Thursday, July 9, 2009

IRANUN: PISBA DAN ARAH TUJUNYA....!


Setiap etnik atau kaum di Sabah mempunyai persatuannya. Tidak ketinggalan juga kaum tercinta kita IRANUN iaitu Persatuan Bumiputera Iranun Sabah (PISBA), namun apa yang amat menyedihkan adalah persatuan tersebut seolah-olah hanya tinggal kenangan sahaja. Ibarat mati tapi tiada kuburnya. Persoalannya sekarang persatuan ini masih bergiat aktif ataupun sebaliknya....?

Saya sering bertanya kepada rakan-rakan yang lain, wujud lagi kah persatuan ini atau sebaliknya." Ala ada pun macam biasa "taiko" nya sibuk mencari projek-projek aje. Persatuan kita ini hanya pada nama sahaja. Kalau dahulu semasa di bawah "Tahi kun" Iranun adalah juga aktivitinya. Pendek kata da mampus da persatuan kita ini". Sakit juga saya mendengarnya.

Namun saya masih tertanya-tanya, kenapa sekian lama ahli bijak pandai kita tidak pernah mempersoalkan "Keajaiban PISBA" dan kemana arah tuju sebenar persatuan kita ini. Adakah masih lagi BERTINDAK MEMPERJUANGKAN Kaum Iranun atau hanya perjuangan memenuhkan kocek poket ahlinya yang tidak tahu malu dengan berselindung disebalik nama PISBA.....


Kasihan sungguh ahli-ahli PISBA, anda semua langsung tidak ada sumbangan pada bangsa tercinta ini.....! Tetapi yang amat kasihan adalah kita semua yang membiarkan mereka-mereka ini menjawat jawatan dalam PISBA sedangkan kita tahu, nampak dan mendengar siapa mereka-mereka ini...


Saya amat bersyukur andai ahli-ahli PISBA yang ada sekarang ini mengistiharkan perletakkan jawatan mereka dan digantikan oleh orang baru demi melicinkan pentadbiran PISBA. Anda semua hanya layak sebagai pemerhati... Ambilah orang tua yang boleh buat kerja dan faham makna perjuangan bangsa tercinta kita ini.

Cuba saudara-saudara fikir sejenak, ada tak aktiviti yang dilaksanakan oleh PISBA dalam "ABAD" ini. Suku kaum lain boleh lagi kita mendengar lagu-lagu mereka tetapi IRanun macamana....? Harapkan saudara Putik Dan Masli sahaja, itupun kecundang di tengah jalan beraspal.....



Apapun ulasan tambahan yang saya tulis ini sebenarnya tidak terlalu penting, hakikat sebenarnya saya membawa saudara-saudara berfikir mengenai " PISBA DAN KE MANA ARAH TUJUNYA"...! FIKIRKAN...








Tolong berikan saya alamat atau bahan rujukkan yang boleh saya perolehi LOGO PISBA k...


16 comments:

  1. salam saudara,

    terima kasih atas jemputan saudara, mengenai isu PISBA ini saya sangat berterima kasih kepada saudara kerana membuka mata kaum Iranun agar menilai kembali peranan dan arah tuju PISBA...

    Saya akui memang PISBA kini hanya tinggal nama sahaja....Saya berharap rakan-rakan bloger yang berbangsa iranun dan merupakan orang lama dapat memberikan komen atau ulasan serta cadangan mengenai isu ini.

