Monday, October 19, 2009

IRANUN: KETUA KAMPUNG DAN JKKK...


Perjalanan masyarakat iranun amat getir ketika ini, selain cabaran arus pekerjaan masyarakat kita terus terusan menghadapi krisis kepimpinan. Ketirisan kepimpinan ini bukan sahaja berlaku di kampung-kampung bahkan di peringkat nasional. Adalah amat menyedihkan apabila pemimpin kampung atau ketua kampung hampir di monopoli oleh mereka-mereka yang tidak pandai membaca ataupun menulis.. JKKK yang dilantik hampir kesemuanya suka sunglap..(Bukan menghina tetapi itulah realitinya) melihat senario ini si rengit seakan merasa gerun….Terpimpin kah sukubangsa ku ini?.


Sudahlah TSPA yang pada mulanya dianggap hero sukubangsa kita mulai dipersoal kredibilitnya. Malahan seorang pakcik pernah menyatakan bahawa…”TSPA adalah manusia yang tidak pernah berterima kasih malahan sanggup menggadaiakan maruah bangsanya demi kuasa dan harta. Begitu payahnya kami tolak dia ke atas akhirnya kuasa dan harta mengaburi mata perjuangannya yang sebenar. Kenapa saya katakana begitu…? Sebabnya TSPA sekarang gila perjuang kuasanya sahaja…berangan-angan nak pimpin Malaysia…kita sukubangsnya pun entah kemana….tak kah kerja bodoh….?”. Sakit juga kita mendengar tapi itulah luahan seorang pejuang bangsa yang begitu lama…sehinggakan beliau sekarang lebih banyak berdiam diri…Namun TSPA dah banyak jolok sarang Tebuan….Maka tulah dia sekarang tak senang duduk tak senang berdiri….


Berbalik kepada jawatan ketua kampung atau JKKK yang ada sekarang…Baru-baru ini ketika si rengit berurusan di Pejabat Daerah Kota Belud, seorang pegawai di situ yang kebetulan punya kaitan keluarga datang menegur si rengit….Bual punya bual akhirnya tersentuh bab kepimpinan masyarakat tercinta kita. Pada mulanya si rengit turut memberikan hujah-hujah juga…namun melihat kesungguhan dan keikhlasan di raut wajahnya maka si rengit biarkan beliau melontarkan segala kekusutan dihatinya. Baru-baru ini …tak ke hairan bin ajaib…Nama saudara Musram Rakunman pun ada dalam senarai e-kasih…Aik punyalah si rengit terkejut beruk…biar betul….? Senarai pertama lagi tu…Nah….nak salahkan siapa…..?ujarnya lagi…Si rengit sekadar mengganguk sahaja….Mungkin kawan ni tersalah baca kot dalam hati kecil si rengit…tak pun saja orang kenakan saudara Musram….whatever lah…Yang penting kita fikir mana yang betul…


Saya sentiasa berurusan dengan pakcik-pakcik ini, sambung kawan tu lagi…malahan satu ketika saya terpaksa membuat kerja mereka…apa tidaknya…nak isi borang pun tak tahu….nak kata… sakit ..sebab orang tua…tak kata pun sakit….dunia-dunia….Macamanalah ada pembangunan minda pada sukubangsa kita….Lepasan graduan berlambak…sebab apa tak ambik mereka….Alasan lepasan graduan memilih pekerjaan cukup tak releven pada saya sekarang ini…apa tak nya….Dikawasan perumahan tempat tinggal saya…ada lepasan graduan yang bekerja sebagai “Guard” Jurujual dan macam-macam pekerjaan lagi lah…Kerajaan dan wakil rakyat yang semakin bingung sekarang ini haruslah mengambil tindakan yang sewajarnya…Ambil serius cadangan untuk merubah kepimpinan peringkat kampung kerana..selain dapat mengurangkan jumlah lepasan graduan menganggur…wakil-wakil rakyat yang pemalas dan gila pangkat pun boleh mendapat manfaat andai orang bawahan mereka boleh membuat kerja. Bagi wakil rakyat yang tahu akan tanggungjawabnya…kehadiran pemimpin lepasan graduan ini sebenarnya jentera yang paling hebat mereka miliki. Cuma jawatan ketua kampung atau JKKK ini perlu diperhalusi …ya..mungkin dari segi penyelarasan gaji..elaun dan sebagainya…Lagipun alasan lepasan graduan tidak tahu adat istiadat sukubangsa kita….pada si rengit itu bukan alasan yang kukuh…kan ada jawatan Wakil Ketua Anak Negeri (WKAN)…jadi terpulang lah pada kerajaan dan wakil-wakil rakyat….fikirkan lah….

