengandungkan pemimpin kita…,
Kami ini generasi muda..perlu dibakar semangatnya..kerana Datuk seri..ramai lagi adik-adik kami yang tidak pernah mendengar PISBA, malahan langsung tidak mengenali Datuk Seri…Tidak Nampak jalan yang dilalui bangsanya…masih ramai yang terkurung dalam gua-gua gelap yang dibina tatkala musim hujan dan panas.
Datuk seri..
Andainya
Salam kasih sayang yang berpanjangan dari saya puteri bangsa..
Seikhlasnya..
SUMBER: www.kelapamawar.blogspot.com
sALAM Sahabat Pejuang Bangsa renggit..
ReplyDeleteMa kasih kerana menyiarkan kembali surat saya dalam blog sdr..
Utk khabar yg mendukacitakan..Sambal Belacan mengatakan bahawa PISBA sudah dibatalkan pendaftarannya oleh ROS..Mohon sdr menjejaki..wassalam
Salam ..
ReplyDeleteteruskan perjuangan kalian...semoga berjaya.Amin
Salam,
ReplyDeleteManaya pun su ulu kiyatapasan. Manda da a masa yan. Kay tagal minimithi dahilan ng WEAK LEADER.
Assalamualaikum. Datuk Seri dan Dr?? hamba masih tertanya-tanya ya kah?? bila?? dan siapa yang bagi gelaran itu?? Alhamdulilah kalau semua itu adalah fakta. Bukan apa bah cuma saya sebagai masyarakat minoriti Iranun juga turut tempias malu kalau semua itu cuma auta.
ReplyDeleteAduhai bangsaku janganlah merasakan PISBA itu milik kita sekeluarga dan janganlah jadikan PISBA menjadi batu luncatan untuk mencari sesuap nasi bagi membesarkan keturunan kita.
Sedarlah bangsuku HIDUP INI tak akan kekal selamanya, esok atau lusa pasti kita akan tinggalkan dunia dan PISBA juga. Taburkanlah bakti kepada bangsamu yang sedikit ini kerana bakti mu adalah yang kekal abadi selamanya. Amin
salam semua...
ReplyDeletesaudari pejuang bangsa...
Saya sekarang sedang meminta bantuan daripada rakan-rakan untuk isu PISBA ini.....kami cuba menjejakinya....doakan k...tq
saudara depu-depu...
Perjuangan perlu diteruskan....bantuan semua pihak amat diperlukan..tq
saudara/i atau348...
Bila tak boleh buat kerja kita kena mencari orang yang boleh membuat kerja...kapal kena belayar agar penumpang tidak gagal sampai ke destinasinya.....tq
saudari babayAmyk....
Kami perlukan sokongan semua...harap kita dapat berjuang demi bangsa dan bukan demi kepentingan diri sendiri.....sila berikan kerjasama dalam perjuangan ini....tq
Salam sebangsa...
ReplyDeleteInsyAllah sya doakan anda semua berjaya. Begitulah selagi ada tenaga dan minda yang sihat bekalkanlah sesuatu yang bernilai kepada bangsa kita...hidup hanya sekali. Org kata matilah kerna bangsa dan agama janganlah mati kerna mengejar nama....