    Saya selaku belia iranun cukup terkilan dengan permasalahan berkaitan denga PISBA ini...amat sedih..

    tq

    ReplyDelete
  2. Salam.. susah nak ulas.. kalau di ulas, sejarah lama mesti terungkit. Sebenar saya termasuk yg akitf sebelum tahun 2000. Kami bersama-sama Allahyaraham D Bandira, Talikop bersama-sama datu adek datu dani, rosmadi, d jafrin, Razak dan yang lain-lain. Masa itu.. walaupun belum banyak yang kita boleh lakukan tetapi paling tidak ada aktiviti-aktiviti samada berkaitan kebudayaan, sambutan-sambutan, perjumpaan rakyat bersama pemimpin dan majlis-majlis lain. Akan tetapi, apabila kami-kami ini tidak aktif lagi, dan PISBA dipolitikkan, maka setlah itu, saya tidak lagi mengikuti perkembangan perastuan ini walaupun saya adalah ahli seumur hidup. Stelah PISBA diterajui oleh Tan Sri Pandikar kemudian melepaskannya kepada Saliseh Ukoh, sejak itu saya tidak lagi mendengar berita perastuan ini. Apa kah persatuan ini telah dibatalkan pendaftaran saya pun kurang pasti. Walau bagai manapun, mungkin maklumat mengenai PISBA sdr-sdr boleh berhubung dengan Datu Adek atau Datu Jafrin atau terus berjumpa Saliseh Ukoh.

    ReplyDelete
  3. salam,

    Terima kasih atas komen saudara paikankb, insyallah saya tetap akan menjemput semua rakan bloger agar dapat meberikan ulasan mengenai isu ini..

    tq saudara.


    salam,

    Untuk "Otai" lama kita ni, saudara musram saya amat berterima kasih kepada saudara kerana meluangkan sedkit masa untuk meberikan pdpt mengenai isu ini.

    Saya amat menghargai ulasan dan cadangan saudara musram.. Benar apa yang saudara katakan, selepas sahaja ketiadaan kelibat-kelibat orang seperti saudara-saudara ini, PISBA terus terkubur...

    Pertanyaan saya kepada saudara musram, adakah PISBA ini perlu dibiarkan terkubur macam ni sahaja..?

    Saya amat berterima kasih dengan ulasan saudara ini...tq

    ReplyDelete
  4. Salam.. semula.. inisiatifkan sesuatu.. sya masih berdarah PISBA... darah dan semnagat saya masih melakat padanya.

    ReplyDelete
  5. salam,

    Pada pendapat saya, PISBA perlu diberikan "sentuhan" baru. Kita bukan menidakkan orang lama tetapi pada saya biarlah mereka ini menjadi tatarujukan kepada pewaris kepimpinan PISBA dan saya amat tidak bersetuju andai ahli lama terus diganti dengan yang baru.Hanya sebahagian yang perlu di ganti..

    Saya amat yakin bahawa orang seperti saudara Musram ini masih perlu diketengahkan dalam meneruskan kesinambungan kepimpinan PISBA. Saya selaku belia Kaum Iranun amat dambakan sentuhan PISBA dalam membantu pembangunan masyarakat kita.

    Kepada rakan-rakan lain saya amat bersyukur andai kita dapat berganding bahu "Menghidupkan" kembali zaman "Kegemilangan" PISBA..

    KITA PASTI BOLEH...!TQ

    ReplyDelete
  6. Salam,

    PISBA merupakan wadah perjuangan bangsa yang diharapkan oleh masyarakat Iranun untuk memperjuangkan nasib, hasrat disamping menjadi simbol perpaduan suku kaum Iranun.

    Namun dewasa ini, PISBA seperti kata Sdra Si Rengit " ibarat mati tapi tak berkubur".Banyak perkara yang bermain di minda saya 1. Apakah persatuan ini tidak lagi releven? 2. Apakah ada something wrong dalam persatuan ini? 3. Apakah PISBA telahpun dibatalkan pendaftarannya?

    Suatu kerugian besar kepada masyarakat Iranun andainya membiarkan PISBA, bahkan seperti nasib seorang isteri " gantung tak bertali".

    Sdra Si Rengit soal menggantikan orang lama dengan orang baru, ini tidak penting kerana yang paling penting sesiapa pun yang menerajui kepimpinan apa pun persatuan seharusnya memegang jawatan tersebut bukan kerana pangkat atau populariti tetapi ikhlas demi bangsa.

