Monday, June 22, 2009

IRANUN DAN SISTEM PENGURUSANNYA




SEBENTAR tadi saya telah bertemu dengan seorang kawan yang berasal daripada negeri Johor, beliau bekerja sebagai kakitangan di salah sebuah jabatan Kerajaan di Sabah. Pekerjaan beliau ini banyak melibatkan pertemuan dengan masyarakat negeri tercinta kita ini. Seingat saya persahabatan kami ini telah menjangkau hampir 25 tahun iaitu sejak saya bergelar "siswazah" di salah sebuah pusat Pengajian Tinggi di Utara Malaysia.






Sebenarnya kunjungan saya kali ini hanya sebagai warga awam yang memerlukan khidmat Jabatan beliau. Sesampainya saya di pejabat beliau, kelihatan terlalu ramai "pelanggan" yang menunggu untuk berurusan dengan Jabatan beliau ini. Terdetik didalam hati jugalah untuk tidak mengganggu beliau, jadi setibanya di sana saya terus mendapatkan nombor giliran dan terus duduk di tempat menunggu. Hampir 30 minit saya menunggu untuk sampai "Turn" tapi nampaknya tak sampai-sampai lah juga.




Sedang saya melayani perasaan (Macam-macam ada, geram, sedih, bengang, mengantuk semuanya bercampur baur) tiba-tiba saya di sapa dari belakang " Salam, Bos ku. Nak p mana?? apasal tak telefon saya kata nak datang". "Eh Tuan, sambil saya berdiri dan berjabat tangan denganya. Ingat nak telefon lah tadi tapi takut kau sibuk pula, biasalah Pengarah katakan". "Ya lah tu, kau pun apa kurangnya, Big Bos lagi tu, Apa kau buat sini (Dalam Lohgat sabah)". "Saya nak urus benda sikit aje tak lah penting sangat pun". " OK lah kalu macam tu apa kata kita minum dulu, pelawa beliau". Tanpa banyak soal saya pun mengangguk dan berjalan mengikut beliau.




Setelah bertanya khabar dan macam-macam lagi lah, daripada bidang pekerjaan kepada perkembangan kawan-kawan lama sehinggalah kepada membincangan kemajuan masyarakat kita khususnya kaum Iranun tercinta. Untuk makluman saudara-saudara anak Iranun, beliau ini merupakan salah seorang Pemimpin di Universiti dahulu yang banyak memberikan sumbangan idea kepada persatuaan Bumiputera Sabah. Sekarang ini pun beliau ramai kawan-kawan daripada anak-anak Iranun terutama pemimpin-pemimpin (Manusia yang mengaku pemimpin) Masyarakat Kita ini.






Saya amat bersetuju dengan pandangan beliau yang menyatakan bahawa untuk berjaya seseorang ataupun kaum itu mestilah mempunyai sistem Pengurusan yang baik. Beliau memberikan pendapat bahawa masyarakat kita (Kaum Iranun) boleh berjaya asalkan kita berani berubah. setelah tinggal puluhan tahun di Sabah sehingga bertemu jodoh di sini, dengan pengalaman berkawan dengan anak-anak Iranun, beliau yakin kita mampu bersaing dengan bangsa-bangsa lain. Kita bukanya berbincang kerana perkauman tetapi kita memperkatakan sesuatu yang pasti dan hal ini sekiranya di baiki tidak mungkin kita akan dapat melahirkan pemimpin-pemimpin ataupun usahawan-usahawan yang lebih ulung daripada sekarang. Melihat keadaan sekarang ini pun kajian secara tidak formal yang telah saya jalankan, ramai anak-anak Iranun kita yang memohon Biasiswa atau Pinjaman untuk melanjutkan pengajian keperingkat Ijazah Sarjana Muda, master dan PHD. Jadi adalah janggal saya katakan di sini bahawa bangsa kaum kita tidak menuju kearah "Pembangunan" dari segi zahiriah mahupun batiniah.




Apa yang kita lihat sekarang ini pun, masyarakat kita tidak mempunyai sistem pengurusan yang baik, samaada menjurus kepada pemakanan, kesihatan, kerjaya, agama mahupun POLITIKnya. Masuk sahaja di kampung-kampung yang dihuni masyarakat kita, pelbagai masalah akan kita temui. Bukan sahaja ketua kampungnya raja "songlap" JKKK nya pun turut sama jadi "songlap". Membaca ulasan saudara batugadung baru-baru ini saya tergelak sendirian kerana apa yang saudara batugadung ceritakan adalah realiti sebenar yang benar-benar terjadi. Ada projek pembangunan yang di buat didalam hutan rimba (tak tahu lah kenapa, kita fikirkan sahaja lah). Kenapa banyak projek yang di pohon tetapi bukan untuk kemaslahatan masyarakat kita tetapi lebih kepada kepentingan individu tertentu.....?




Pengurusan keluarga juga semakin lemah dalam masyarakat kita. Atas bersandarkan pada alasan ibubapa tidak mempunyai masa untuk memerhatikan anak-anak mereka, pendek kata sibuk mencari rezeki akhirnya bukan sahaja membantutkan kemajuan masyarakat kita tetapi juga melahirkan pelapis pemimpin yang kaki perokok, Perogol, pemabuk, sabu, gam, pencuri dan banyak lagi "Pekerjaan" haram yang dibuat oleh mereka tanpa segan silu. Bukan semua anak-anak kita seperti itu tetapi tidak keterlaluan saya katakan sekalipun dia baik tetapi kemungkinan dia merupakan seorang perokok. Merokok dalam usia muda seawal sekolah rendah amatlah membimbangkan dan mengerikan.




Pengurusan itu kita mesti lihat dalam pelbagai aspek bukan sahaja merujuk kepada ulasan saya ini, tetapi lebih daripada itu. APAPUN KITA HENDAKLAH MENGGEMBELENG TENAGA BERSAMA-SAMA DEMI MEMAJUKAN MASYARAKAT KITA....FIKIRKAN...

No comments:

Post a Comment

Penafian:
Penulis blog mapaittantu tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana melayari atau menggunakan maklumat dalam blog ini.