11 comments:

  1. salam ziarah...

    Satu pendedahan yang berani dan benar...bukan semua lepasan graduan memilih pekerjaan...di KL pun ketua kampung mereka lepasan graduan...cuma para lepasan graduan harus berani berubah....teruskan usaha saudara si renggit.tq

    ReplyDelete
  2. boleh juga otak si renggit ini tau...bah apalagi adik saya pun ramai lepasan graduan. minta DHMHJ buat pengumuman atau DARD pasal idea saudara ini.

    ReplyDelete
  3. salam saudaraku si rengit,
    masalah pengangguran inilah antara perkara yang menjadi isu kita sekarang, memilih pekerjaan sebenarnya kurang relevan dijadikan sebagai alasan. sedangkan saya pun sedang berkhidmat secara kontrak di JPN. bulan 12 ni tamat kontrak dan kembali lugai-lugai jika tidak disambung. sukar lah saya mau disambung kerana saya sudah biasa mendengar ombor kerajaan pusat ni. ujung-ujung dorang dari semenanjung makan semua jawatan. bayangkan di mahkamah syariah KK pun orang semenanjung kikis sampai jawatan driver bah. Mungkin orang sabah tiada layak jadi driver..hehehe.. tapi bila SAPP pimpinan YTL tuntut kita cakap cina ni penipulah, putar belitlah. tentang jawatan ketua kampung dan JKKK kita boleh mengursuskan graduan kita dan semua kerja selepas itu akan menjadi cepat mudah dan berkesan. tapi bila kita cakap dengan orang tua-tua kita, bait kata-kata ini 'kamu budak-budak apa tahu?' ni masalah nya. jika orang tua tidak sayang pada kami orang muda macamana kami orang muda mahu menghormati orang tua. akhirnya undi tetap ditangan masing-masing. saya tatapla bah PAS. wassalam. aku menulis bukan kerna nama.

    ReplyDelete
  4. salam..
    `Sudahlah TSPA yang pada mulanya dianggap hero sukubangsa kita mulai dipersoal kredibilitnya. Malahan seorang pakcik pernah menyatakan bahawa…”TSPA adalah manusia yang tidak pernah berterima kasih malahan sanggup menggadaiakan maruah bangsanya demi kuasa dan harta. Begitu payahnya kami tolak dia ke atas akhirnya kuasa dan harta mengaburi mata perjuangannya yang sebenar. Kenapa saya katakana begitu…? Sebabnya TSPA sekarang gila perjuang kuasanya sahaja…berangan-angan nak pimpin Malaysia…kita sukubangsnya pun entah kemana….tak kah kerja bodoh….?”. Sakit juga kita mendengar tapi itulah luahan seorang pejuang bangsa yang begitu lama…sehinggakan beliau sekarang lebih banyak berdiam diri…Namun TSPA dah banyak jolok sarang Tebuan….Maka tulah dia sekarang tak senang duduk tak senang berdiri….``

    hem./..kita sebagai kaum minoriti jangan saling JATUH MENJATUH..asyik tuding jari mencari kesalahan pihak demi pihak..

    pandanglah kehadapan..teruskan pejuangan..TSPA WAJIB DIHORMATI..BELIAU PEJUANG BANGSA..telah banyak yang beliau perjuangkan..sebagai insan ciptaan Allah..belajarlah untuk bersyukur dan menerima hakikat,..TSPA adalah manusia jg..terimalah beliau seadanya..pandang pada keburukan, tapi jangan di lupa padA KEBAIKAN yang beliau curahkan..setiap titis perjuangn beliau..

    TSPA..TERUSKAN PERJUANGAN MU..kami sentiasa menyokong dan menghargai setiap titis keringatmu yang jatuh dalam memperjuangkan kaun kita..

    ReplyDelete
  5. Asalamualaikum..
    Kalaulah ramai remaja iranun join blog ni kan best.ni x asyik main dota,c.strike,fifao9 dan online game jak.."Blog merangsang minda mencetus falsafah".hehe..Berkenaan kebanyakan ketua kg. dan JKKK sekarang xpandai menulis tu mungkin sengaja diberi sebagai tanda hormat atau jawatan tersebut tiada dalam spa/spans,kalau x bole diapply juga..mungkin kita boleh buat usul undi tidak percaya supaya mereka boleh ditukar..lagipun mana ada graduan mau jawatan tu,mau duduk opis aircon bah..graduan sebenarnya tidak memilih kerja,cuma mereka mahu jawatan tetap saja.kalau di sabah mau kerja government,di semenanjung semua gila kerja swasta sebab gaji lagi tinggi..Kita iranun masih boleh berbangga ada juga bangsa kita dalam kepimpinan sekarang,kalau xpuas ati dengan dia janganlah asyik merungut.kita bukannya bangsa yang mengharap bantuan orang,kita boleh berjaya sendiri bah.Cuba cari beberapa tokoh iranun yang berusaha sendiri.contohi mereka.adakan??Kepada yang membaca blog ini bagilah pendapat anda,jangan lepas pandang jak.tq kpd owner blog