    Apa pun abg2 dan kakak2 orang lama seharusnya lebih proaktif mendepani isu PISBA ini...

    Sekian harapan drp orang baru kpd orang lama....

    ReplyDelete
  7. Salam Ziarah.. memberi buah fikiran dalam isu PISBA ini,saya agak kurang arif, kerana kewujudan perastuan ini, di kala itu saya terlalu mentah. Namun saya juga sempat terdengar mereka-mereka yang aktif memertabatkan persatuan ini. Semasa saya hadir sebagai sukarelawan semasa pertembungan jawatan Yang Dipertua antara Datu Bandira Datuk alang melawan Ir Musram Haji Rakunman di Balai Muhibah Kg Liang,kalau tak silap tahun 1989, sya menyaksikan pada masa itu, walaupun ada perlawanan sengit, tetapi demi bangsa mereka berlawan secara persahabatan. Pada masa itu bagaimana AJK dan ahli-ahli tidak boleh meneka individu mana yang mereka pilih, kerana tidak ada yang ketara mana pilihan dan mana individu yang mereka sokong. Setelah pengundian selesai Datu Bandira mempertahankan jawatannya dengan kelebihan undi 4 sahaja. Manakala sdr Ir Musram tetap terplih sebagai Naib yang dipertua, kerana bertanding 2 jawatan sekaligus. Gandingan Datu Bandira, Talikop Lamsin, Musram Rakunman, Datu Jafrin Datu Anggol, Datu Adek Datu Dani,Ladim Hj Abd Rahman, Abdul Nadin Haji shaidin, Rosmadi Sulai, Julkhan Arin, Kibin Haji Samad dan lain-lain adalah puncak-puncak kemercuan persatuan ini. Sehingga kini saya merindui gandingan-gandingan itu. Sdr Rengit.. sila kembalikannya semula.

    ReplyDelete
  8. Salam,

    Mohon mencela, cikgu Dayang nampaknya tertinggal lagi seoarang insan yang rasanya kalau tidak silap saya dia pun turut menjadi AJK ketika itu iaitu sahabat lama saya Saudara Razak, dulu saya dengan sdra Razak selalu minum bersama dan kadang2 dalam perbualan terkeluar juga topik mengenai PISBA...tapi dah lama tak jumpa beliau

    T.Kasih

    ReplyDelete
  9. salam semua...

    saudara musram, ikhlas kami katakan, perjuangan ini amat memerlukan sumbangan daripada pihak saudara, sekali lagi saya amat berterima kasih andai PISBA ini mendapat sentuhan "Orang Lama" yang berkaliber seperti saudara...tq

    saudara paikankb,
    terima kasih atas cadangan saudara itu, saya amat bersetuju..teruskan memberi pendapat..tq

    saudara batugadung,

    benar kata saudara, soal menggantikan orang lama kepada orang baru tidak penting kerana yang paling penting sesiapa yang menerajuinya mesti bertanggungjwb....tq

    saudari dayangwulan,

    Terima kasih atas kunjungan saudari, saya pun amat rindukan sentuhan daripada org2 seperti ini lagi..Apapun kita semua kena bersatu hati demi menghidupkan kembali zaman kegemilangan PISBA ini..Sila berikan cadangan saudari jika ada..


    saudara sambal belacan,

    Saya bersetuju bahawa saudara razak pun banyak memberikan sumbangan kepada PISBA..Cuma pada saya mereka2 ini perlu memulakan langkah pertama didalam menghidupkan kembali zaman Kegemilangan PISBA ini. kajian secara tidak formal saya lakukan terhadap adik-adik kita lepasan graduan, mereka amat bersetuju dan berjanji akan memberika n kerjasama sepenuhnya andai tenaga mereka di perlukan untuk menghidupkan kembali zaman PISBA ini...


    Saya masih lagi menanti ulasan, komen, idea atau pendapat daripada saudara abbdnaddin, saudara kibin, saudara depu-depu dan kepada para bloger lain yang ingin berkongsi pendapat kepada kami mengenai isu ini...sila kemukan cadangan saudara...

    Bersatu kita teguh bercerai kita roboh..tq

    ReplyDelete
  10. Salam Ziarah,
    saperti yang sdra syorkan saya telah memberi komen setakat yang termampu di blog sdra Azrone.
    Sama ada ia nya berkesan atau tidak, terpulang lah kepada mereka masing-masing.

    Justru itu, Orang puteh bilang ' I raise my case'.

    ReplyDelete
  11. Salam..

    Saya sememangnya tertunggu-tunggu artikel tentang PISBA ini..apa tidaknya....semasa saya remaja...Saya telah menyaksikan beberapa 'kejayaan' PISBA...
    Pemimpin PISBA yang dimaksudkan oleh DygWulan itu juga saya kenali secara peribadi...Kepimpinan mereka tidak ada tolokbandingnya..

    Tapi setelah meningkat dewasa,,, saya dapati kepimpinan PISBA mula bergolak...ramai yang mula melupakan...Bangsanya!..Ada juga yg ditekan oleh org2 tertentu..

    Artikel susulan dari tajuk PISBA yg sdr renggit tulis ini amat-amat dinantikan.

    sekian terima kasih

    ReplyDelete
  12. salam sdr..

    selama saya hidup ini barulah saya dengar PISBA...kenapa skrg baru timbul..wanita tiadakah persatuannya...PISWI kah?

    ReplyDelete
  13. salam,

    Saudara solymone,

    Saya ucapkan terima kasih banyak2 sebab berikan pendapat dan ulasan kepada adik-adik kita k..thks brotherhood of bloggers khususnya di KB..

    Saudara depu-depu,
    terima kasih saudara, seperti saudara depu-depu juga, saya turut berharap agar ada penulisan susulan daripada rakan blogger lain mengenai isu PISBA ini...

    Dadiku kelapa mawar,

    PISBA bukanlah pertubuhan atau organisasi untuk orang lelaki sahaja bahkan PISBA pertubuhan untuk masyarakat Iranun yang tercinta tidak kira Lelaki ataupun Perempuan, kanak-kanak, remaja,dewasa atau reeeeetua....

    Wanita UMNO kan ada......

    Terima kasih atas kunjungan saduari, teruskan kunjungan saudari....kelapa mawar mmmmmm minum pun sudappp...!

    ReplyDelete
  14. Salam,
    PISBA sepanjang pengetahuan saya hanya aktif sewaktu di bawah pimpinan Pandikar,selepas beliau apa yang terjadi haru-biru,

    Saya harap si langah Si Rengit dapat membuat inisiatif bagi menghidupkannya semula.

    successs

    ReplyDelete
  15. salam semua orng Irranun...
    Persatuan ini harus mendapat sokongan dan dokongan daripada seluruh org Irranun.Untuk mendapat sokongan dan dokongan hendaklah soal-soal politik kepartian tidak dilibatkan sebaliknya hanya menumpukan kepada usha mmajukan masyarakat Irranun,Orang Irranun hendak menoleh kebelakang bahawa padda satu masa dahulu orang Irranun adalah masyarakt yang gagah perkasa,berkuasa yang disegani di Asia Tenggara.

    ReplyDelete
  16. tahun berganti tahun, hari berganti hari, namun kepimpinan PISPA tetap tidak ada perubahan....kenapa dan mengapa?? adakah Persatuan ini dimiliki oleh individu tertentu?? kenapa kita tidak berdiri untuk mengusul undi tidak percaya..atau memeng persatuan ini telahpun berkubur....??

    ReplyDelete

Penafian:
Penulis blog mapaittantu tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana melayari atau menggunakan maklumat dalam blog ini.