    ReplyDelete
  6. Para graduan iranun sebenarnya perlu bangkit dan bersama-sama membincangkan permasalahan kaum.Ini bukan soal siapa yang perlu memimpin,tetapi macamana mahu membantu anak-anak bangsa kita,remaja kita,pemuda-pemudi kita dan orang-orang tua kita.dalam semua graduanlah yang paling bijak,mereka boleh fikirkan jalan.Kalau tidak kenapa sekolah tinggi2 dan membazir duit,bangsa sendiri pun tidak terbantu kah?panggil semua graduan iranun dan berbincang sambil minum2 kopi.mau kata sibuk sangat pun tidak juga.Impian untuk memajukan bangsa sangat mulia,tetapi langkah seterusnya yang paling utama.do it..

    ReplyDelete
  7. Dapatkan senarai semua graduan iranun yang terdahulu hingga terkini,kumpulkan dan rancang sesuatu,janganlah buat kerja senyap2.Ini soal bangsa kita,tugas kita bersama.
    "cakap senanglah,cuba buat"
    mungkin itu yang kita akan cakap.ingat, semua benda memang susah untuk dibuat.manada yang senang.kalau senang saya sendiri akan buat seorang2.dan, sebab susahlah kita perlu buat,kalau senang xpayahlah graduan buat,bagi budak tadika saja..

    ReplyDelete
  8. setuju dengan pendapat estidy, perbincangan ini harus diadakan segera, tidak perlu formal sangat, minum-minum kupi jak. si rengit boleh jadi pengerusi penganjur rasanya...Amacam abangku rengit?

    ReplyDelete
  9. salam...

    terima kasih atas komen dan ulasan saudara semua...idea dan pendapat saudara amat saya hargai....

    Apapun pandangan kehadapan selalunya kita akan tersadung di pertengahan jalan...maka itulah kita kena kembali dan melihat kepada perkara yang lepas....bukan hendaknya kita katakan bahawa TSPA langsung tiada kebaikkan...biasalah kita manusia ini mudah mengingati perkara yang lebih menyakitkan...itulah lumrah kehidupan...Buktikanlah bahawa TSPA masih releven dalam perjuangan sukubangsa kita....bantulah sukubangsa kita ini...Jangan cerita pasal bangsa dan kepimpinan peringkat nasional andai sukubangsa kita terus ketinggalan...nak bangga dengan sukubangsa kita dengan apa....? TSPA akan hidup kekal selama-lamanya ke....lepasan graduan dan ahli pemikir sukubangsa kita sekarang ini pun lebih banyak buat kerja sendiri....lebih afdalnya menjaga periuk nasi sendiri...nak contohi macamana....? bukan semua hanya sebilangan sahaja....apapun sekali lagi kita fikirkan lah....TSPA tidak boleh lari daripada sukubangsa kita...itulah hakikatnya....semoga anda semua sukses...

    Pendapat dan pandangan saudara-saudara semua amat si rengit hargai...sila berkunjung lagi....tq.

    ReplyDelete
  10. Salam ziarah.
    Berjuang di mana juga kena ikhlas. Insyallah akan diberkati. Perjuangan yang membawa muslihat akan menerima kegagalan yang ngeri. Selamat berjuang di alam cyber dengan Ikhlas. Hanya kita dan Allah SWT yang tahu keikhlasan kita. Wassalam.

    ReplyDelete
  11. Selamat pagi. Mungkin TSPA agak sibuk dengan tugas dan bisnes hingga terlepas pandang orang kampung. Pengajaran terbaik dari perlantikannya sebagai speaker ialah kebangkitan moral di kalangan rakyat marhaen Sabah bahawa Orang Sabah mampu menerajui kepimpinana yang didominasi orang semenanjung. Kalau TSPA boleh, kita pun boleh!

    ReplyDelete

Penafian:
Penulis blog mapaittantu tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana melayari atau menggunakan maklumat dalam blog ini.